Tuesday, April 27, 2010

Tag dari Psenk

Sebenarnya masa mula-mula buat blog baru ini,aku dah bertekad tak mahu dah tulis entry pasal tag-tag segala.Tapi,sebab kali ni,aku di-tag oleh junior yang cool,sempoi dan kacak [ok senk,belanja makan ok] dan juga disebabkan aku memang kebosanan tahap langit ketujuh,yang kalau kau suruh aku terjun bangunan pun aku fikir dua kali je.Orait lah tuh,sebab kalau kau suruh waktu aku tengah tak bosan, aku mesti aku bagi pelempang je.Nak rasa? Dah,baik kita bergerak ke soalan-soalan yang agak sengal ni.weeee~

Oh,sedikit update tentang jadual harian aku kebelakangan ini. Well,kan orang cakap blog ini diari maya kita.HUHU! Entah,bila cakap maya aku dah teringat ADAMAYA je.LOL!Hah,itulah antara kerja aku sekarang.Habis kelas main netball. Maghrib balik. Buffer Adamaya. Habis mandi dan solat dah boleh layan. Lepas tu,pergi library. Pulun[kononnya] dalam sejam setengah,pergi lepak minum lime tea. Lepastu sambung balik pulun[weekkk.tipu!] sampai pukul 11.30 camtuh. Balik memang tahap lunyai dan hanya mampu basuh kaki,3 Qul pun jadi 1 Qul setengah je terus zzzzZZZzzzzz. Alhamdulillah,biological clock aku memang selalu kejutkan aku dalam pukul 3.30 camtu. Bolehlah nak belek-belek sikit buku sambil layan nasyid dekat YouTube.NGEEEEE~ waktu-waktu belajar kena dengar lagu-lagu bercorak sedemikian saja.TEEETTTT!

Dah,layankan je lah tag ni ye.

1. adakah anda merasakan anda hot?
= semenjak duduk india ni,bila masuk bulan Februari-Mei,memang aku rasa aku hot.Ada masalah?


2. upload wallpaper pc/laptop anda gunakan sekarang
= errr...camne nak upload ek?camne?camne? [muka gila-gila punya tak tahu =p]

3. cerita pasal gambar ini.
= gambar yang diambil secara curi-curi. WAAAAAA!aku pun stalker sebenarnya.ngeee!

4. kali terakhir makan pizza?
= tengah hari semalam.Member Manipal turun hujung minggu hari itu sambil membawa buah tangan dua kotak pizza.Lepas tuh aq ter-over-re-heat-ed habis keras roti dia. Crust pun dah rupa macam kulit orang yang kena pemphigus vulgaris [note:end posting Dermatology hari Jumaat nih ye tuan-tuan]

5. lagu terakhir anda dengar?
= Cindai-Siti Nurhaliza. Dian kemaruk apa entah tiba-tiba bukak web Radio Era hari ini.Aku layankan aje.

6. apa anda buat sambil menyelesaikan tag ini?
= Google ejaan pemphigus vulgaris aku tadi.seperti dijangka,salah eja![sambil membetulkan ejaan dekat soalan no 4 sebentar tadi]kalau pagi tadi end posting,memang lingkuplah aku.Soalan favourite tu.

7. selain name sendiri, anda dipanggil dengan name ape?
= errr...sekolah dulu banyaklah.sebenarnya,benci bila nak kenangkan..macam itik,tonggek,JB[jangan tanya maksud dia]. Dulu-dulu cousins panggil Dadu. Lagi2, dekat India pulak, Honey, Anjal, Sexy. OK,TEEEETTTT!

8. tag 5 orang yang anda nak tag
= sudien, naz, anith, apis, izyan rahmat

9. siapa no 1 anda? no 2?
= sudien kawan sampai mati, naz blogger terkenal kawan norfa blogger perasan terkenal

10. katakan sesuatu pade no 5
= awakkkkkk!!!!

11. no 3 ade hubungan dengan siapa?
= GG dan GG.only GG.huhu!blog mereka kongsi bersama.oh sweet-lah!

12. kata kata cinta pada no 4
=disebabkan dalam rumah no 8,jalan tasek barat 2,taman anda,31400 ipoh tu hanya kita berdua je masih single,maka marilah kita cintakan mama dan ayah sahaja =)))) huhu p/s:yang berminat nak pinang adik aku,boleh saja ke alamat yang tertera dia atas.HAHAHAHAAHA!apis,anum tolong promo nih. =p

13. berikan 5 perkara yang anda tahu orang yang tag anda
= SENK- seorang yang agak kacak,berasal dari Klang [baca:Kleng=p], aku rasa dia ada awek[jadi yang berminat sila kecewa], setiap kali tengok dia aku teringatkan Pisang yang pakai Pyjamas dalam Sesame Street[jangan tanya kenapa] dan oh,dia ada sense of fashion yang bagus.wuuuuuu!

7 comments:

Anonymous said...

aku pun kurang gemar dengan hal-hal taging nih.

tapi aku tetap suka membaca...

dan satu yang aku tau dan tentu2hang tak suka aku tau adalah; aku tau definasi JB tuh

erk...
hehe

anith said...

aaaa!!!!!
hahahahahahha kne wat la nmpk nye yer cik anum oi...

norfaridahanum said...

erks balik kepada AJ...huwaaaa!xpe,hang org yg dh matang.perkara2 itu mainan bibir saja =p HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Anith,buat jgn x buat!huhu

KecHiQuE oLiGoS said...

saya kne buat ke awk??
erm.. nnt saya buat ok.. insyaAllah..
awk.. take care ok.. next week exam.. do pray for me...

Allah bless you =)
*big panda huggss*

psenk said...

orang puji ooo~

woot woot!

udienjai said...

anummmmmm! dah lama aku tak stalker blog kau ni sebenarnya. aleh2 macam "eh, sudien tu aku ke?" ceit. haha' nnt ada lebih byk aku buat k?

*kawan sampai mati! *nak peluk takleh, aku bg kau kasih sayang dr jauh je la yer* LMAO!

NAZ said...

hahaha apasal i tak dapat update u ha? sory i terlepas banyak juga ni. naz yang terkenal tu agak agak lar! i rasa u je kenal i dari india mari hahaha