Friday, April 02, 2010

Siri 7:Sakit

Assalamualaikum.

Aku gagahkan juga menulis jurnal untuk minggu ini.Ditarik nikmat kesihatan [insyaAllah untuk sekejap cuma] menyebabkan aku terlantar tak mampu nak berbuat apa. Keluar pun untuk mendapatkan air kelapa sebab orang kata, boleh buat kebah demam. Risau juga sebenarnya,mengenangkan pemergian arwah Din Beramboi[Al-Fatihah untuk arwah] yang asalnya demam-demam "biasa".

Kalau ikutkan macam-macam yang aku fikir.Ya,sindrom budak-budak medik orang kata. Pengaruh Microbiology buat aku fikir kalau-kalau ada bakteria berbahaya yang menghinggapi badan saat aku mandi laut minggu lepas. Pengaruh Pharmacology buat aku risau kalau-kalau ini kesan sampingan Propranolol yang aku berhenti ambil secara tiba-tiba.Ah,cuak sungguh.Tapi InsyaAllah,ini mungkin disebabkan kekurangan air dalam badan sahaja,India sangat panas sekarang. Ditambah dengan keadaan berdebu padang netball dan tabiat minum air sejuk masa bersukan yang menjadi-jadi pula sekarang ini.Sangat tak baik untuk badan!Hurrmmmmphh.

Disebabkan tak ada kerja lain nak buat selain berlingkar atas katil,menghadap laptop comel sambil mendengar lagu yang baru siap rekod.Ececece,aku tulis lirik sendiri ok.Aku pun carilah artikel yang berkenaan untuk tulis di sini. Dan aku jumpa yang ini, yang mana penulisnya kata beliau sendiri ambil daripada buku Panduan Menghadapi Sakit dan Kematian karya Ahmad Yani.Dari penulisan,aku rasa kedua-duanya orang Indonesia.

Diringkaskan,5 Keutamaan Sakit menurut Islam

1) Menghapus dosa,seperti sabda baginda Rasulullah.
"Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan[kepayahan], diserang penyakit atau kesedihan [kesusahan] sampai duri yang menusuk [tubuhya] kecuali dengan itu Allah menghapuskan dosa-dosanya." HR Bukhari

2) Tetap mendapat pahala dari amalan kebaikan yang biasa dilakukan sewaktu sihat. Misalnya,kalau semasa sihat,seseorang itu sudah biasa ke masjid untuk solat berjemaah, pada saat sakitnya yang menyebabkan dia tak mampu berpergian ke masjid, dia masih memperolehi pahala yang sama.Ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah,
"Apabila salah seorang hamba sakit atau berpergian[safar], maka Allah mencatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya sewaktu ia tidak berpergian atau sihat" HR Bukhari.

Dalam hadith yang lain juga,sabda Rasulullah yang menguatkan lagi hadith di atas, "Apabila seseorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan sesuatu kebaikan,maka Allah berfirman kepada malaikat. "Catatlah bagi hamba-Ku pahala seprti yang biasa ia lakukan ketika sihat" HR Abu Hanifah

3)Memperoleh pahala kebaikan
"Barangsiapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya,maka dia [diuji] dengan suatu musibah"

4)Memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah
Oh,penjelasan untuk yang ini aku pun tak berapa nak jelas. Menurut penulis, dalam syurga ada darjat-darjat tertentu yang harus dicapai. Apabila sesorang muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia bisa memperoleh darjat yang tinggi itu dengan musibah atau penyakit yang dideritainya. Contohnya,mati syahid merupakan kematian yang mulia,yang bisa dicapai dengan berperang di jalan Allah.Namun,bila seseorang ingin memperoleh kematian yang mulia itu,tapi perang di jalan Allah itu tidak terjadi secara fizikal,maka dia tetap bisa mendapatkan darjat mati syahid itu dengan penyakit yang menimpa sehingga menyebabkan dia mati syahid.

5)Memperoleh ganjaran berupa syurga
"Apabila Aku menguji hambaKu dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga"-Sabda Rasulullah,HR Ahmad

Jadinya,redah saja kesakitan itu.Meskipun tidak menyenangkan,tapi manfaat dan kelebihannya besar sekali. InsyaAllah. Fikir positif selalu.

Wallahua'lam

KALAU ADA YANG AKU PERLU BAYAR ATAS SEGALA DOSA,BIAR ATAS DUNIA SAJA,AKHIRAT NANTI AKU MAHU BAHAGIA SAJA

8 comments:

NAZ said...

mampu ker manusia mencapai tahap kesabaran itu :) moga moga cerita kita lebih baik hendaknya

KecHiQuE oLiGoS said...

anum dearest..
haha.. dak medic cm tu.. sll mengaitkan diri sndri dgn ilmu yg ada.. memule rasa biasa je.. bila tau akan jadi chronic effect nye terus cuak..

btw kak naufa sll pesan kat saya.. "SICKNESS IS PLEASANT REMINDER FROM ALLAH" jaga amanah yang satu k..

kesakitan tu buat kita lebih dekat dgnNYA kan.. sakit ni anugerah.. sb tak semua org dapat tapi jangan lah minta :)

tc. Allah bless you
ok dh bebel panjang... huhu

*big panda hugs*

hans said...

yups
bukan secara general
huhuhu

Dr Hana said...

"Tak mengapa, penghapus dosa insyaALLAH":)

Doa yang nabi ajar apabila berhadapan dgn orang sakit. hee..
syafakillah~ get well soon!!!

*dah tukar nickname.lalala*

Dr Hana said...

"Tak mengapa, penghapus dosa insyaALLAH":)

Doa yang nabi ajar apabila berhadapan dgn orang sakit. hee..
syafakillah~ get well soon!!!

*dah tukar nickname.lalala*

Dr Hana said...

"Tak mengapa, penghapus dosa insyaALLAH":)

Doa yang nabi ajar apabila berhadapan dgn orang sakit. hee..
syafakillah~ get well soon!!!

*dah tukar nickname.lalala*

yun said...

semoga cept sembuh ... :)

yananana said...

anum sakit lagi ke? jarang sangat dah update blog, miss ur writings anyway. hopes everything is treating u nicely up there. take care! :)