Sejujurnya aku cakap, aku bukanlah seorang yang panas baran. Oh,tak setuju? Tak apa. Sebab kau tak kenal aku sebanyak yang aku kenal diri aku. Tapi aku sangat cepat rasa jengkel. Atau bahasa kita-kita sekarang ini, "ANNOYING". Oh,manifestasi tahap kejengkelan saya itu dapat dilihat pada refleks air muka yang boleh bikin Mama marah di tempat kejadian ataupun mengundang rasa nak tampar di hati kalian.LOL!Selalunya, manifestasi riak wajah ini berlaku pada situasi dengan rakan-rakan dan kenalan rapat bilamana aku pilih nak pendam saja rasa-rasa yang tak best.
Ada bagusnya begitu. Sebab percayalah, kau mungkin akan rasa macam nak hempuk kepala kat dinding kalau aku manifestasikan kejengkelan aku dengan kata-kata berbaur sinis. Atau bahasa kita-kita sekarang ini, "SARCASTIC". Dan selalunya aku gunakan cara ini bilamana berdepan dengan situasi "You need a lesson,dude!"
Ceritanya, begini. Tengah hari tadi,yakni usai saja posting Pulmonary Medicine dekat Attavar, aku terus membuat kunjungan kali kedua ke SPAR. Ya,aku tahu bunyi macam tak logik sebab rumah aku dengan hypermarket tu jaraknya hanyalah laksana [apakah?] 3 gerabak tren komuter. Tapi itulah..tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Baru 2 kali aku pergi.Sekian.
Al-kisahnya,masa pemergian kali pertama dulu,aku tak tahulah yang sebenarnya aku boleh men"swap"kan kad keahlian InnerCircle [ala-ala kad Bonuslink] yang aku perolehi dari Lifestyle [ala-ala Jusco] dekat SPAR ni. Tak ada benda pun, sekadar nak kutip poin. Dulu kat TESCO aku selalu bising sebab Ayah banyak sangat kad dekat kaunter. Tapi kat sini macam seronok pula. Bukan apa,seronok nak susun kad dalam dompet je. HAHAHAHA!
Balik pada cerita pemergian aku kali pertama itu. Cashier cakap disebabkan jumlah belian aku melebihi XXXXX, aku layak untuk dapat keahlian percuma. Dengan bangganya aku pun pergilah kaunter pelanggan dia untuk tanya. Alih-alih dari kaunter pelanggan itulah aku tahu yang sebenarnya, aku dah pun jadi ahli. Dan disebabkan ramai orang malam itu,salah seorang abang ini suruhlah aku datang kemudiannya untuk update poin tu. Dengan syarat,kena bawalah resit sekali. Baiklah.
Tadi,masa aku lalu depan kaunter pelanggan tu,aku tengok kosong tak ada pelanggan. Teringatkan resit lama..aku pun belek-belek dompet. Eh,ada lagi. Weeeee~~ huhu!Dompet aku memang banyak resit. Resit ATM, resit beli barang rumah, resit barang-barang yang aku bayar advance. Semualah. Aku pun dengan muka yang seronok macam monyet nak dapat bunga pergilah nak tanya. Ada 3 staf dekat situ. Kebetulan,lelaki yang sama yang kerja malam hari tu ada. Senang sikitlah kan.
Aku pergi terus dekat lelaki yang aku kenal tu. Thinking that he had been so professional and helful the other night. Seingat aku mukadimah yang aku bagi was fine and easy to understand. Tapi lelaki ini boleh pula tak pandang muka aku langsung even aku dah greet. Ok fine,he was working on something on the PC. Kawan dia yang lagi satu tu tolong jawabkan like,
"Sorry madam. We don't do that"
jadi akupun macam. Tak apalah. Memang salah akupun. Lelaki yang tu masih depan PC dia tapi dia dah bagi facial expression yang buat aku rasa mendidih dekat dalam. Bertenang Faridahanum. You have your own attitude!
"It's okay. Just that the other night I talked to him and he said that you guys can do it for me.So I just thought that..you know..you can do it. But,it's okay. Thank you" *smile*
Lelaki itu pun,dengan masih tak pandang aku, dan facial expression yang masih menjengkelkan, sempat mengeluh sedikit dan terus bercakap dalam bahasa yang aku tak faham. Oh tapi,nada tu aku sangat fahamlah kan..Kemudian,barulah nak pandang aku dengan muka yang masih tak menahan tu dan cakap
"I'll do it for you this time,madam"
Oh oh oh. Cukup cukup cukup. Aku dah tak tahan dengan muka jengkel kau tuh pakcik.[dan2 pakcik pulak.LOL]
"Hey hey look,now just tell me whether you guys can do it for me or not?" *suara tegas,bukan suara tinggi ya*
"No..we don't. But this time...." *muka oi muka tu memang nak kena,sambil tangan dia buat isyarat minta resit dan kad keahlian yang aku tengah pegang*
"That's it.It's okay. Thank you" *tegas,mungkin suara dah sedikit tinggi, tanpa senyuman seraya berkalih untuk pergi*
Pakcik tu sentap oh!Terus dia bangun dari kerusi dan mulalah
"Madam..madam..that is what I'm telling you,this time only...Madam..madam.."
Oh,kali ni giliran aku pula tak pandang pakcik tu. Aku angkat semua beg plastik tu, turned to him dan bagi ayat penutup
"No no.listen here.I AM NOT BEGGING YOU. Thank you" *berlalu pergi*
Maka ceritapun tamat.
Di sini,aku nak menyerulah kalian semua, kalau nak kerja tu, tolonglah baca dan faham garis panduan dan etika kerja sebaik-baiknya. Ayah aku pernah cakap, "tugas-tugas macam tu nampak remeh,tapi front liner ni la yang paling penting". Pada aku senang, ini bukan masalah customer always right whatever tu lah kan.Sebab ada je pelanggan TESCO yang buat kecoh semata-mata nak mintak diskaun sebab dah beli banyak baju macamlah TESCO tu pasar malam. Tapi dah memang tuntutan kerja kau macam tu.Tak ada sebab lainlah. Walau kau bagi alasan penat,gaduh dengan isteri ke ape ke. Professionalism taruh kat mana bai???
Kalau ikut sejarah, this wasn't the first time that sarcasm in me protrudes out. Makcik pejabat KMC pun pernah kena 2bulan sudah. Maaf,memang itu cara aku menangani perkara-perkara menjengkelkan dan tak memberi sebarang bantuan pun. Ayah ajar 3 perkataan yang sangat berkuasa 1.Sorry/maaf 2.Thank you/terimakasih 3.Please/tolong. Dan pada aku,kalau kau dapat sebut perkataan thank you tu dengan penuh sarcastic bersama body language dan facial expression yang membunuh,memang sumpah orang yang kena tu akan sentap.
Sesetengah doktor dan pensyarah yang menjengkelkan tu...macam mana pulak ek?
Tapi apa yang berlaku tadi aku ambil sebagai satu ikhtibar dan peringatan untuk diri sendiri supaya nanti bila jadi doktor,tak timbullah rasa riak berlagak. Minta dijauhkan.InsyaAllah.
Moral cerita :
Tak payahlah percaya dengan first impression segala bagai ini. Kalau guna aplikasi first impression ni untuk cari suami,alamat hancurlah rumahtangga.OK,apa kaitan?
Buat salah satu hal. Buat dengan tanpa rasa bersalah,satu hal lain. Lebih mudah, salah prescribe ubat boleh berlaku,tapi kalau kau salah prescribe ubat tu sebab kau sambil lewa saja attend patient tu....Sorry,tolong berambus,please?Thank you!
12 comments:
woahhhhh norfa. pasal first impression tu sangat tepat. tapi kita manusia ini ada nafsu di mana hanya mahu kepuasan tanpa menunggu lama. haha kalau i jumpa lisa surihani i nak je cakap i nak kahwin dengan dia. hahaha i rasa i akan bahagia konon nya
wow!
impressive!
congrtaz!
hahaha
rse nye penah tgk ur expression tu few times!
hahahahahahahahhahhahahahah
seriously, cashier spar tu comel. die macam begging nak buatkan mende tu. haha.
if i was there, ill record it. dah macam drama hidustan. HAHA
*sumpan buat buat xpaham isi penting post ni. lalala~*
sbb 1st impression la
kdg2 aku xsuka seseorang
walaupun dia xsalah
ye naz,manusia kan sebaik-baik kejadian.pada hati ada nafsu.pada otak ada akal.usahalah untuk bimbing dan imbang dua perkara ni=)
tak gitu??
p/s: adamaya nk abes esok..huwaaa
anith,toink!THANKS!huhuhu.
errr..dari sekolah lagi rupanya perangai anum tuh ek?anum igt 3 4tahun kebelakangan ni je =p
senk,comeyl la..cam gay je akak tgk. eyh x,x boleyh ckp gay.sbb akak ngan housemate br buat kesimpulan yg dia tekanan jiwa gado dengan bini dia sbb tuh jadik camtuh.huhu! semua isi penting lah. sama macam ayam KFC,semua isi dia penting.smpi ke tulang2 pun penting utk dimakan..apekah?
lela,makanya,baiklah stick kepada tak kenal maka tak cinta =))))
mengapa tesco dimasukkan???!!
hohohoho...
wahahahh!
sama la kita!
i'm worst at hiding my true feelings, and i'm easily get annoyed kot.
now in the process to learn that world doesn't revolves around me myself only. *sigh*
great entry.
sbb anum rindu tesco la apis,rindu nak mkn ayam black pepper dia.lepastuh carik kaunter yg ada abg kacak jaga je baru pergi bayar.=p
kak husna,lama x nmpak ni..wuuu~~ anum pun tgh belajar2 nk kurangkan selfish dan pikir perasaan org lain gak.huhu.great entry?mane ade.. meleret2 la entry anum skang nih.sendiri baca balik pun rasa bosan
kadang-kadang keadaan yang sebenarnya tidak seperti apa yang kita nampak.
kenapa?
sebabnya, kaca mata kita tidak cukup untuk jelas nampak 360darjah keadaan; dan tentu saja darjah pandang kita mengecil bila mana emosi mula menjadi nakhoda.
will never say you are wrong; but you cant never be 100% right also kan :)
so, please forgive him.
your first and second impression may not right; thats why, people always said
"dont hate him too much, you may love him in another time; same goes to your lover; dont love him too much, you may hate him in another time"
so, amcam? dah berserabut ke rambut tuh kena tarik masa study?
jangan kusut2, bawak berteNDang. Allah always there for you rite :)
wahahahahahahaa... musim bengang dengan tempe yg mmg xkan habes sampai bila2!!
tapi kan AJ,mata aq besar..dan my instinct selalunya benar =(((((
dan exam dah menggugurkan rambut secara sekata =p
dah ter-hypersensitization kot =p
Post a Comment