Friday, June 11, 2010

Siri 10: Al-Aqsa Part 2

Assalamualaikum.
Sebenarnya aku bercadang nak menulis tentang HATI yang dah tertangguh untuk beberapa penulisan Jurnal Jumaat. Tapi menyedari akan kepincangan pada siri yang lalu,aku ambil kesempatan ini untuk memperbetulkan semula sedaya termampu.

Pertama-tamanya,maaf atas cela-cela pada penulisan yang lalu. Itu datang dari kekhilafan aku,seorang hambaNYA. Namun, mahu juga aku panjatkan puji syukur pada Allah kerana mengurniakan aku teman-teman yang mensisipkan teguran. Alhamdulillah, semoga lebih ramai lagi yang akan sedar tentang tanggungjawab sebagai penulis dan pembaca. Bila menulis,jangan membabi buta. Bila membaca,jangan terus percaya. Akhirat nanti semuanya akan dipersoalkan semula.

"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya.Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar"
[At-Thaariq,86:15-17]



Ini adalah Milennial Temple (atau Temple Mount) yang telah dirancang pembinaannya di atas tapak Masjid Al-Aqsa. Rekabentuk dan senibina Millennial Temple ini telah dirancang bertahun-tahun dan ada jurupelan yang mengkaji senibina kuil-kuil Yahudi terdahulu seperti Ezekiel Temple dan Solomon Temple untuk menghasilkan senibina Milennial Temple ini selama 30 tahun.

Untuk merealisasikan Milennial Temple ini, pihak Jesuit dengan kerjasama 'The Masonic's Papacy' di bawah kawalan Freemasonry dan pemerhatian Zionis Antarabangsa menjalankan plan yang digelar 'Roadmap War' di mana mereka ingin membersihkan tapak itu dari kewujudan Masjid Al-Aqsa dan di antara perancangannya yang telah atau akan dilaksanakan ialah......[jeng jeng jeng.aku memang tak reti serius kan?]

1.menjauhkan orang Islam dari Masjid Al-Aqsa supaya melupakan masjid itu atau berasa tidak ada kena mengena dengan masjid itu dengan menyebarkan di media-media atau gambar-gambar Masjid Al-Sakhrah,Dome of The Rock yang berkubah emas [sila rujuk Siri 9] sebagai Masjid Al-Aqsa yang sebenar sedangkan Masjid Al-Aqsa berkubah hijau dan terletak lebih kurang 91.44 meter dari Dome of The Rock.

2.Menjalankan propaganda Islam sebagai punca keganasan dunia dan melancarkan perang salib ke atas keganasan (sebenarnya ke atas Islam).Jadilah Islam dikambinghitamkan. Anda pernah sedar tentang kajian demi kajian tentang tragedi September 11 yang rata-ratanya telah mengalihkan tudingan jari balik kepada Yahudi Zionis?

3.Merekrutkan sebahagian orang Islam sebagai Masonik (selalunya orang-orang yang berpengaruh, para pemimpin dan ahli perniagaan) <----ini yang palik licik sekali!!!!!

Kemudian apabila Milennial Temple siap, mereka akan menabalkan 'The Black Pope' untuk menjadi Raja Satu Kerajaan Dunia (One World Government) yang menjalankan Order Baru Dunia (New World Order-eh,macam biasa dengar je!) selain menjaga keturunan Yahudi sebagai bangsa pilihan Tuhan.

Ini adalah perancangan Jesuit;Nasrani dan Freemasonry/Zionis;Yahudi untuk menghancurkan musuh mereka sepanjang zaman, yakni Islam.

Aku tahu pasti ramai yang berkerut-kerut dahi membaca istilah-istilah yang kurang mangli di pendengaran. Tidak mengapa. Ini baru permulaan,sahabat. Aku pun saat mula-mula berjinak-jinak dengan semua ini,pusar juga kepala. Dan aku lakukan ini lebih dari sekadar menuruti rasa minat dan kehendak,ini salah satu keperluan untuk aku terus bernafas dalam Islam tanpa sedikit pun rasa was-was. Takkanlah ubat gigi Zaitun saja yang kita boleh gunakan tanpa was-was kan?

Kita semua tahu,kita ummat akhir zaman. Dan ingat semula petikan ayat Al-Quran di atas.. Allah hanya memberi penangguhan kepada mereka. POSTPONED, DELAYED..tapi BUKAN CANCEL ye kawan-kawan.

p/s:aku masih mencari gambar Al-Aqsa yang sebenar. Yang berkubah hijau itu macam pernah dilihat,cumanya perlukan sedikit masa untuk menyelongkar semula blog "itu". Tapi sekarang ini lagi kesuntukan waktu pula.Harus ke hospital dahulu. Tanggungjawab sebagai pelajar dan amanah rakyat di bahu ini, butuhkan prioritinya sekarang. InsyaAllah,aku update secepat mungkin.



Maaf juga sekali lagi atas ralat pada Jurnal yang lalu.

Jazakallah.

5 comments:

AJ Nismihan said...

terima kasih untuk berkongsi.
ya, postponed bukan bererti cancel.
lewat bukan beerti tiada.

eh, harap your sickness is getting better ya.
wish you all the best for exam too :)

anith said...

=]

haiii mcm ade connection plak kite nie...
anith br tgk video tu kt utube, 2 hari lepas...
then whole day dok tgk psl al aqsa!
=p

lolalolipoplolita~ said...

=)

naz said...

mana u belajar semua ni norfa? macam macam fakta i belajar kat toink toink haha. pastikan lebih banyak toink toink i tak sabar ni.

norfaridahanum said...

AJ,exam yg arituh sudah selesai. tgklah brape ribu aq update di sinih kebelakangan ini.lepas gian =p sakit??oh,jgn difikirkan yang itulah sekarang.aq tak mahu lagi doa dipanjangkan umur.cuma yang aq doakan semoga usia sementara yang diperuntukkan dapat aku gunakan sebaiknya untuk menjadi penghuni abadi syurga nanti.sama2 lah kita =)

anith..errr sisters?nothing weird kan.kalo dh "family",mmg jd cmtuh kdg2=)

lola =)))))

naz,i belajar mana?hahahaha!cuba u carik balik link yang anak perempuan encik azmi post kat blog dia dulu...kalo u berminat,teruslah baca yang tuh. tapi ingat,ber pro-kontralah dengan hikmah kebijaksanaan =)