Monday, October 25, 2010

< 226 > Oh Sunday!


Malas nak keluar. Jadi,I makan ini untuk Breakfast and Lunch = BRUNCH.yeay!Lepas itu dapat gelaran baru,Ratu Bilik.Toink!Apakah?I nak jadi ratu di hati u je la weyyyy[Apsal ayat gedik meghela semacam ja nih?] Tapi kan...rasa kan...kita kan.. macam kan..ayu saja bila cakap macam ini.Muntah.

Oh..ini memang section favourite untuk I lepaskan stress. Aish,I bukan nak beli untuk I lah. Cukuplah dulu-dulu je Ayah Mama I melayan I yang suka beli baju dari section kids dekat Tesco.ngeeee~Tapi dulu I memang saiz kecil [sikit dari saiz sekarang.Eceyh.] Tapi tak lamalah,sebab tengah I sibuk-sibuk feeling layan blues sorang-sorang tib-tiba I dengar "Good Evening ma'am" ..Ah,sudah!TOINK. My junior from medicine unit datang tegur.Jadi,nak tak nak TERpaksalah I kembali ke dunia nyata dan berlagak macam seorang senior MBBS yang cool gila sebab tengah-tengah exam boleh pergi mall sambil shopping SIKIT-SIKIT. 

Kemas-kemas terperasan pulang bracelet yang Dian bagi sempena hari jadi itu hari. Hampeh sikit aku ni. Aksesori segala bagai ini memang tak pernah nak pakai. Disebabkan mood agak senget hari ini,terus rasa teringin nak jadi ayu. Eceyh lagi. Tapi tak berjaya sebab terbukti hanya bertahan untuk blogging guna "I" selama 2 perenggan je.Hah,ko baru nak perasan sekarang? =p

Aku dah lah sedih satu hari.Tambah sedih bila nak tidur pun kena buli lagi.Sob3."Senior kesayangan" nak kena bentang kes esok. Parotid swelling. Jadi mintak tolong "junior kesayangan" [eceyh,sayang ke?] carikan course of Facial Nerve.Erti kata lainnya,pergi buka balik buku nota tahun pertama cari tentang susur alur laluan urat saraf muka dari otaklah sampailah ke muka. Lepas tu rasa nak nangis tengok diagram-diagram tahun pertama dulu.Sumpah cantik macam aku.Ok,tipu. Yang tadi pun tipu juga. Cerita sebenar,senior cakap banyak nak baca.Maka junior pun selamba dono asmaradana [?] saja offer diri nak tolong. Takpelah,tak rugi mana..Untung sabut,esok kena tanya masa posting benda yang sama. Who knows? 

Rahsiaku kini milikmu. Eceyh!Muntah lagi. Kalau untuk tonik rambut,aku cadangkan pakailah produk mustika ratu ni. Alhamdulillah berkesan.Melebatkan rambut saja ya,bukan memberi warna pada rambut.Yang itu,genetik masing-masing.Sila bersyukur (*-*) Tonik ni sekarang dekat Tesco jual RM8.90 saja. Nak banding dengan Syampu Scwarzkopf kan.Sikit punya mahal.[Kutuk diri sendiri] Bahan buatan pun yang natural/organik/semulajadi sahaja,kot? Tapi setelah nak hampir 5 tahun aku kenal tonik ini,memang tiada ragu-ragulah sangat berkesan untuk aku.Kau orang nak cuba,cubalah.Sila ke Tesco berhampiran ya.Tak pasal-pasal blog aku jadi tempat promosi barang Mustika Ratu. Next post aku tulis pasal jamu ibu mengandung baru gempak.Nak?


Sekarang aku nak tidur beralaskan kusyen baru beli tadi.
Selamat malam,Ahad!                         

5 comments:

MomoN said...

post eceyh nampak. haha.
huhu.. ahad saya tidak berapa produktif. :(

udienjai said...

erk.. aku tak nampak kaitan hari ahad dengan tonik rambut mustika ratu kau. hahaha' tp nampak la kaitan dengan jamu ibu mengandung tu.

eh salah.. tu kena hari khamis. lame.

Qiez AR said...

kalau la I bleh mkn satu tong baskin robbins tu without feeling as guilty as murdering my mom~! warghhhh

same la kite beb, I pun cannnot tahan tgk baju budak2, comel gile! huuu

Anonymous said...

ini post 'rindu'.
ada momen-momen hidup yang kadang-kadang hilang dari gapai kita buat sekejap kan?
dan
yang sekejap itu cukup perit kalau di ulang-ulang tayang pada ruang retina mata.
oh.
bukan?
memandai?
=)

*senyum*

iRah said...

i pakai shampoo schwarzkopf yg tak brape mahal. rambut keras cam dawai gak. hahaha.