Wednesday, January 19, 2011

< 243 > Genius

Dalam kalangan anda yang membaca tulisan ini,siapakah yang pernah terdetik untuk bergelar ataupun digelar genius? Kau?

Aku membesar dengan gelaran itu. Diberi oleh kawan-kawan sekeliling dan makcik pakcik tersayang. Jujur,aku tak berkenan pada gelaran itu. Terutamanya bila genius itu dedifinisikan sebagai mempunyai kebolehan IQ yang tinggi. Gila! Aku bukan Einstein beb!Yang kuiz IQ aku selalu buat dekat Facebook itu pun baru dapat 120.HAHA. Dan yang utama sekali, aku tak pernah dengar sekalipun Mama dan Ayah [yang dah kenal aku selama 21 tahun lebih] cakap aku ini genius. Eh,Anum tak kecil hatipun Mama,Ayah.Sebab Anum memang tahu yang Anum bukan genius pun!Tak percaya?Baca!

Ayah pernah cakap,umur aku 2 tahun aku dah betah duduk membaca surat khabar dalam pelat eja yang tak sudah-sudah. Bukan aku sahaja ya. Rasanya semua adik-beradik aku Ayah dedahkan pada perkara yang sama. Cumanya,yang sangat cenderung untuk jadikan membaca sebagai satu hobi kesukaan hinggalah sekarang, memang tak lain tak bukan si Faridahanum inilah dengan Along dia. Sudahnya dua-dua pun belajar jurusan perubatan.Menghadaplah buku-buku tebal segala setiap hari. Tapilah kan..Aku rasalah kan,mungkin juga aku  sangat suka membaca sebab nama aku diilhamkan dari novel melayu pertama,Hikayat Faridah Anom.Ok,apa kaitan?TEEEETTTT!Jadi poin penting di sini, anda bukanlah seorang genius jika pada usia seawal 2 tahun,di rumah yang tak banyak alat permainan, soft toys apatah lagi plastisin mahal Play-Doh yang boleh dibentuk-bentuk pelbagai rupa itu,anda sudah reti membaca surat khabar memandangkan surat khabarpun kelihatan sangat menghiburkan pada saat itu.

Aku tamatkan zaman tadika selama 2 tahun dengan membawa pulang anugerah pelajar terbaik.TOINK! Anugerah yang sama juga Along pernah bawa pulang. Ariz pun pernah. Athifah pun pernah.Mungkinkah aku dari baka genius? Ayah aku lulusan sekolah orang putih,BUKAN negara orang putih ya.  Dengan kelulusan itu dapatlah kerja kerajaan hinggalah sekarang ini menjawat jawatan Ketua Pembantu Tadbir. Ayah cakap pada aku, dia memanglah ketua,Ketua kerani! Pembantu Tadbir itu sekadar mencantikkan bunyinya agar sedikit gah di pendengaran,eh?Betul,dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Chief Clerk sahaja. Orang pejabat pun panggil ayah CC. Tapi ketua kerani ini jugalah yang tak pernah kompromi dengan aspek pendidikan anak-anaknya.Dapat juga dia cedok ilmu walau sedikit cuma dari anak-anaknya.. Kelakar bila kenangkan cuti yang lepas,kami adik-beradik berganding bahu bertungkus lumus mengajar Ayah subjek Matematik, topik pecahan (fraction). HAHAHAHAHAHA. And I found something interesting about my parents. Ayah is so weak in maths whilst it is Mama's forte! And....Mama punya kepincangan Sejarah Peradaban Dunia selalu jadi bahan lawak aku dan Ayah.HAHA.Kalau kau selalu singgah di sini,mungkin pernah terbacakan betapa aku kagum dan sayangkan lelaki yang seorang ini macam di entri ini dan juga di sini. Poin penting untuk perenggan ini, untuk seseorang itu dikatakan mempunyai baka genius,tengok-tengoklah juga susur galur terdahulu individu tersebut ya.Memang ada individu yang lahir dalam keluarga cerdik pandai dan ada juga individu yang sebaliknya, sejak dia bertatih, telah dilatih untuk tidak pernah letih selagi "yang terbaik" itu belum diperoleh.

Setelah berpindah-randah 3 buah sekolah,aku tamatkan juga 5 tahun sekolah rendah aku dengan anugerah Tokoh Pelajar Keseluruhan atas alasan pencapaian terbaik dalam kurikulum dan kokurikulum.Dan yang paling aku ingat arwah Guru Besar,Cikgu Ishak menutup puji-pujian melambung dia dekat aku dengan ayat "Saya ucap tahniahlah pada ibu bapa yang ada anak macam ini"..Tengok!!!Tanyalah mana-mana gurupun,sebesar manapun guru tersebut, mereka mengaku kalah pada 2 insan perkasa bergelar ibu dan bapa. Yang selalu kita dengar "pendidikan bermula dari rumah" sebenarnya pada pendapat akulah bukanlah merujuk pada pendidikan formal sangat tetapi persiapan jati diri. Di rumahlah sepatutnya keazaman anak-anak untuk berjaya mula diasuh biar terpasak teguh, bakat-bakat sekecil manapun diberi peluang jangan dipencil, sokong padu  setiap waktu, di samping sebagai umat Islam,anak-anak harus diterapkan bahawa konsep usaha-doa-tawakkal adalah senjata paling ampuh.untuk digunakan digunakan di medan ilmu. Ah,sekarang aku dah mula buat esei SPM. Perenggan ini jadi terlebih emosi sebab masa sekolah rendahlah berduyun-duyun orang panggil aku genius.Sebab apa? Sebab aku lulus PTS!!!Persoalannya, genius ke aku bilamana disebabkan aku memang dah berazam sangat nak lompat kelas,dengan bersungguh-sungguhnya siiang malam aku habiskan sampai 8 buah buku Model Soalan PTS [serta menghabiskan duit Ayah juga yang sangat tak berkira when it comes to hal-hal sekolah] serta juga apa sahaja latihtubi yang cikgu bagi?

Masuk sekolah menengah.....lagi 2 minggu nak PMR aku boleh lagi pergi lawan bola jaring. Tak sia-sialah, dapat juga jadi naib johan negeri,ke johan ek?Lupa dah!Masa SPM,ada gap antara papers, boleh lagi pergi buat persembahan orkestra dekat Dewan Sri Pinang.Jadual kokurikulum aku masa sekolah menengah memang padat dari April-Ogos dengan bola jaring,bahas,kuiz,olahraga,forum remaja,kem,pancaragam dan orkestra.Belum dikira aktiviti-aktiviti selingan macam cipta dan deklamasi sajak untuk Hari Guru, Kempen Budi Bahasa, Hari Kemerdekaan.Kena sangat disiplin dan pandai agih masa untuk belajar kalau tak kantoilah Ujian Pertengahan Tahun bulan Jun.Sebab disiplin tentera aku ini jugalah aku punya kawan-kawan zaman sekolah boleh bilang dengan jari saja. Tak ada masa untuk aku berkenal mesra dengan orang-orang lain.Tambah pula bila jadi pengawas sekolah kan,lagilah orang benci.TOINK!Dengan budak-budak band pun kadang-kadang tak sebulu,terutamanya Zaki!Kitorang sekelas dari darjah 5 sampai tingkatan 5 tolonglah!Dia PTS juga,dia selalu tidur dalam kelas sampai keluar air liur tapi dia SPM semua A juga.Ini memang genius!Sebab dia genius,dia bolehlah ponteng kelas. Tapi aku?Setiap kali habis latihan band kalau ada baki masa unuk pergi kelas aku mesti nak pergi tapi Zaki tak nak.Jadi dia tak bagi aku pergi kelas jugaklah kalau tak nanti kantoi dengan cikgulah latihan dah habis,aku dah balik tapi kenapa Zaki tak balik lagi?TOINK! Terpaksalah aku gantikan dengan buat kelas tambahan sendiri. Tutor tak berbayar waktu itu ialah Wafaa (add maths), Dayang (chemistry) dan nasib baik cikgu Fizik muda dan kacak,rajin jugalah aku pergi jumpa beliau untuk tanyakan permasalahan-permasalahan yang ada.HAHA.Biologi tak apa,akulah dewa!!!!!!!!!HAAHAHHAA!

Perit memang perit. Tapi sejak dari usia itulah aku belajar satu lagi benda baharu. TANGGUNGJAWAB UNTUK BERJAYA. Aku bersyukur sebab punya Mama dan Ayah yang tak pernah larang dan yakin penuh pada kemampuan aku. Memang tak pernah ada alasan "Parents saya tak kasi" untuk aku terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang aku suka.Ayah mudah saja,kalau aku yakin aku boleh,dia yakin juga pada aku.Bila aku serba salah,dia yakinkan aku yang aku ini memang anaknya yang was born as a multi-tasker.Lebih dari itu, aku anggap kepercayaan tak berbelah bahagi mereka itu perlu aku balas dengan kejayaan.Aku ada tanggungjawab untuk berjaya.Tak kiralah sesibuk, sesusah, sebanyak manapun halangan,bebanan ataupun tanggungjawab tambahan yang aku harus pikul. Dan Alhamdulillah,sandaran terulung aku yakni Allah s.w.t tak pernah sunyi melimpahkan rahmat nikmatNya dan sentiasa membantu aku untuk membahagiakan mereka.

Sejak aku mula memikul tanggungjawab tersebut(?)lebih sedekad yang lalu,gigih usaha dan tangis duka menjengah bersimpang siur. Aku pernah jatuh mengaduh,menjulang riang sepanjang kembara ilmu ini. Adakalanya, aku sendiri yang menjemput sukar dan menambah beban pada jalanan yang sepatutnya mudah untuk diredah. Ah,memang..aku ini anak yang degil. Suka mencabar diri.Pada aku,itu kualiti unik aku,kalau tidak, sia-sialah nama Faridah yang dipahat ini. 

Dan percayalah,anak degil ini bukanlah seorang genius. Cuma dia seorang yang gigih dalam usaha bila dia kenal hala tuju kemahuannya.Anak gigih ini telah dilatih untuk punya azam yang tinggi. Anak penuh keazaman ini tidak pernah mahu Mama Ayahnya kecewa.Anak Mama Ayah ini cuma tahu yang dia ada kedua-duanya yang sentiasa yakin dengan kemampuan dirinya. Cukup atas keyakinan dan iring doa restu mereka untuk dia terus menggalas tanggungjawab menjunjung cita-cita,mendukung cinta.[Junjung dengan dukung,junjung lagi tinggi kan Ayah?] InsyaAllah,Allah bersama-sama mereka yang menegakkan agamaNya.


Sekali Mama Ayahnya ragu-ragu, seribu kali anak ini pilu, sejuta semangatnya terbang berlalu, dia buntu ke mana nak tuju......



Koleksi gambar-gambar pelik sebagai bukti aku juga normal macam kau orang.HAHA.Anggap saja ini sambungan tulisan Bukan Nak Riak Part 2

12 comments:

Manipal Blog said...

Hello,

We would like for you to blog at ‘The Unofficial Manipal University blog’.

The Unofficial Manipal University Blog was initiated in 2007 by a few post graduate students of Kasturba Medical College , Manipal.

If you are interested mail me at admin@drvishaalbhat.com and I will send you an invite.

Regards,
Dr.Vishaal Bhat

Admin
The Unofficial Manipal University Blog

Hanis Amanina said...

seronok sy baca pengalaman akak. :D

selalu juga orng cakap sy skema. tapi tak paham mana yg skema nye. nak kata baca buku 24 jam tu, memang tak penah la. masa kat skola dulu pun, still masuk macam2 aktiviti koku. wakil negeri semua sampai terpaksa miss kelas 2 minggu lebih

mungkin masa diorang nampak sy, sy tgh study kot. hee.

udienjai said...

Siapa? Zaki? zaki? lol. teringat kenangan budak koleq yang bengong dulu2.

Aku dulu kat sekolah, sibuk macam mana pun study mesti punyalah. Tapi skg, ada cuti berhari2 pun malas giler nak study. Wei, aku dah habis teori. lepas ni boleh masuk hospital dgn ilmu yg sgt sedikit ini. Mati wei! :'(

all the best Faridahanum!

cimöt said...

mmg hebat la akak ni..umor 2thn da bce paper..wowwwww..

husnayaacob said...

like like like=)

ms. mac said...

like!! :D my genius anum!

Anonymous said...

Anum was born as a multi-tasker, and she still the same till now.

panggillah apa saja; takkan ada yang datang kosong tanpa usaha.
dan paling lemah, bila terlalu selesa dilambung tinggi, sedar-sedar kita terjatuh tak terapung sudahnya.

perasan kan, semuanya datang dengan izin dari mama dan ayah; yang sampai sekarang masih datang izin itu untuk setiap yang terbaik untuk kamu.

percayalah, setiap yang diucap pada basah pesan mereka adalah hanya yang terbaik untuk si-kecil-sayang mereka ini; dan selebihnya, mereka susun doa agar Maha Esa Allah itu berikan yang terbaik dan dokongkan yang benar selesa untuknya.

cukup sekadar menjadi genius?
aku rela tukarkan berkali-kali kehidupan genius itu kasih sayang yang tak sudah; dari orang yang tak pernah penat untuk senyum buat aku.

dan kamu; itu yang kamu pilih juga kan sahabat.

*senyum*

tahniah untuk sekalian kecermelangan; dan bersedia untuk esok-esok, kerana lambat laun, Allah duga kita dengan kegagalan juga.

dan bijak pandai seperti kamu, pasti tahu yang mana lebih harus berbanding yang lain.

apapun, Faridahanum itu multi tasker yang berjaya bukan?

Ameen

*senyum*

kina_razali said...

menarik lar citer akak nie.
no wonderlar kalau org pangil genius sbb even terlibat dgn mcm2 aktiviti koko tp still boleh score.=D.hebat2.=)

NAZ said...

norfa u tak boleh nafikan apa yang saya fikir tentang awak. kadang saya malu nak kawan dengan awak. rasa nak larikan diri. sebab saya berkali ganda lemah dari awak :) belajar pandai pandai ya

norfaridahanum said...

oh naz,sebab itukah awk sengaja menggagalkan usaha i utk jumpa u itu hari..kecik ati i owh.sekeh kang!

hye kina!mane ade skor sgt pun yang...biasa2 aje =) antara gelaran genius dan sungguh-sungguh,i prefer d latter one. agi idup agi ngelaban!

norfaridahanum said...

ah AJ,senyum juga aq pada kamu..macam selalulah..lewat semua komen dan kiriman emel kamu.terima kasih banyak-banyak bro

husna & faaaaa,likeeee!

norfaridahanum said...

hahah..amanina,sgtlah pernah merasa keadaan itu.entah,padahal kita masa belajar sket je sbb dh sibuk sana sini.so bila ada yg sket tuh r kna pulun lebih.tup2 kena skema.tp pedulikanlah...slagi gelaran tuh x bagi efek utk berjaya.redah saja!


cimot,oh hebat ek?nak sign x?haha

sudien,yakin diri.org yang yakin diri 50% dah berjaya.kira dah konfem lulus kalo ko yakin diri.haha.unless r unis ko 60 ke atas br nak lulus.toink!pengsan r.haha