Masih ingat pada entri yang aku kononnya dah tak menahan sangatlah dengan stress walau baru sebulan kembali ke India sampai ambil keputusan nak jadi pelarian.Tak ingat? Baca sini.
Walaupun dah sebulan pun kisahnya berlalu,tapi aku nak jugaklah kongsikan pengalaman aku ber-cruise ala kampung di Kerala itu hari. Sekadar kongsikan sedikit sisi-sisi indah bumi India nih. Haaacchhhummmm!
Oh,percutian hari tu digelar percutian HAHAHAHA sebab percutian aku atau nama sebenarnya,HAnum bersama HA... [dirahsiakan.LOL] turut disertai pasangan pengantin baru HAwa & HAnafi. Hanafi sanggup turun dari Germany tu sebab rindukan si isteri yang baru dikahwininya lewat cuti Disember yang lalu. Gilalah,syok gila kahwin weyyyy.I mean,bila tengok Hawa&Hanafi lah.Aku telan liur je sebab sebelum pergi, mama dah pesan siap-siap, "Yang dah kahwinnya 2 orang tuh,anum jangan pulak nak perasan dah kahwin.Jaga diri" Ayah pula macam biasalah.."Dah bagitau pegawai kamu yang di Chennai tu ke nak berjalan nih?" (-__-)' Ye,itulah ayah saya.Risau benar dia kalau JPA kenakan tindakan disiplin dekat aku.TOINK.
Dah,sebelum aku bebel lagi panjang[sebab kemaruk dah lama tak tulis blog],korang layan dulu gambar bawah ni ye.
ini baru satu je contoh gambar Hawa&Hanafi yang buat aku tekanan.Yang lain-lain nanti kalau aku letak,korang pun tekanan sama.HAHAHAHA.
macam inilah rupanya bot yng diubahsuai dan diberi nama popularnya houseboat. Ada yang satu bilik, dua bilik. even ada juga bot untuk conference 100 orang. uniklah!
ruang makan & ruang rehat yang selesa
2 tingkat tak tahan ok.atas tu boleh duduk lepak tunggu sunset sambil makan pisang goreng.nak tidur malam pun boleh tapi nyamuk lah yang kena tahan sikit.huhu.
selamat datang ke dapur...INDIA.haha.aku masih sihat,Alhamdulillah=)
ada air-cond siap kalau kau orang nak.tapi aku sarankan tak payahlah ambil. sebab pukul 4 pagi aku dah beku.lainlah macam Hawa *stress lagik* LOL.
kehidupan kampung yang dapat disaksikan di sepanjang terusan. Eceyh. Sebenarnya, kawasan Alleppey,Kerala ini turut dikenali sebagai The Venice of The East.
Untuk buktikan anda bukan buaya darat,silalah terjun mandi dengan bergayanya macam encik kat atas ni.haha.
Ada lagi sesi photoshoot di sawah padi. Gila teruja nak mati siap tangkap segala pose bagai. Padahal masa kat tanah air sendiri hanya reti menyebut jelapang padi saja. Tak pernah la hype sampai macam tu. Tapi dah banyak sangat kot gambar yang dikongsikan. Nanti kalau rajin aku tulis Part 2. Sebab ada lagi pengembaraan sehari di Cochin,Kerala naik bot juga. Basically,Kerala ni memang terkenal sebab perairannya lah.
Untuk melawat Kerala dari Malaysia,bolehlah gunakan penerbangan AirAsia ke Cochin(Kochi). Kalau tempah awal, dalam rm500-700 pun boleh dapat pergi balik.Memang majoriti kawan-kawan aku balik dari Cochins selalu.Sebab murah dan juga dekat dengan kawasan aku. By dekat,I mean,8-12hours ok.Aku tak tahu,sebab aku tak pernah guna AirAsia lagi nak balik dari India ni*nada riak* LOL!
I'm wearing tudung bawal ori from kelantan + floral jumpsuit bought from kedai amoi mana entah in Alor Setar + grey cardigan Marlboro (May-I-Borrow?)pinjam Dian punya + Jockey white leggings + jam tangan Titan + sandal Adidas penuh tragedi. KAHKAHKAH!
Amacam? Kan ke sekarang semua gadis-gadis suka letak gambar seketul dan bagitahu baju brand apa beli kat mana semua. Aku pun terikut-ikut la kan...KANNNNN!!!! oh Fashion Tips saya, kalau betis besar jangan pakai leggings kat luar ye,pakai kat dalam je. Eh tapi,yang betis kecil nak pakai leggings, jalan tu jangan kengkang pulak! Ouch??? Good!
8 comments:
owh!! aku suka hahahaha trip nih!!! boleh wat lagi....~
cool sungguh!!! nk pg nk nk nk!
erk pesanan last pun cool! =.=
norfa bulan madu atas tu pun ok. sebab kalau naik kapal besar nanti mati macam titanic hahaha. dan norfa semenjak nak kahwin ni makin cantik pula. haha awww
hahahaha.
komen atas nie memang best lah!!!
@kotak : heh,duit2,di mana kau duit..ko xpelh,dah lepas=p
@anith: meh la dtg india..haha.yg fashion tis tuh sbb dah lama sgt memerhati n sakit mata n jiwa gak r
@naz : eh tapi,kalo bleh berenang(rujuk gambar) x mati kan?=p hahahaha.
@dzul :ceyh,itu je komennya?
oxtail tu ekor lembu ehhe
tak selera tengok india tu kopek udng ke hapa
@rizal..nama dia menggerunkan saja.
@imanshah :ahaha,xpe..kalo dh lelama kat sinih akan biasalah.perut pun jadi immune...=p
Post a Comment