Assalamualaikum..Nampaknya aku mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis kembali di ruangan Jurnal Jumaat ni. Sedikit menyesali khilaf diri yang tidak pandai mencuri sedikit masa dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab dan amanah aku di sini.
Selasa lalu,masa lepak-lepak nak menunggu kelas petang, aku sempat jugalah layan cerita Die Hard 4.0. Aku pernah tengok cerita ni masa mula di keluar wayang sekitar zaman A-Level aku dulu. Dalam cerita ni ada sekumpulan penggodam/hackers yang telah mencipta kod-kod akses kepada fail-fail sulit dan sistem keselamatan US. Aku tengok para hackers nih menaip bukan main laju lagi segala abjad dan nombor kan. Lepas selesai tekan dalam berapa ratus abjad,kat skrin akan keluar "SYSTEM DEACTIVATED" "ACCESS GAINED" etc. Dapatlah akses ke fail data yang seterusnya. Dari kefahaman aku, setiap huruf atau nombor tu ada fungsi, keperluan dan tatacara penggunaan yang tersendiri. Dengan gabungan abjad dan nombor tertentu, mereka dapat programkan atau re-programming mana-mana sahaja sistem keselamatan laman-laman web kerajaan. Sikit punya hebat ilmu yang terkumpul di minda dan jari jemari diorang ni. Jujur aku cakap,aku memang noob bab-bab IT nih. Jadi aku mintak maaf kalau ada istilah yang aku guna tadi macam salah konsep whatsoever..
Kalaulah kita andaikan proses pencerobohan tu macam hidup kita kan,rasa tak macam ada persamaan?? Berperingkat-peringkat, setingkat demi setingkat. Setiap derap langkah mungkin membawa kita setingkat lebih tinggi,atau mungkin 2 3 tingkat terus. Tapi, ada masanya, langkah kita terpijak lopak kita jadi kotor, tersadung kayu kita tersungkur, tersalah berpaut?memang mautlahhh!HAHAHA. Macam para hackers tadi, salah tekan abjad tak dapatlah akses, salah tekan nombor kantoi, salah ibu mengandung?Tak ada kaitan!!!Kalau dia tahu besar nanti kau nak jadi hackers,dah lama dia picit hidung kasi mampus terus tau!
Pemudah katanya,para hackers ni bukan calang-calanglah. Ilmu penuh dan persediaan rapi kena ada. Macam itulah juga sepatutnya dalam menjalani hidup kita. Kena ada ilmu. Segala macam cabang ilmu yang ada, hari ini aku cuma nak cakap pasal ilmu membuat pilihan. Ilmu untuk menangani keadaan "Di persimpangan dilema" bak lagu penyanyi Nora. Ditelan mati mak,diluah mati bapak.Kata orang Melayu lah. Ini biasa terjadi pada semua manusia tak kira pangkat dan usia. Selesai SPM, hati meronta-ronta nak jadi pengamal undang-undang, tapi hasrat ibu bapa nak melihat anaknya jadi doktor perubatan(sekadar contoh) Tak habis belajar,hati tergerak nak berumahtangga, tapi orang tua mahu diselesaikan dahulu pengajiannya (sekadar contoh lagi).
Islam sebenarnya awal-awal lagi dah mengajar kita bagaimana mahu membuat pilihan dalam kehidupan, yakni melalui kaedah Sunnah dan Syariah. Sunnah dilakukan terlebih dahulu,yakni melalui Solat Sunat Istikharah.
Dalam Riwayat Bukhari ; Dari Jabir r.a, dia berkata "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al-Quran. Kalau seseorang dari kamu mengkehendaki sesuatu, maka hendaklah dia solat dua rakaat kemudian berdoa,
Cuma satu yang aku nak tekankan di sini tentang matlamat kita beristikharah. Istikharah bermaksud "memohon pinjaman ilham dari Allah s.w.t". Kita berserah terus pada Allah supaya dilorongkan jalan yang tepat kepada kita. Kita kena berserah bulat-bulat. Tak ada bias sana sini. Memang tak acilah kalau buat istikharah tapi dalam hati sebenarnya dah ada keputusan lain. Jangan main-main dalam mencari redhaNya! Satu lagi yang aku nak ingatkan, ilham pinjaman Allah itu tak semestinya datang dari mimpi-mimpi atau petunjuk-petunjuk. Jaga-jaga,perangkap syaitan ada di mana-mana kerana syaitan itu boleh menjelma dalam pelbagai rupa kecuali rupa Rasulullah s.a.w.
"Sebahagian (daripada umat manusia) diberikan olehNya petunjuk dan sebahagian lagi sepantasnya menjadi sesat, kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan sebagai pemimpin mereka selain Allah. Tetapi mereka pula mengira yang mereka berada dalam petunjuk hidayah" (Al-A'raf,ayat 30)
Selain bersolat, Syariat pula menggariskan kelebihan untuk kita pergi bertanya pada yang lebih arif dan yang kita yakini ketinggian ilmu dan pendapatnya. Jangan pula kau pergi tanya geng-geng kau saja. Kawan sehati sejiwa selalunya memanglah "I support you lahhhh!" Mencari maklumat di zaman IT (dan hackers!) ini hanya di hujung jari sahaja. Tambah pula, ramai cendekiawan agama seperti Dr.MAZA, Ustaz Hasrizal(saifulislam), UZAR (zaharuddin.net) - sekadar menulis beberapa nama, yang menulis pelbagai isu agama di blog masing-masing. Ini juga satu contoh usaha kita dalam melunasi amanah Allah untuk menjadi hambaNya yang terbaik di sepanjang kehidupan dunia ini. Dalam Allah mentakdir, kita masih berhak untuk mentadbir.
Tidak dinafikan,akan timbul juga rasa takut di hati memikirkan akibat keputusan kita walaupun diambil atas landasan Sunnah dan Syariah.Ye lah, lepas istikharah dan perbincangan, buat timbang tara dan perbandingan, lepasan SPM tadi memilih untuk jadi doktor perubatan. Bila dah belajar dan rasa dah usaha sehabis daya pun,keputusan peperiksaan tak adalah sebaik mana. Dalam hati kadang-kadang rasa,kalau ambil guaman mesti sekarang hati tenang,tak ada tekanan,maklumlah ambil jurusan yang disukai kan? HAAAAA..untuk insan-insan yang melalui perasaan macam ini pula, ingatkan diri balik yang kita bukanlah hero Early Edition ke apa ke..Kita cuma menjalani hidup yang sementara ini atas Sunnah dan Syariah untuk beroleh kebahagiaan yang hakiki di akhirat yang kekal abadi. Kalaupun bermasalah di tengah jalan, ucapkan Alhamdulillah untuk pahala dan redha Allah yang tetap mengiringi kita,InsyaAllah. Kalau semalam kita tak tahu apa yang akan jadi hari ini,maka pada hari ini,kita tak akan tahu pula apa yang bakal jadi esok.Itu yang selalu aku ingatkan diri. Eh,contoh tadi ada ada kaitan dengan aku ke? TEEEEETTTTT.Sebenarnya,ada satu petikan hadis yang boleh dibuat menenangkan diri bila berdepan kegusaran macam ini,cuma periwayatnya tak silap aku macam ada kontroversi Wahabi,sesat etc...
"Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq serta bermesyuarat dengan para makhluk, serta tetap pendirian dalam keputusannya " -Ibnu Taimiyah
Allahu a'lam..
p/a:Aku kira, penulisan ini adalah sambungan kepada tulisan Love Actually.. ini yang aku maksudkan dengan "urusan dengan Tuhan"- mohonkan ketenangan dan petunjuk hanya dari Dia.

Ya Allah,sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu.Aku meminta dariMu dengan kelebihanMu yang banyak. Maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa.Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah,jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku, pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang, maka elakkannya dariku dan elakkanlah diriku daripadanya. Tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu"
Cuma satu yang aku nak tekankan di sini tentang matlamat kita beristikharah. Istikharah bermaksud "memohon pinjaman ilham dari Allah s.w.t". Kita berserah terus pada Allah supaya dilorongkan jalan yang tepat kepada kita. Kita kena berserah bulat-bulat. Tak ada bias sana sini. Memang tak acilah kalau buat istikharah tapi dalam hati sebenarnya dah ada keputusan lain. Jangan main-main dalam mencari redhaNya! Satu lagi yang aku nak ingatkan, ilham pinjaman Allah itu tak semestinya datang dari mimpi-mimpi atau petunjuk-petunjuk. Jaga-jaga,perangkap syaitan ada di mana-mana kerana syaitan itu boleh menjelma dalam pelbagai rupa kecuali rupa Rasulullah s.a.w.
"Sebahagian (daripada umat manusia) diberikan olehNya petunjuk dan sebahagian lagi sepantasnya menjadi sesat, kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan sebagai pemimpin mereka selain Allah. Tetapi mereka pula mengira yang mereka berada dalam petunjuk hidayah" (Al-A'raf,ayat 30)
Selain bersolat, Syariat pula menggariskan kelebihan untuk kita pergi bertanya pada yang lebih arif dan yang kita yakini ketinggian ilmu dan pendapatnya. Jangan pula kau pergi tanya geng-geng kau saja. Kawan sehati sejiwa selalunya memanglah "I support you lahhhh!" Mencari maklumat di zaman IT (dan hackers!) ini hanya di hujung jari sahaja. Tambah pula, ramai cendekiawan agama seperti Dr.MAZA, Ustaz Hasrizal(saifulislam), UZAR (zaharuddin.net) - sekadar menulis beberapa nama, yang menulis pelbagai isu agama di blog masing-masing. Ini juga satu contoh usaha kita dalam melunasi amanah Allah untuk menjadi hambaNya yang terbaik di sepanjang kehidupan dunia ini. Dalam Allah mentakdir, kita masih berhak untuk mentadbir.
Tidak dinafikan,akan timbul juga rasa takut di hati memikirkan akibat keputusan kita walaupun diambil atas landasan Sunnah dan Syariah.Ye lah, lepas istikharah dan perbincangan, buat timbang tara dan perbandingan, lepasan SPM tadi memilih untuk jadi doktor perubatan. Bila dah belajar dan rasa dah usaha sehabis daya pun,keputusan peperiksaan tak adalah sebaik mana. Dalam hati kadang-kadang rasa,kalau ambil guaman mesti sekarang hati tenang,tak ada tekanan,maklumlah ambil jurusan yang disukai kan? HAAAAA..untuk insan-insan yang melalui perasaan macam ini pula, ingatkan diri balik yang kita bukanlah hero Early Edition ke apa ke..Kita cuma menjalani hidup yang sementara ini atas Sunnah dan Syariah untuk beroleh kebahagiaan yang hakiki di akhirat yang kekal abadi. Kalaupun bermasalah di tengah jalan, ucapkan Alhamdulillah untuk pahala dan redha Allah yang tetap mengiringi kita,InsyaAllah. Kalau semalam kita tak tahu apa yang akan jadi hari ini,maka pada hari ini,kita tak akan tahu pula apa yang bakal jadi esok.Itu yang selalu aku ingatkan diri. Eh,contoh tadi ada ada kaitan dengan aku ke? TEEEEETTTTT.Sebenarnya,ada satu petikan hadis yang boleh dibuat menenangkan diri bila berdepan kegusaran macam ini,cuma periwayatnya tak silap aku macam ada kontroversi Wahabi,sesat etc...
"Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq serta bermesyuarat dengan para makhluk, serta tetap pendirian dalam keputusannya " -Ibnu Taimiyah
Allahu a'lam..
p/a:Aku kira, penulisan ini adalah sambungan kepada tulisan Love Actually.. ini yang aku maksudkan dengan "urusan dengan Tuhan"- mohonkan ketenangan dan petunjuk hanya dari Dia.
4 comments:
insyaallah semoga apa yang dihajati akan diperoleh
:-)
salam
amboi yang pasal belajaq tak habis nak berumah tangga tu ada pro n kontra kan.. tapi kalau fokus pada pelajaran takde istilah jodoh datang masa tu kan..
Most men want beautiful women to have sex with.Looking at your group of malay women..i fear for them.
Dont put bruce willis hansome guy in your blog. Those kind of men are beyond u all..
Put imam muda ke..but even he will be looking for some girl as hensem as him
@hans : amin.2 u 2 hans
@imanshah : wsalam...dalam fokus2 pun,manusia tetap manusia,bukan robot kan?
@Dia : i guess it's ur first time here that u didnt really know how i view/embrace my religion.
i don't watch imam muda,thats the thing.and i seriously dont know on what ground u placed the comment.anyhow anywho,thanks!
Post a Comment