Friday, September 30, 2011

Siri 39 : Raya In-Situ

Assalamualaikum..
Hari ini aku buat 2 in 1. Jurnal Jumaat dan entri tentang 1 Syawal 1432 H yang dah dijanjikan lama sangat dah. Sorrylah Mama & Ayah ye.


Dalam hadis Ummul Mukmimin Aisyah r.a,
..bahawa pada Hari Raya Eidul Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya(rumah 'Aisyah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggan Ansar pada Hari Bu'ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata "Suara syaitan!" sebanyak dua kali. Nabi s.a.w bersabda " Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguhnya ini adalah hari raya kita"

baca di sini untuk penjelasan lebih lanjut tentang nyanyian/hiburan dalam Islam.





Daripada Ibn' Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda , "Pakailah pakaianmu yang berwarna putih, kerana ia adalah sebaik-baik pakaianmu dan kafanilah mayat-mayat kamu dengan kain yang berwarna putih" [Al-Tirmizi]





Daripada Umayyah ibn Makhsyiy al-Shahabi r.a, dia berkata., "Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk ada seorang lelaki yang makan tanpa menyebut nama Allah (Bismillah) sehingga makanannya tinggal hanya satu suapan sahaja. Tatkala dia mengangkat makanannya ke mulut dia berkata," Bismillahi Awwalahu Waakhirahu(Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya" Maka Nabi s.a.w tersenyum kemudian bersabda "Tidak henti-hentinya syaitan itu makan bersamanya, namun ketika dia menyebut nama Allah syaitan terus memuntahkan apa yang ada di dalam perutnya" [Abu Dawud & al-Nasa'i]

Akan berpergian selama 3hari2malam untuk program Shifting Each Muslim's Paradigm tOwards Islam. Ada Ustaz Hasrizal @ Saifulislam! Mestilah aku teruja wehhh!

Thursday, September 29, 2011

54

Setelah agak lama tak bertemu mata,
maka merekapun mengambil keputusan untuk berjumpa,
Dan bila tiba saatnya,
Hampir serentak kedua-duanya bertanya,
"Eh!kenapa pakai biru?"

Some lovers believe in science to explain telepathic connection between them.
I just believe that there are things in this world that are designed for only two people in order for them to be one.

Saturday, September 24, 2011

KMC Mangalore

Junior aku muatnaik video yang dia buat ni di Facebook. Fotografi&Videografi! Satu lagi kegemaran segelintir pelajar-pelajar dekat sini. Some of the are really good at it though!

Aku kongsikan video ini terutamanya untuk kaum keluarga di rumah yang masih belum ada kesempatan nak menjejakkan kaki ke bumi Mangalore ni One day people,one day you guys will! I miss you all!



Mari sinilah aku bagi description sikit.

0:03 -- Logo KMC Terchinnntaaaaa ni kan!
0:16 -- Auto! Perkhidmatan awam yang selalu aku gunakan. 15rupees(rm1) untuk 1 kilometer pertama. Dulu (2008) 13rupees je.
0:24 -- Lecture hall(more of a classroom size) masa semester ketiga. Memang padat yang amat. Tak suka!
0:44 -- Blackboard ye kawan-kawan.Old school tak?
1:02 -- College bus and van pun tak nak kalah,nak old-school gak!
1:09 -- KMC!
1:14 -- jiran kami,MCODS -Manipal College of Dental Sciences
1:25 -- tugu peringatan Dr. TMA Pai,pengasas Manipal University
1:38 -- keadaan jalanraya depan kolej aku,Lighthouse Hill Road yang sentiasa sibuk dengan kenderaan. Hon-hon kenderaan dah jadi halwa telinga sepanjang sesi kuliah.HOHO
1:39 -- nampak ramai orang berkumpul tepi bas tu?Itulah tempat aku jalankan aktiviti panjat tembok aku.Dulu-dululah.HAHA.
1:43 --Nampak bangunan bertingkat paling belakang sekali tu?Itulah apartment aku! Betul-betul depan kolej kan?
1:45 -- Jalanraya belakang kolej,Balmatta Road. Kolej aku ni duduk atas bukit. Tepi-tepinya memang jalanraya je. Dan library pula menghadap Balmatta Road,boleh tak? Tapi aku selalu kalau pergi library pun duduk yang tingkat bawah tanah punya,sound proof!(ini satu yang aku kagumlah dengan kolej aku).

Terima kasihlah Sakhawi yang upload video ni kat Facebook. Aku nak minta tolong jugak korang kalau rajin pergilah ushar video tu dan tekan LIKE. Entah,junior aku tengah ada misi apa entah.

Bagus juga ada kenalan yang hebat-hebat ilmu teknologi kreatif ni. Senang nanti kalau nak kahwin ke apa ke, boleh hire diorang je.Murah pun murah. Kualiti mungkinlah tak setanding CST,tapi cukuplah sekadar untuk diabadi sebagai memori. Kalau rasa tak cukup,pergilah cekau rm3000, bolehlah hire CST.

Tak tau CST Production? Google sendiri!



Thursday, September 22, 2011

53

2008 - Sutan Battery Beach

"Masa gua nak balik dulu gua pesan kat H suruh jaga lu. Memang betul-betul dia jagalah camnih" - Abg.Daus a.k.a Amad. Sepupu saya, sahabat awak!

Tuesday, September 20, 2011

Kahwin-Kahwin

Lepas satu-satu.

Macam larian berganti-ganti dah kitorang kata.

Mula dengan Alfian Arif, Presiden Malaysian Students Association(MSA) kitorang sendiri.

Bernikah dengan junior kami dari Melaka-Manipal Medical College (MMMC)
Tarikh nikah sampai sekarang masih rahsia.TOINK! Syikin dah balik sambung belajar di Melaka pun.

Diikuti Hawa yang selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Hanafi yang mana aku bertindak selaku penaja pakaian sanding(ungkit lagi ungkit!LOL). Majlis sekitar Disember tahun lepas. Hanafi nun jauh di Jerman sekarang ni.

Dan yang terbaru sekali Kaiyisah yang berkahwin 1 September lalu dengan Aswad, tahun kelima jurusan perubatan di Mesir. Semalam diorang tumpang adakan majlis kesyukuran dekat rumah aku. Oh well,rumah aku kan besar. One day, I'm gonna miss this apartment =((( 

Ini baru batch aku punya ceritalah.. Belum kira batch seniors yang merupakan generasi pemangkin "larian berganti-ganti naik pelamin" ni. 
Kak Farah &Firamir. Kahwin sebelum masuk final year(tahun 2010) Dua-dua dah bergelar Dr. pun sekarang. Pemenang anugerah couple paling sweet seantero Mangalore - aku yang calonkan, aku yang undi dan aku yakin ramai yang setuju. Sweet gila nak mati, dah la muka sama pulak tu!

Even Konsul JPA, Encik Khair pun cakap, Mangalore ni lah yang paling banyak bertemu jodoh! Encik Khair yang umur 30 pun baru kahwin 11September lepas ok. Sikit punya ramai students dah langkah bendul dia. HAHAHA. Dan ini baru kat tempat aku. Belum masuk tempat-tempat lain di India ni, belum masuk yang kahwin dengan Ashraf Muslim lagi kan. HAHAHAHA. Sampaikan ada kawan kat Malaysia yang bawak keluar statement lebih kurang beginilah..."Korang kat India ni kan...asyik kahwin je ye!" HAHAHAHA!

Jadi aku cuma nak berpesan pada siapa-siapa lah yang nak mengikut jejak langkah mereka-mereka yang di atas,pastikan anda betul-betul mendalami dan memahami tanggungjawab yang harus dipikul bila bergelar suami isteri ni. Jangan sibuk nak kahwin semata-mata sebab nak ikut "trend kahwin muda" atau fikirkan keseronokan sahaja. 

 Tambah bila anda dah ada perjanjian/kontrak/agreement dengan JPA/MARA atau apa-apa sponsor yang lain yang anda dah sain terlebih dahulu sebelum sain surat nikah. Ada 2 amanah janji yang kau kena pikul tu. Dan sebelum sain akujanji yang kedua kena betul-betul thorough dengan semua challenges & consequences yang bakal dihadapi nanti. Orang selalu cakap berkahwin itu sunnah, tapi malangnya tidak bersunnatullah pula dalam pengendalian perkahwinan+rumah tangga etc. Maka yang jadi mangsa fitnah ialah agama Islam itu sendiri. Aish....aku kecewa betul kalau cakap hal ni...Dan adalah juga aku kecewa dengan seseorang dua atau mungkin tiga manusia dalam hal ini.Astaghfirullahal'zim...

Oh!tak apalah..malas nak emo berpanjangan..Aku kira tulisan ini sebagai pesanan untuk diri sendiri juga ni..Dan aku juga berdoa pada Allah semoga aku diberikan kebijaksanaan dan kekuatan dalam menangani masalah-masalah mendatang. Dan semoga aku juga tidak termasuk dalam golongan yang menimbulkan fitnah terhadap agama suci ini. Amin.

Manalah tahu kan giliran aku pula ke nanti.HAHA.*suka buat statement kontroversi dan cari publisiti* TEEETTT!

So Mangalorians,who's next nak sambut baton ni? 

P/S: Gambar curi FB members.Harap-harap tak disaman. { -__________-}""


Thursday, September 15, 2011

52

No flower. No chocolates.
Just the same place and same hours.
There sit, the two of us.

For him.

And for her.

Sambutan anniversary? HAHAHAHA. Tapi awal sehari. Sebab esok Doktor H dah mula bertugas sebagai internee. Destinasi pertamanya ke pekan Moodibdri. Luar bandar..jauh sekali  =(((

Setahun ni macam-macam yang jadi. Gaduhnya beberapa kali. Gelaknya banyak kali. Alhamdulillah. Masih berpegang pada janji. Masih mahu mencuba lagi. Masih berusaha membaiki diri. Masih berdoa Allah redhai.


PENULISAN SETAHUN YANG LALU - 16 September 2010

Sunday, September 11, 2011

Rindu Terhenti

Huruf-huruf jawi yang bersusun semahuNya,
Diiring baris-baris rumi buat mudah faham pembacanya,
Dihimpun lengkap dalam balutan kulit seunggul hitam warnanya,
Mengusir usang dari bermaharajalela.


Tafsir suci itu hari ini aku selak perlahan,
Satu-satu dari muka hadapan,
Hinggalah ku ketemu satu nota berlipatan.
Tak sempat kucapai, laju ke lantai ia jatuh
Dan aku memandang lama..dalam keluh.


Naskhah agung itu hanyalah satu pemberian tak kesampaian,
Buat si dia yang pernah aku anggap lebih dari kawan,
Dan nota itu terisi seribu satu persoalan,
Mohonkan satu kepurusan.


Tiada guna dijelas sejauh mana hubungan,
Kerana yang nyata di mata khalayak akulah yang bertepuk sebelah tangan.


Jenuh aku bersandiwara,
Supaya rasa itu tak dapat ditancap sebarang indera.
Jenuh aku berdrama swasta,
Kononnya bersahabat padahal dah cinta.
Jenuh aku memujuk jiwa,
Untuk terus di sisi walau terusan kecewa.


Aku pernah letih pada kerenahnya yang aneh,
Tak kira segala mana dan bila
Aku pernah kecam desaknya yang macam-macam,
Mahu tahu segala bagaimana dan kenapa
Aku pernah merintih saat dia mengadu sedih,
Tentang segala apa dan sesiapa....
Sendiri menjeruk rasa, terus menyokong dalam terpaksa,
Gusar beradun sabar, mengharap kalau-kalau mungkin ada sinar,
Baik lagi melukut dari menjadi punca ada kebahagiaan yang diragut.


Sepertinya baru semalam kami sama bersengkang,
"Tolong pastikan setiap 10minit mata aku masih terang!",
Itu bakal jadi kali terakhir dia ke medan perang.
Kasihan,setiap ilmu perlu dia kaji ulang,
Dalam pada dia menyiap diri untuk berjuang,
Rukuk dan sujudku berulang-ulang,
Hajatkan supaya hatinya tenang mindanya lapang,
Esok di kelas mataku yang kecundang,
Ah...manusia kalau dah sayang.
Kejayaannya aku yang khabarkan penuh girang,
Walau sekadar dalam talian dan bual yang tak panjang,
Cukup untuk jadi satu momen untuk kukenang.


Tidak, aku bukan kekasih gelap,
Aku cuma menyimpan rasa kasih tak tahu diucap
Tidak, aku bukan kekasih gelap,
Aku cuma menyimpan rasa kasih tak mahu diucap


Hari ini aku dah serik terlampau bermanis,
Hanya tunduk pada setiap aturan dia yang egois,
Cukuplah aku keliru dengan permainan kata-kata,
Di sepanjang lembaran nostalgia penuh dusta.


Aku sudah lama berhenti menanti,
Dan aku ikrarkan hari ini rinduku telah terhenti.


Tadi masa sayup-sayup panggilan azan berkumandang,
Aku bisikkan pada kumpulan helang,
Pergilah jauh ke utara sana kalian terbang.
Sampaikan salamku semoga sejahteranya berpanjang,
Sampaikan harapku semoga dia selamat pulang,
Sampaikan doaku semoga bahagianya di samping yang tersayang.

Oh Faridahanum,apa kau tulis ni?
09 April 2011
Lobo Prabhu Court

Masih ingatkah kalian pada sebuah sajak ku yang dulu?

Saturday, September 10, 2011

Pre-Raya 1432H

Salam.
Aku ni selalu menanggguh-nangguhkan entri tentang sambutan hari raya.Bila disemak-semak dalam peti draf, entri raya tahun lepas pun elok lagi tersimpan.Adeyh! Jadi sebagai jalan selamat aku kongsikan sajalah gambar-gambar sambutan Aidilfitri aku di sini. Kali keempat aku beraya di perantauan. Kali keempat!!! Gilalah! Tahun depan memang tak akan baliklah sebab dah tahun akhir.Mungkin di zaman-zaman internship nanti baru boleh balik,InsyaAllah.

3 hari sebelum raya
Misi mencari bahan mentah. Tapi yang ini bukanlah aku yang pergi. Dah assign tugas kat orang lain.


2 hari sebelum Raya
Kami dah berkumpul untuk gotong-royong masak memasak. Lokasi tahun ini adalah di Penthouse Maharaja Residency. Senang,tak perlu nak asing-asing memasak macam selalu. Di awal Ramadhan katanya India bakal raya pada 31Ogos, tapi sekitar seminggu penghujung Ramadhan, khabar berlegar-legar pula yang 1 Syawal jatuhnya pada 30Ogos,sama dengan Malaysia. 
Adik-adik junior tahun pertama yang sangat teruja nak menolong.hehe. Budak-budak batch nih memang bagus!

Surgical gloves dipakai untuk mengelakkan tangan berpijar-pijar mengendalikan cili kering. HAHA!

Tengoklah banyak mana cili kering nak direbus. Ini baru satu periuk.

ini spek bukan sebarang spek. Spek khas yang dipinjam dari budak dentistry..tapi untuk apa?

Ya..perisai menangkis serangan gas pemedih mata oleh cik bawang sekeluarga. HAHAHA!

Sebagai orang yang dah berpengalaman 4 tahun beraya di India (eceyh), aku dan beberapa kawan dah bahagikan bahan mana yang perlu dipotong dan dikisar dahulu, yang mana perlu ditangguhkan hinggalah pengumuman lepas Isyak nanti. Sini memang tak adalah pak cik Penyimpan Mohor Besar keluar dekat TV ! Ah,rindu! (Ayah pernah kata kalau pak cik tu pakai baju biru maknanya raya esok. Kalau dia pakai baju ungu, maknanya akan ada ada satu hari untuk berpuasa. lebih kurang macam tu lah. Ke warna lain ke entah. Cuba korang perhati tengok lain kali.HEHE) 

Dan dukacitanya, raya kami disambut lewat sehari berbanding Malaysia =( Terpaksalah mengagih-agih segala daging dan ayam yang berpuluh-puluh kg ke beberapa peti ais sementara nak tunggu esok.TOINK! Tapi sebagai senior-senior yang prihatin,,kitorang dah pun siapkan makanan untuk berbuka puasa beramai-ramai. Hawa masakkan Bihun Sup yang sedap sedap sedap. Shu buat kek batik lagi. 

Adik-adik-kakak-kakak-kakak-adik-superkakak a.k.a DOKTOR! Generasi Mangalore pelbagai lapiasan turun padang ok!

 Chief untuk masakan berbuka puasa hari tu. Puan Hawa.

Tarawikh malam tu pun dalam pukul 10.30 kot baru mula. Dapatlah juga aku berjemaah pertama kali dan terakhir kali juga untuk kali ini dengan adik-adik junior yang  menumpang tidur di Lobo Prabhu. Kalau tak hujung-hujung Ramadhan memang aku tarawikh seorang diri sebab housemates dan jiran-jiran dah pulang ke Malaysia pun. Tak apa,janji Tarawikh,rugi kalau dilepaskan peluang. Alhamdulillah...tahun ini tarawikh penuh kecuali pada hari-hari yang ABC (Allah Bagi Cuti) tu memang tak dapatlah nak buat apa-apa kan.

Petang sebelum Raya

Sejam setengah aku cuba...dan hanya mampu buat dua ketupat riben sahaja?? Memang loser. Rozek yang memang ada bakat semulajadi dalam bidang seni kerja tangan ni setiap 5 minit selesai satu kot! Padahal dia pun baru je belajar dari YouTube minggu yang sebelumnya. Oh, Rozek juga ada mesin jahit mini dekat apartmen dia. Makanya,di samping sibuk memasak, dia ambil upah alter baju, jahit tudunglah, jahit maniklah dari pelajar Malaysia.HAHAHA! Siapa kata bakal-bakal doktor ni semua hidup menghafal buku je?Kami (kecuali si penulis)serba boleh tahu! 

Tudung turqoise Zehan tu Rozek yang jahitkan!

Baju Kak Kia yang Rozita Che Wan a.k.a Rozek tolong alter kan di Malam Raya.HEHE. Dr. Zakiah sibuk kerja sampai susut sangat dah badannya.

Yang mana satu Rozek? Oh yang tengah potong bawang tadi. Masih solo tapi tak payahlah minta aku tolong masuk line ye sebab dia awal-awal lagi dah cakap memang nak biar Mak dia je yang carikan. TEEETT!

Malam Raya
Basically, malam raya tu memang tinggal nak memasak je lah. Menu tradisi lah..Ayam Masak Merah, Rendang Daging, Kuah Kacang, Kari Ayam, Roti Jala, Nasi Himpit/Ketupat, Lodeh. Tahun ni aku berbekalkan darah keturunan keling (DKK) dalam diri telah menugaskan diri sendiri untuk masak Kari Ayam. HOHOHO.





Tak ada pula gambar boys memasak roti jala dan nasi himpit sebab diorang memasak di rumah yang lain. Tapi aku assume keadaannya samalah macam tahun-tahun yang lalu. Ini gambar raya tahun lepas punya curi dari Facebook senior lelaki yang baju biru tuh (cough3!)


Memang sah gambar raya tahun lepas sebab Dr.Alimin ni dah selamat pulang bertugas di Malaysia pun.

Ini je gambar yang aku dapat dari FB junior aku..Eh tapi ni bukan roti jala ni...Aish,Boys kalau dah berkumpul banyak betul plan dalam kepala otak diorang ni. Padanlah kerja asyik lambat jalan.Opppsidebedoo!

Duduk bersimpuh lagi...Kau boleh??

Maka sekianlah sahaja cerita Pre-Raya aku. Nanti aku sambungkan dengan Raya in-situ dan Post-Raya pula ye.

HAHAHAHAHAHAHA..Ini kenangan rendang daging yang aku masak tahun lepas. Al-kisahnya, tahun lepas memang sedikit saja pelajar yang beraya di Mangalore. Batch aku tinggal 4 orang je!Maka haruslah menjadi bidan terjun memasak lauk-lauk tradisi kan. Sumpah aku tak pernah masak rendang pun sebelum tu. Tolong tengok je selalu.LOL. Nak jadikan cerita yang junior lagi 3 orang yang tolong pun tak reti juga. End-up kami korek-korek segala resepi lah kan. Dan sekali tu dah pukul 3 pagi kot dan one of them come out with petua melembutkan daging yakni kena taruh sudu. Aku kira agak logik di situ.. Ye lah..nak salurkan haba dengan lebih efisien kan? HAHA! Makanya kitorang pun hangguk bubuh bukan saja sudu malah garfu. LOL. Sekotak jugak kot! Padahal petua asalnya satu je sudu dah cukup. Manalah kitorang tahuuuuu! Tapi menjadi je rendang kitorang tu apa? Cuma adalah yang hangit sikit kat bawah-bawah tu. Tak apalah. Pengalaman! Lagipun berkhasiat..bak kata Kak Farah bila found out gambar ni kat FB.."Patutlah rasa bertenaga lepas makan rendang tadi,ada tambahan zat besi!" TEEEETTTT!

Gambar adalah koleksi peribadi dan curi-curi dari FB rakan taulan sekalian.Jangan saman saya ye!

Thursday, September 08, 2011

51



"U guys have a very healthy foundation of ur relationship (sbb sports). haha. I can imagine u n him..40 y.o...jogging~hahaha" - NadiaJamil 


Wednesday, September 07, 2011

Untuk Dzulhafiz

Saya bukannya tak ada idea nak menulis apa. Cumanya saya tiada masa-lah, tetapi banyak masalah.HEHEHE. Banyak masa dihabiskan di..entah,berangan kot? LOL.


Dan adik lelaki saya, Dzulhafiz dah mula bising di Facebook sebab saya tak buat entri khas untuk dia yang dah mula mendaftar untuk program ijazah di UiTM Penang. Aish,dah la Majlis Konvokesyen dia yang akan diadakan Oktober nanti di UiTM Dungun pun saya tak tentu lagi dapat pergi ke tidak. Memang nak sangat pergi. Tapi sekarang, tiba-tiba mempunyai kesedaran yang setiap ringgit adalah sangat berharga. Nanti Disember ada cuti panjang dan haruslah nak balik lagi. Itu semua duit!!!Maka ketahuilah yang sudah hampir 3 bulan kot saya tidak membeli-belah secara sakan dan macam orang sakai tak pernah jumpa shopping complex. Huwaaa! 

Tapi bila tengok-tengok dalam almari,banyak je koleksi pakaian yang jarang-jarang dipakai. Silap-silap boleh kena zakat harta! TOINK! Maka sekarang hidup dalam keadaan sentiasa bersyukur dan penuh kesabaran setiap kali nampak iklan SALE SALE SALE. Dahlah shopping complex ketiga terbesar di India letaknya di belakang rumah sahaja.Arghhh! Ok,dah melalut cerita pasal diri sendiri pula.

Jadi entri ni tak lain tak bukan hanyalah sebagai satu penghargaan kecil-kecilan (atas paksaan) untuk Chef Dzulhafiz, Diploma Seni Kulinari, serta penerima Anugerah Dekan untuk 3 4 kali hingga gua malas nak layan reaksi takabbur nya,LOL dan juga menjadi staf kesayangan di Hotel Casuarina Ipoh walau baru kerja 3 bulan je. Cis kau!

Oh,beliau gagah perkasa. Tiada sebarang unsur kelembutan ataupun kepatahan pada dirinya. Harap maklum.


He's going to further a Degree in Hotel Management,kot? I know his passion in cooking,baking etc tapi berdiri pada alam realiti dan kenyataan dunia,susah untuk chef muslim nak hidup selesa dan pada masa yang sama berlandaskan syariat,apatah lagi bila kita nak bermula dari bawah...Aish,kalau ada rezeki nantilah Anum tolong Apis buka restoran ke, okkkayyy?

Thursday, September 01, 2011

50

Lelaki : Sorry,tadi tengah solat Isyak
Perempuan : Tak nak solat sunat Syukur sekali ke?
Lelaki : Eh?Eh?
Perempuan : He.He.