Sunday, September 11, 2011

Rindu Terhenti

Huruf-huruf jawi yang bersusun semahuNya,
Diiring baris-baris rumi buat mudah faham pembacanya,
Dihimpun lengkap dalam balutan kulit seunggul hitam warnanya,
Mengusir usang dari bermaharajalela.


Tafsir suci itu hari ini aku selak perlahan,
Satu-satu dari muka hadapan,
Hinggalah ku ketemu satu nota berlipatan.
Tak sempat kucapai, laju ke lantai ia jatuh
Dan aku memandang lama..dalam keluh.


Naskhah agung itu hanyalah satu pemberian tak kesampaian,
Buat si dia yang pernah aku anggap lebih dari kawan,
Dan nota itu terisi seribu satu persoalan,
Mohonkan satu kepurusan.


Tiada guna dijelas sejauh mana hubungan,
Kerana yang nyata di mata khalayak akulah yang bertepuk sebelah tangan.


Jenuh aku bersandiwara,
Supaya rasa itu tak dapat ditancap sebarang indera.
Jenuh aku berdrama swasta,
Kononnya bersahabat padahal dah cinta.
Jenuh aku memujuk jiwa,
Untuk terus di sisi walau terusan kecewa.


Aku pernah letih pada kerenahnya yang aneh,
Tak kira segala mana dan bila
Aku pernah kecam desaknya yang macam-macam,
Mahu tahu segala bagaimana dan kenapa
Aku pernah merintih saat dia mengadu sedih,
Tentang segala apa dan sesiapa....
Sendiri menjeruk rasa, terus menyokong dalam terpaksa,
Gusar beradun sabar, mengharap kalau-kalau mungkin ada sinar,
Baik lagi melukut dari menjadi punca ada kebahagiaan yang diragut.


Sepertinya baru semalam kami sama bersengkang,
"Tolong pastikan setiap 10minit mata aku masih terang!",
Itu bakal jadi kali terakhir dia ke medan perang.
Kasihan,setiap ilmu perlu dia kaji ulang,
Dalam pada dia menyiap diri untuk berjuang,
Rukuk dan sujudku berulang-ulang,
Hajatkan supaya hatinya tenang mindanya lapang,
Esok di kelas mataku yang kecundang,
Ah...manusia kalau dah sayang.
Kejayaannya aku yang khabarkan penuh girang,
Walau sekadar dalam talian dan bual yang tak panjang,
Cukup untuk jadi satu momen untuk kukenang.


Tidak, aku bukan kekasih gelap,
Aku cuma menyimpan rasa kasih tak tahu diucap
Tidak, aku bukan kekasih gelap,
Aku cuma menyimpan rasa kasih tak mahu diucap


Hari ini aku dah serik terlampau bermanis,
Hanya tunduk pada setiap aturan dia yang egois,
Cukuplah aku keliru dengan permainan kata-kata,
Di sepanjang lembaran nostalgia penuh dusta.


Aku sudah lama berhenti menanti,
Dan aku ikrarkan hari ini rinduku telah terhenti.


Tadi masa sayup-sayup panggilan azan berkumandang,
Aku bisikkan pada kumpulan helang,
Pergilah jauh ke utara sana kalian terbang.
Sampaikan salamku semoga sejahteranya berpanjang,
Sampaikan harapku semoga dia selamat pulang,
Sampaikan doaku semoga bahagianya di samping yang tersayang.

Oh Faridahanum,apa kau tulis ni?
09 April 2011
Lobo Prabhu Court

Masih ingatkah kalian pada sebuah sajak ku yang dulu?

5 comments:

udienjai said...

Anum,
kuatkan semangat. InsyAllah, kalau kita ikhlas, Allah akan tolong kita. Mungkin dengan cara yang kita sendiri tak sedar. Allah kan Maha mengetahui. :)

Aleen Aiden said...

dan jika dia bukan untuk kamu maka selitkan di hati supaya rasa itu jangan pergi dalam lagi.
bertabahlah ye. :D

cimöt said...

apa ni norfa..hilang macho daaaa..

btw,ur poem best as always!!

norfaridahanum said...

@udienjai :hai la sudin...sampai mati aq akan kenang ko as kawan yang x putus2 bagi aq semangat.

@aleen aiden :salam =) oh,ini koleksi sajak lama..life goes on dan alhamdulillah,ada hikmah terindah untuk semuanya

@cimot :ahahaha..sekalisekala..best apenye nih...kalo sifu i si naz tu baca nih,dia tong sampahkan aje.

zuldmn said...

so temanya??? ;)