Sunday, November 20, 2011

20112011

Cantik tarikh ni. Lagi cantik dari 11.11.11.

Alhamdulillah hari dimulakan dengan Qiyamullail dan Subuh berjemaah, Al-Mathurat dan Tazkirah Subuh.. dan JAMUAN RINGAN. hahaha.

Rise and shine, people.

Oh,ZA bernikah hari ni..  ZA ni aku kenal sebagai penulis blog. Masa dia mula naik dekat Malaysia, aku dah menjejakkan kaki ke India pun. Maka memang tak pernah kenal dia sebagai artis, pelakon, selebriti etc. Memang kenal dan jatuh suka pada dia atas susun abjad dia yang indah dan gah. Nak kata sastera sangat tidaklah. Tapi ada suatu yang tajam pada penulisan dia. And I kinda adore it. Memang selalu berangan nak jumpa beliau lah ( dan angan-angan lain yang tak perlulah nak kongsi kat sini kan sebab macam sangat tinggi je impian.Contoh: dapat bergandingan baca puisi dengan dia ke.eh,tercerita pulak!LOL!) Tup tup, kau tahu dengan siapa ZA menikah? OK,pastilah semua orang tahu kan.. Shera Aiyob. Tahu tak Shera Aiyob tuh orang mana? IPOH. Ipoh ceruk mana? Taman Tasek Indra. Depan perumahan aku je.Adalah 400meter jarak rumah kami. Kelakar kelakar.

Aku ingat lagi ZA dan SA nih tunang lebih kurang sekitar pertunangan Ashraf Muslim dan Kak Dayana. Bulan April camtuh. Oh,siapalah tak cair tengok Ashraf Muslim kan? Spesimen kacak kot tuh! HAHAHA. Ingat lagi masa diorang bertunang tu, kitorang(tanpa menamakan siapa-siapa) macam OMG, kecilnya dunia. Dan aku tolong tambah kekecewaan semua orang dengan ayat "ye lah...akak tuh yang belajar KTT sama dengan kita, jalan kat Manipal Green, pergi foodcourt yang kita pun pernah pergi.kenapa bukan kita kan?"  "sebab ayah kita tak ada pusat rawatan Islam tu", kata Asma'. eh,dah tersebut nama pulak! HAHA. 

Ini bukan tulisan dengki..mendoakan perpisahan..atau menyakitkan hati siapa-siapa ye. Minta tidak disalah fahamkan. Sama-sama kita doakan kebahagiaan dan kebaikan yang berpanjangan untuk kedua-dua pasangan. *ikhlas ni,ikhlas -________- "

Tulisan ini lebih kepada untuk bacaan di hari tua. Kira kalau dipanjangkan umur 20 tahun lagi, ada jugaklah bahan untuk gelakkan diri dan akui ke"dungu"an seorang aku, serta juga untuk memahami jiwa anak-anak aku kelak(insyaAllah). 

Tapi itulah,benarkah ada perkara yang terjadi secara kebetulan?

Cerita takdir Tuhan ni memang pelik dan ajaib. Tiada yang kebetulan sebenarnya dalam hidup kita ni. Tapi yang jadi itu pasti yang terbaik,pasti ada hikmahnya.

Sedikit petikan hadith 19 yang dibincangkan dalam usrah malam tadi

"........dan ketahuilah!Sesungguhnya apa-apa yang ditakdirkan tidak datang kepada engkau, tidaklah ia kena pada engkau. Tetapi apa yang kena pada engkau, tidaklah tersalah kena pada engkau..." 

- riwayat at-Tirmidzi.dinilai hasan dan sahih

5 comments:

oranglidi said...

oo.. duk ipoh upenye.. xjauh le kite. haha. kt tronoh.

tp jauh hang blaja ye. smpai india.

aiceh, xlama lg giliran cikfaridah plak. mana tau lpas ni kawen dgn remy ishak ke. jiran remy ishak lak ckp psl ni nnti kan? hehe.

cimOt said...

kau relakan saja pemergian ZA tu ok..doakan saja kebahagiaan untuknya..acewahhhhh..
nak sedapkan hati je..

hazimah said...

siapa ZA?

norfaridahanum said...

@oranglidi : bukan itu maksud saya. i dont wanna to be talked about. cuma kecewa sebab dlm byk2 org ipoh yg ditakdirkan untuk ZA,kenapa bukan saya?dan yang ditakdirkan tu pulak org yg duduk dekat je.haha.

@ cimot : amin amin ami

@kak hazimah : zahiriladzim.blogspot.com

oranglidi said...

hehehe..paham2. saje gurau. hehe