Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda & Garuda

Haruslah aku pun tumpang gembira saat bola bergolek lembut masuk melepasi garisan tiang gol semalam. Walau macam dah menjangka..sebab pada akulah, Khairul Fahmi memang dah established sebagai antara penjaga gol yang perlu disegani di rantau Asia Tenggara. Jadi, kalau saingan kena berlarutan ke penentuan penalti, memang Malaysia selalu ada kelebihan untuk menanglah. Jujurlah...dekat Malaysia so far, penjaga gol yang hebat yang aku kenal seorang je...main untuk Sabah tak silap..yang rambut dia panjang dan lurus (kalah aku!) tu.. Nama macam start huruf K jugak. Tak silaplah.

Eh,aku bukan nak cerita banyak sangat. Sebenarnya nak kongsikan updates kawan-kawan di Twitter dan FB sepanjang hari hinggalah saat Malaysia menang pingat emas Sukan Sea semalam.

"Kalau Indonesia pakai senjata bomoh sampai 80 orang, Harimau Malaysia pakai senjata doa rakyat Malaysia dah cukup untuk menang"

"I wonder if our other national athletes are jealous of all the attention their football playing peers are getting"

"terima kasih dari saya salah seorang rakyat MALAYSIA, kerana satu gol mampu menjadikan kita satu MALAYSIA"

"fb = football = Fakri best!"

"Indonesia seringkali mahu Malaysia diganyang, kini burung garuda mati dibaham Harimau Muda yang kami sayang"

"Udah aku bilang, Garuda itu hanyalah mitos. Ga' mungkin mampu kalahkan Harimau"

"syokler player Malaysia..dah la menang,pastu sat lagi naik kapal terbang confirm pramugari nak tangkap gambar la..sign la..mintak nombor telefon la.."

"kekalahan Indonesiapasti membikin rakyatnya kesat berkata-kata, kemenangan MALAYSIA pula disambut dengan mengesat air mata"

"Kesian Indon. walaupun hidup beribu tahun,kalau tak sembahyang apa gunanya. walaupun menang beribu emas, kalau tak dapat emas bola apa gunanya"

Sebenarnya banyak lagi yang best, tapi ye lah..aku pun dah nak kena mula belajar ni. TOINK! Tapi sungguh, seronok tengok updates yang bermacam-macam rupa di FB dan Twitter semalam. Rancak!Dan aku jamin kat Malaysia semalam pasti penuhlah kedai-kedai mamak semua, bagi sokongan padu seolah-olah ada dekat Gelora Bung Karno dah.

Pada pemuda-pemudi, seronok macam mana pun, tuntutan dengan Allah jangan dilupakan. Subuh pagi tadi melepas tak? Mana tahu sibuk melepak sangat kan. HEHE. Nasib baiklah solat Isya' tu lebih afdhal diakhirkan/dilewatkan hingga ke sepertiga awal malam. Aku pun bersangka baiklah yang elok lepas habis game korang jemaah dekat masjid sama-sama ke. Kurang-kurang sebelum tidur malam tadi haruslah dah solat Isya' dulu kan.TEEEETTT!

Update FB aku? HAHAHA! Bongek-bongek je aku update. Itupun sebab nak tanya kat Along dan Ariz pasal si mamat nama Muslim yang kacak mantap tu. Tak silap akulah, masa Suzuki Cup last year, kitorang bahankan dia sebab masuk 10 minit hujung-hujung game je..Ariz siap kata yang coach masukkan dia untuk lepaskan jersi hantar dobi je.LOL. Tapi Along balas yang kitorang bahankan tu bukan si Muslim. Entah! Dan oh, ada "peng-komen" yang lain yang cakap Muslim ni anak didik Norhafiz Zamani Misbah. Fuyyohh no wonderlah kan..Kenal tak hafiz misbah nih? Ala yang botak-botak sikit tu..HUHU! I think I so need to stop describing people by their physical looks!!! Ye lah nak komen skill semua tu bukan gua reti sangat kan. Dah lama sangat tak ikut bola nih.


Kenapa Muslim jadi pilihan aku? Saja....malas nak cliche sangat asyik puji yang tukang jaring gol, strikers dan juga Apex je. HAHAHA. Ko ingat kalau biar kotak gol tu ternganga je Apex boleh handle ke? Tak pernah tengok ke Apex marah-marah defenders setiap kali bola hampir nak lolos? Apex pun cuak kalau defenders tak ada ok. 

Lagipun...tahu tak KMC football team captain tahun lepas adalah seorang defender? Malaysian pulak tu!! Eh Eh Eh -____-"

5 comments:

shusupian said...

ko pun layan ke game smlm..aku igt aku sorg je yg ngadap laptop di kala org lain ngadap buku..huhu..time AFF dulu si Muslim tu main 10min je??..xigt la..tp aku mmg kagum la ngan defends malaysia..fadhli, muslim, mahali, asra..tp smlm asra main midfield mantap tu..nape b4 ni asyik main defend..but Muslim and Fadli are the best la smlm..lusa ade game lwn syria kelayakan olimpik..hehehe

yusuf mujahidin ™ said...

salam

nice entry tu
apapun, saya takda masalah dengan cara saudari. benda baik apasalahnya dikongsi

p/s: saya Terjumpa Imran azwan akhirnya kat bloglist ni..heheh

terima kasih

cimöt said...

terbaik laaa game mlm td..aq abes kelas teros kejar kafe..fuhhh!!

HabHas said...

bertambah minat nak melayan bola malaysia....

oranglidi said...

haha. malam ni jgn lupa plak. malaysia vs syria!