Sunday, November 20, 2011

Kisah Sebulan (Lebih)

Lama sangat tak bercerita perkembangan di sini. Kesian kepada Mama Ayah yang tertunggu-tunggu cerita aku di sini. Rindu juga mereka nak melihat aku berceloteh dan bercerita sakan. Risau juga mereka kalau-kalau tekanan menuntut ilmu makin meningkat. Ah,ibu ayah..tahu-tahu saja tentang anak mereka. Biarlah anak 6 orang ke 11 orang ke,setiap satunya punya fi'il pasti fasih sahaja mereka tafsirkan.

Lebih sebulan yang lalu, aku katakan yang aku sibuk dengan persiapan peperiksaan..Peperiksaan itu selesai pada 5 November. Lepas  itu pula terus sibuk dengan end-posting Community Medicine yang berjalan pada 15 November. Mujur kelas-kelas teori dapat dihabiskan awal tahun ini. 15November juga merupakan hari akhir kelas teori untuk tahun ini. Alhamdulillah...dapatlah study week 3 minggu sebelum ke peperiksaan akhir pada tanggal 2 Disember nanti,InsyaAllah. Jadual peperiksaan belum keluar selengkapnya, maka tiket pulang ke Malaysia pun tak belilah lagi. Tapi aku mahu pulang,aku perlu pulang. HEHEHE!

aku tiada dalam gambar bukan sebab ponteng ye, tempe yang tak reti ambil gambar. Cis!


Dah sebulan lebih juga sebenarnya aku meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung MSAI Mangalore Chapter. Akhirnya....walau hati berat juga..Ya lah, dalam kekerapan aku membebel mengadu di sini tentang beban tugas tambahan selaku setiausaha, aku sebenarnya senang bila dapat mengendalikan hal-hal yang membawa kepada kesatuan dan perpaduan anak-anak Malaysia di sini, apalagi merapatkan saudara-saudara seagama. Ikutkan perancangan aku dan Bob, si tuan bendahari, mahu saja kami teruskan tugas hingga ke Mac tahun hadapan tapi memandangkan TERLAMPAU BANYAK perkara yang sedikit demi sedikit memakan aku secara dalaman dan lebih menjurus kepada perpecahan, aku kira ini keputusan terbaik untuk aku buat masa ini. 

Mantan Presiden kami yang sebelum ini melarang kami melepaskan dahulu jawatan ini, peganglah sepenggal lagi hingga barisan pelapis betul-betul bersedia. Tapi kami cuba hujahkan yang kalau tidak diberi peluang, sampai bila lagi akan mereka bersedia, bukan? Dan yang utama dari itu, kerana aku tidak mahu terus-terusan berjauh hati dengan beberapa sahabat yang kebelakangan ini membelakangkan majlis/acara yang MSA anjurkan. Berturut-turut hati rasa disakitkan. Padahal bukannya tidak dimaklumkan lebih awal. Aku boleh terima masing-masing punya citarasa/pilihan sendiri, tapi ada ketikanya, belajarlah bertolak ansur dan hormatkan orang lain. Berderet-deret peristiwa yang menduga kesabaran aku berlaku, dari minggu pertama Ramadhan hinggalah masuk Syawal.  Maka,aku kira jalan yang terbaik adalah untuk aku tidak berada di dalam pimpinan MSA lagi supaya hilanglah rasa berjauh hati aku tu dan insyaAllah tidak akan tergolong dalam golongan yang memutuskan silaturrahim dan memecahbelahkan ummat. Terlampau banyak air mata dan tangis duka aku adukan padaNya dan akhirnya takdir ini yang dipilihNya.

muka ceria letak jawatan dan "konon ceria" terima jawatan.haha

Aidiladha diserikan dengan Soto, popia, bihun singapore, dessert dan macam-macam lagi yang sah-sah la bukan aku yang buat kan? HEHE. Alasannya, baru habis exam.LOL. Asal raya je fikir pasal makanan kan. Tapi syukur alhamdulillah dapat lagi berkumpul bersama-sama. Susah nak gambarkan macam mana untungnya aku punya keluarga kecil di sini. Memang mereka ni selalu buatkan rindu kepada keluarga di Malaysia kurang. Kuranglah sikit.. nak hilang memang mustahillah kan. Keluarga memang tidak akan pernah ada tandingan kasih sayangnya melainkan kasih sayang Ilahi. Dan sebab itu aku sayang lebih sikit dengan kawan-kawan yang tak balik beraya di Malaysia. HAHAHA!

adik-adik 1st year

adik, akak dan kawan

adik-adik 3rd year dental

KAMI=)

Bercakap tentang kehilangan entri mingguan yang bernombor (dan ada ipod pink kadang-kadang)... manusia kan merancang, Allah jua merancang dan perancanganNya jugalah yang terbaik. InsyaAllah nanti aku ceritakan juga.. Cuma untuk masa ini,fokus aku lebih terarah kepada persiapan diri menjelang peperiksaan nanti. Doakan aku ye!

Terima kasih juga kepada yang masih singgah. Sayang selalu. Yang ter-singgah, pun saya sayang juga.TOINK!

No comments: