Tuesday, August 31, 2010

< 218 > Momen Merdeka

Menjelang tarikh 31 0gos 2010, saat seluruh pelusuk Malaysia diisytiharkan cuti umum, aku di bumi India sambut juga. Merdeka yang berbagai-bagai..

MERDEKA dari Orthopedics..end-posting tadi Alhamdulillah berjalan lancar.Tapi sayang nak tinggalkan Unit C Wenlock. Cikgu-cikgu semua best dan mendorong rasa rajin nak belajar juga sebulan ini. Kalau cikgu cengil tak tentu pasal, memang aku dah bo-layan. Anyway, now I'm saying hello to psychiatry!

MERDEKA dari autopsy@bedah siasat. Cukup 10 bedah siasat aku dah saksikan sepanjang tahun kedua pengajian ini. Yeay!Tapi masih tak boleh lupa mayat lelaki yang gantung diri dan mayatnya hanya ditemui 2 minggu kemudian..dan mayat surirumahtangga yang kena bakar dengan suami sendiri.Okay..okay..I'll stop talking about that

MERDEKA dari err....puasa? Biasalah tu..My sex chromosome is XX. Hehe!RAYA!RAYA!lol!

mari gelak beramai-ramai dengan muka seposen aku ni.HAHA!

SALAM HARI KEMERDEKAAN...Untuk golongan yang pentingkan diri dan suka saja bangkitkan isu-isu panas secara keterlaluan,hentikanlah usaha tak berfaedah tu woiiii!

P/S: Yang bercita-cita nak tengok muka aku di Salam Perantauan, itu macam tidak akan berlaku saja.HEH=p

Monday, August 30, 2010

Siri 16 : Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum..
Sudah setengah Ramadhan berlalu pergi.Bagaimana perjalanannya kali ini? Itu soalan aku. Jawapan masing-masing.Kalau mahu dikongsi di ruangan komen nanti pun apa salahnya.

Banyak yang aku impikan dari Ramadhan kali ini. Utamanya,aku mahu merasakan "kelainan jemaah" dalam penghayatan bulan mulia itu tahun ini. Sebolehnya,aku penuhkan jemputan pihak yang berbeza-beza untuk iftar/tarawikh/moreh/aktiviti-aktiviti lain yang mengukuhkan silaturrahim dan memberi keinsafan =)

Cadangnya nak selitkan beberapa keping gambar kembara Ramadhan aku setakat ini.[Poyo gila!] Tapi macam malas pula. Kemudian-kemudianlah ya. Kita kembali ke landasan jurnal yang dah lama tak terisi dengan sempurna ini. Maaf kalau-kalau penulisan 2 3 jurnal yang lepas ini bagai melepaskan batuk di tangga saja.Jadi hari ini aku nak bercerita tentang Nuzul Al-Quran,boleh? [Heh,kalau tak boleh pun,apa aku pedulikan?=p]

Umum mengetahui yang ulama tidak berselisih pendapat tentang permulaan turunnya Al-Quran ialah pada bulan Ramadhan,cumanya, penentuan tarikh sebenarnya tidak dapat dipastikan.

Hujah 21 Ramadhan
Semua ulama' dan ahli sejarah atau kebanyakannya bersetuju bahawa Rasulullah diutus menjadi rasul pada hari Isnin.
"Daripada Abu Qatadah r.h ; Bahawasanya Rasulullah ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin. Nabi bersabda :Pada hari itu aku dilahirkan dan diutuskan atau diturunkan Al-Quran ke atasku." Hadis riwayat Muslim,Ahmad,Al-Baihaqi dan al-Hakim
Mengikut perkiraan takwim, pada tahun Rasulullah s.a.w. diutuskan,hari Isnin yang berada dalam bulan Ramadhan jatuh pada 7,14,21 dan 28. Terdapat riwayat-riwayat sahih yang menyatakan LailatulQadr itu berlaku pada malam-malam ganjil (21,23,25,27,29)di sepuluh malam yang terakhir Ramadhan. Dan jika dibelek terjemahan ayat pertama surah Al-Qadr ,Allah telah berfirman
"Sesungguhnya kami turunkan Al-Quran pada malam LailatulQadr". Maka,setelah penelitian dilakukan,kesimpulan yang dapat diambil ialah Al-Quran mula diturunkan pada 21 Ramadhan.

Hujah 17 Ramadhan
Di Malaysia,siap ada cuti umum untuk tarikh ini.Ah,rindu! Tapi sebenarnya,mengikut pembacaan dan pemahaman aku,hujan untuk tarikh ini agak lemah berbanding tarikh 21 Ramadhan.Hujahnya dipaksikan pada surah Al-Anfal,ayat 41 terdapat firman Allah yang bermaksud ".....jika kamu semua beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada hamba Kami pada hari Al-Furqan yakni hari pertembungan dua kumpulan." Ini tidak lain merujuk kepada hari pertembungan Rasulullah dengan kumpulan Musyrikin di daerah Badar lantas membawa kepada Perang Badar yakni perang pertama dalam sejarah Islam pada tarikh 17 Ramadhan tahun ke2 hijrah,tahun pertama umat Islam diperintahkan berpuasa.Mungkin elemen Yaumu Furqan[Hari Furqan-hari yang memisahkan yang hak dan yang batil] di dalam ayat itu telah difahamkan sebagai Al-Quran.Tidak mustahil,kerana aku sendiri selalu mendengar perkataan Al-Furqan itu dikaitkan dengan Al-Quran.

Hujah 24 Ramadhan
Sebahagian ulama' pula memilih tarikh ini berdasarkan hujah yang berikut
"Daripada Wathilah bin al-Asqa' bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Diturunkan suhuf Ibrahim pada m alam pertama bulan Ramadhan, dan diturunkan Taurat pada 6 Ramadhan dan Injil pada 13 Ramadhan dan diturnkan al-Furqan (al-Quran) pada 24 Ramadhan."
Selain itu, Al-imam Al-Tobari ada menyebutkan satu riwayat menerusi Sa'id bin Jubair daripada Ibn Abbas r.a katanya : Al-Quran diturunkan sekaligus dari LohMahfudz pada malam 24 Ramadhan, kemudiannya ditempatkan di Baitul Izzah.(Baitul Izzah ini kalau tak silap aku kedudukannya betul-betul di atas Baitullah di Mekah)

Jadi,demikianlah hujah-hujah yang dapat aku kongsikan di sini,Alhamdulillah. Menurut laman web yang aku rujuk itu, penulisnya memberi kesimpulan bahawa tarikh sebenar nuzul Al-Quran ialah 24 Ramadhan. Jadi,apa pendapat anda pula?

Pendapat aku? Wallahua'lam..Pada aku,bila bercakap tentang nuzul yakni penurunan Al-Quran ini,soalan yang lebih penting daripada "bila" ialah.... "kenapa". Kenapa Al-Quran itu diturunkan adalah persoalan yang lebih menarik minat aku,sejujurnya. Berhubung tarikh penurunannya, cukuplah pada aku ilmu berkenaan hujah-hujah yang tertulis di atas.Berbalik pada persoalan yang lebih utama kriterianya di mata aku, KENAPA AL-QURAN DITURUNKAN?

Al-Quran itu sendiri bererti himpunan. Ya,dalam Al-Quran itu terhimpun segala ilmu. Ilmu tauhid(mengEsakan Allah), fiqh(amal ibadah), munakahat (perkahwinan), muamalat (kewangan), jinayat(jenayah), sains dan teknologi. Semuanya,tanpa ada satupun yang ketinggalan telah Allah satukan dalam mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w ini.
"Kitab Al-Quran ini tiada sebarang syak padanya(tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya),ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa" - Al-Baqarah,ayat 2.

Pada Al-Quran ini ada seribu satu petunjuk,bantuan, pengubat, ilmu dan kasih sayang Allah kepada kita. Yang perlu kita lakukan,ialah beriman dengannya, baca,fahamkan,amalkan.

"Bacalah wahai Muhammad dengan nama tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk,ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah,dan tuhanmu yang Maha Pemurah.Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"-Al-Alaq (1-5)...wahyu pertama yang disampaikan oleh Jibril kepada Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya,Allah jugalah yang lebih mengetahui,paling mengetahui.Wassalam.

-entri ini ditulis sejak Khamis lepas lagi.Lambat diposkan pula-
-teringat pada sahabat sekolah rendah yang bernama Nuzul Imran.semoga diberkati Allah selalu sahabat-

Wednesday, August 25, 2010

< 217 > Tanggung Seorang Diri

Ini boleh jadi sekuel pada post 216 usai Asar tadi.


Cenderahati dari kedai print-out tadi....Jatuh lagi!! Aku gelak saja.

Menapak seorang diri dalam hujan..Aku gelak lagi.

Kedengaran sayup imam di masjid sudahkan Al-Fatihahnya.Aku gelak lagi.

Sampai di rumah,housemates dah selesai berbuka puasa pun.Aku gelak lagi.

Lalu aku makan seorang diri,sambil gelak sendiri.

SEKARANG,SILA BAGI AKU TISU. BANYAK SANGAT DAH AKU GELAK NI. NANTI SOLAT MAGHRIB MESTI LAGI BANYAK AKU GELAK..DAH,AKU LETIH.TEEETTTT!


< 216 > Tanggungjawab

TANGGUNGJAWAB

Kadang-kadang sudah tak tertanggung
Tapi nak mengabai rasa canggung
Ke hulu ke hilirlah amanah diusung

Yang tidak kenal tak akan peduli
Yang kurang kenal pula tidak mengerti
Yang betul kenal hanya mampu simpati

Kau boleh kata study itu utama
Tidak perlu nak rasa dilema
Kau boleh kata aku yang susah-susah
Padahal ada saja cara mudah

Hello!!!
Kerja cincai-cincai
Bukan aku punya makan pakai
Main lepas tangan
Bukan aku punya keturunan

Tanggungan yang perit di belikat boleh disusutkan. Terkilan sedalam manapun kerja mesti tetap jalan. Aku pujuk-pujuk diri selalu. Sebab itu aku masih di sini, menanggung. Dan lebih dari itu, aku tak mahu di akhirat nanti, jawaban kepada tanggungjawab yang ditanggung tidak membawa aku kepada syurga milik Yang Agung.

Jujur,bukan mudah untuk berada dalam kasutku. Dan aku tahu aku tak akan mampu ada dalam kasutmu. Yang aku minta cuma sedikit pengertian dan sokongan.

Aku minggir dulu. Ada surat rasmi yang harus di print-out kan.Ada meeting dengan pengurus dewan bankuet dan pihak katering. Ada assignment untuk Patho Lab esok. Ada end-posting Orthopedics minggu depan.Ada senarai nama yang perlu diemelkan. Ada teks ucapan yang perlu dirangka. Ada ayam yang perlu digolekkan untuk buka puasa. Ada tarawikh malam nanti.Ada rindu pada family....

Sempat aku lari sebentar ke Bangalore itu hari. Sehari sebelum pergi ada meeting JaSSI. Hari sampai pulang ada meeting MSA. Mintak nyawa,tolong!

Friday, August 20, 2010

Siri 15 : Syaaban ke Ramadhan ke Syawal

Sekadar mahu berkongsi sms dari Mummy sempena Ramadhan

"SALAM!NAMA SAYA SYAABAN.SAYA INGIN MENGINGATKAN ANDA BAHAWA JIRAN SAYA,RAMADHAN AKAN DATANG MENGUNJUNGI ANDA ESOK BERSAMA ISTERINYA,REZEKI DAN KEDUA-DUA ANAKNYA IAITU SAHUR DAN BERBUKA. MERKEA AKAN DITEMANI OLEH KETIGA-TIGA CUCUNYA IAITU RAHMAT, BARAKAH DAN KEAMPUNAN. MEREKA AKAN PULANG SELEPAS 30 HARI DENGAN PESAWAT EID AIRLINES. HARGAI MEREKA DAN ANDA AKAN MENDAPAT BERKAT! SEMOGA RAMADHAN MENJADI TITIK PERUBAHAN DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI MATI DAN MAHSYAR.INSYAALLAH.AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...:-)"

Sedar tak sedar,esok dah ke 10Ramadhan..perkara yang baik memang serasanya cepat berlalu bukan? Genggamlah peluang ini seeret-eratnya pembaca sekalian. Semoga terus bertambah iman dan amal. Lipatgandakan lah usaha kita dalam mencari redhaNYA saat syaitan semua diiikatkunci.Bentkkan sabar dalam diri,perangilah nafsu yang hanya memakan diri. Anjurkanlah kemaafan, suburkanlah persaudaraan. Semoga bakal ketemu Lailatul Qadr yang indah.Ya,ianya memang indah.

Aku main taram saja ayat. Maaf kalau rima dan ritmanya tak seindah mana.

Wassalam..

Tuesday, August 10, 2010

< 214 > Ramadhan!

Saya baru mandi.
Jadi saya dah rasa sangat teruja dan bersedia untuk berpuasa.

Tapi sayangnya,perkhabaran dari Masjid Idghah berbunyi "Esok masih SYAABAN. Puasa bermula Khamis,InsyaAllah"

Namun keterujaan saya tidak akan pernah terbantut. Tambah pula,saya RASA tahun ini saya tidak perlu lagi beruzur syari'e di awal dan penghujung ramadhan. Jadi,untuk kemungkinan itu saya berasa sedikit lega...dan sekali lagi,teruja gila!

Bukan senang untuk ganti puasa sampai 10-11 hari.Itu satu hal.Satu hal lagi,melalui Ramadhan tanpa tarawikh semaksima mungkin,jujurnya,ada sedikit capik di situ. Serta, nak tak nak,perkara pertama yang terlintas di kepala bila disebut Ramadhan,pastilah puasa kan?Itu sayalah.Mungkin jawapan berbeza bakal diterima dari tokei kuih raya ataupun tukang jahit.Untuk sayalah,kurang ertinya apabila hari-hari Ramadhan berlalu dengan ada sibuk menjamah maggi waktu rehat tengah hari sambil mata bulat tengok TV.

Sejujurnya,saya rindu untuk berpuasa penuh. Sebab rasa nak "ligan" Along keliling Taman Anda setiap kali dia cakap "Kalau puasa penuh,Along kasi duit raya".Kalau mengikut perkiraan kitaran saya yang sangat normal dan menepati masa,dalam mimpi sajalah saya dapat berpuasa penuh lagi.Atau sama juga maksudnya, dalam mimpilah nak dapat duit raya dari Along.Ces!

Oh atau mungkin nanti [tiada kaitan dengan Peterpan] bila saya dah berkahwin dan mengandung,saya akan dapat kembali kepada zaman-zaman itu. Bolehlah berlagak dan mintak duit raya kat suami.Okay,apakah? Jadi,bilakah agaknya saya boleh mengandung ni? TOINK!

Tapi di tangan Allah,apapun boleh jadi.."Kunfayakuun"..Saya tidak mahu meminta doa yang bukan-bukan. Cuma yang saya hajatkan dalam setiap kelapangan untuk beribadah yang saya perolehi,dapat saya gunakan semaksima mungkin. AMIN.

Kalau saya doa dapat puasa sebulan penuh,pagi 1 Syawal pula terjadinya tragedi berdarah,sadis juga rasanya tak dapat solat sunat Aidilfitri nanti. Lihat...kita manusia tak pernah puas.Dan tidaklah kita mengetahui apa yang terbaik untuk kita lebih dari yang Dia ketahui. Maka,saya pilih untuk kekal dengan doa di perenggan atas tadi.

Pembaca sekalian,di mana saja anda berada dan tak kiralah mula puasanya bila.... Saya di sini memohon maaf atas salah silap saya sepanjang menulis di sini, terperli terlaser, terover dan segalanya. Semoga bertambah amalan dan menjadi insan yang lebih baik.Sama-sama kita.

Wassalam.

p/s:siapa tanya aku balik raya ke tak...siaplah,aku tuntut duit raya double!

Tuesday, August 03, 2010

< 213 > Terima Kasih

3 Ogos 2010

Untuk alam yang mendewasakan dan memberi inspirasi untuk terus melangkah,terima kasih.

Untuk ucapan yang berduyun-duyun di Facebook, dalam SMS, melalui e-mel&YM ataupun secara berhadap depan, terima kasih yang tak terhingga dari aku.

Untuk pembaca ToinkToink yang berkirim novel dari tanah tumpah darah,tanah bertuah serta juga si pembaca yang tegar menggodek Facebook aku mencari nombor mobilku di India sini,kesungguhan keikhlasan kalian sungguh buat aku rasa terharu sekali.dua kali.tiga kali.banyak-banyak kali.haha.Terima kasih

Untuk pakej aiskrim, kad yang kelakar, masa yang berharga dan "sesuatu" yang CANTIKKKKKKKKKKKKKKK GILA...terima Kasih banyak-banyak jugaklah atas segalanya =))) Entah kenapa untuk yang seorang ini,perlu perenggan khas pula.TEEEETTT!Dah-dah,senyum pendek-pendek je =p

Untuk Mama dan Ayah yang men"jadi"kan dan melahirkan, keluarga yang memperindahkan,peluk cium sayang dan rindu yang tak terhingga untuk setiap satunya.

Untuk yang mengizinkan jantungku berdegup lagi dalam segar bayuNya, tangis taubat dan sujud syukur aku ini membutuhkan redhaMu,YaRabbi.

Juga,terima kasih yang tak terhingga untuk yang hadir ke sini. Samaada secara sembunyi ataupun berani diri.HAHA. Toink ! Toink ! ini hanyalah jejak tapak seorang anak kecil yang cuba merealisasikan apa saja yang awalnya kelihatan mustahil. Setahun aku meraung kerana hilang seorang cinta di Toink!Toink! tapi aku ketawa berganda-ganda kerana jiwa-jiwa yang menemani derap langkah Toink ! Toink !
Sudah setahun cebis-cebis kisah aku kita kongsi di sini. Di Toink ! Toink ! yang baru. Kalaulah kudrat kumampu,mahu aku pergi pada setiap kamu,menghulur salam terimakasih aku.Tapi sayang...menjangkau umur 21 sekarang,aku masih kekal orang.Kalau Superman, dah lama aku terbang cari korang!KAHKAHKAH. Ok serius balik. Jadi yang semampu aku hanyalah berkirim doa serta memohohon kalian terus setia. BOLEH?


Candi Borobudur,Jogjakarta 2009

HIDUP INI INDAH