Thursday, September 30, 2010

2


"Alamak,kita berbeza pendapat ni,bahaya!"
"Eh apa pulak?Dia kena ada pro and cons la baru bagus!"

Wednesday, September 29, 2010

< 222 > Looking Back

STUMBLING,IS NOT FALLING - Malcolm X
If I were to pick one thing that has brought great impact on me.

It would be this house.

Yes.

It has shaped me a lot.A lot,till I become like this. Like this,like whatever you think of me.

Cara ko fikir selalu lagi matang dari aku - Dyg Anis
U,kelakarlah weeeyyy - Wafaa
Ko ni luar je keras,dalam fragile nak mati - Tikah
Always inspired by your pure heart -Lola
"Kita kan memang adventurous.HAHA" - Shu
You're a very strong girl! - Mal
U ni campak mana pun hidup je kan? - Miss Zafirah
Tabah sangat........- Zehan
"Orang selalu salah faham dengan awak. Akak pun...pernah" - Kak Zimah
Babe,U memang bimbo - Haz
"TEEETTT,jangan fikir banyak-banyak sangat" - Encik H =)
Ok,perfectionist dah start bebel - CT Syazwan
Liberal? - Larasephia@Qiez
"Ego tinggi sangat tu Anum oi!" - Bob
Ko lain dari girls kat sini,Num -Syed Azlan
Awak all-rounders - Encik Red
Instinct ko memang hebatlah - Tirah 
Faridah,awak memang susah nak puji orang ya? - Suhaili
Anum gedik! - Esther
Positif Positif Positif - Sudien
Minah senget! - Acu
"Anum kurangkanlah jadi pendengar masalah orang.Not good for you" - Kak Wanie
Gila sempoi ko pakai macam ni je? - Hawa
A bubbly baby - ABB
Norfa yang kebal dengan ilmu - Naz
Ko ni apsal cepat terkejut sangat ni? - Mimi
Bajet sangat orang nak cakap pasal ko je - Izwan

Faridahanum yang kalau Mamanya naik suara sikit terus nangis
Faridahanum yang Ayahnya percaya sentiasa mampu capai apa yang dia mahu 
Faridahanum yang sangat manja dengan Along-nya
Faridahanum yang overprotective pada Ana dan Athifah-nya
Faridahanum yang selalu rela dibuli Apis dan Ariz-nya

Pokoknya, Anum yang memang Anum lah - AJ Nismihan

Semuanya kerana rumah itu.

And today I'm looking back at it, still smiling and forever will I smile.Because this is the only one life I have. And I'm gonna work it the way I want it to be.The rest,let He decides what's best for me.

I know this maybe sound like a self-centered entry. But naahhh,do I look like I care if you said so?

Sunday, September 26, 2010

< 221 > For Mama

A HAPPY FAMILY IS LIKE AN EARLIER HEAVEN

I feel like updating here. I have like 3 or 4 or maybe 5 posts that I keep in draft folder. Meanwhile,I've been busy..study..exams..psychiatry end-posting this Wednesday..I even personally ask for tutorial from my professors in Microbiology and Pharmacology.These 2 subjects I'm so at high risk of flunking.TOINK! And I've been trying so hard to not losing grip as the annual Jalinan Sahabat Seluruh India [JaSSI] will be held this weekend. Delegates from Malaysia are coming,big task it is.And this final week is crucial.Got to run and jump,here and there. No more time to walk lenggang kangkung mak minah sayang.HAHA.And working last minute is so me.

Yes,Faridahanum is the Queen of the Eleventh Hour.Naah,I don't know whether such name exist.I just created it like a moment ago,and obviously,it's self-proclaim. Thank You. But knowing my own capabilities,I know my mind and body works best this way. This is not procrastinating,people. HAHAHA. I beg to differ,seriously. This is what we call as an organized chaos.Toink!Simply because, I've planned the procrastination and I basically have rough ideas on how are things gonna be. And be prepared for any consequences,to some extent. Get it?

Enough ramblings.I still can't believe I did write this much. I was planning to post my photos in Jubah/Burqa/Abaya whatever you call it for Mama to see.She has been longing to see I'm in it.I think the last time she asked me to wear it was when we had a kenduri kesyukuran after my parents came back from performing Hajj.She insisted,and I rejected it. Faridahanum memang degil.Bukan apa weyy...Kalau pakai jubah ni,aku rasa free sangat dekat pinggang sampai rasa macam tak pakai apa-apa pulak dari pinggang ke bawah.Sedang kalau pakai jeans yang sah-sah material keras pun aku pakai tights kat dalam sebab rasa everything is sagging downwards,TOINK!Ini pula jubah yang lurus longgar je ke bawah.Adeyh! And I still can't forget that sad look on her face.And until now,she never ask it again,anymore.SORRRYYYYYYYYYYYYY.So,Mama, this post is dedicated especially for you,actually.

Oh mama,Anum design baju dan eksperimen lilit-lilit selendang lagi=)

Ini jubah sambar dekat Bangalore sebab harga murah gila TEETT.You want one ke?

I personally love seeing myself like this.Got more dresses to be collected from tailor next week..HAHAHA.Looks like the old ladylike Faridahanum is making a comeback.The old Faridahanum who had gone missing for 2 years.The old Faridahanum that Noor Atikah Saini & Siti Khadijah love to see.Kan kan kan,Tikah?Kan kan kan,Lola?HAHA!Anyway,it's still hard to ditch jeans and sandals especially when you're staying here,in India.

And a gentle reminder to some readers,just because I didn't talk much about my Mom compared to my Dad,it doesn't mean that I have problem with her. OMG!Don't be silly. She's the best girlfriend I've ever had okay,and she will forever be!I LOVE YOU MAMA,And I don't write much about her,simply because,everything that bonds both of us together and those conversations that we had are on matters that I don't feel like sharing publicly here.No,not yet,maybe some day later.InsyaAllah.





p/s:And they are still together,still honeymoon-ing.HAHA.I and my siblings keep teasing them lately especially when Ana got to work in Kamunting,leaving only two of them at home now. So please chase that negative thoughts away,people and pray for this happiness to remain till heaven.Please!

Friday, September 24, 2010

Siri 18 : Istighfar

Assalamualaikum..
Astaghfirullah hal azim...Astaghfirullah hal azim...Astaghfirullah hal azim..
Lafaz ini yang selalu aku ucapkan seraya meraup kepala dari batang tengkuk hingga ke dagu setiap kali usai solat. Jujurnya,kalau Maghrib atau Subuh,barulah kedengaran lafaz tadi aku panjangkan dengan wirid. Yang waktu selain itu,aku terus menadah tangan berdoa. Itu memang tak pernah sekali aku abaikan sejak mendengarkan Ustaz Tajuddin berkata "Doa itu kepala solat kamu...." Aku baru di Tahun 3 ketika itu.Masih mentah untuk berfikir terlampau complicated lantas aku menganalogikan kata-kata itu umpama diri manusia sendiri,kalau tak ada kepala...kosong,tak ada otak,tak guna...mati. Dan aku nekad tak mahu solat aku jadi tak berguna di sisi Allah.

InsyaAllah..di sesi mendatang aku akan ulaskan tentang keperluan berdoa. Sebenarnya,itu memang kegemaran aku. Aku ingat lagi,kecil-kecil dahulu ke hulu ke hilir aku cari ustaz ustazah [dan ayah] bertanyakan "kenapa nak berdoa padahal Allah dah tau pun apa kita nak minta?" Kan? Aku tinggalkan persoalan itu untuk kita sama-sama renungkan dan berfikir. Sabar dahulu ya, sebab hari ini,aku dah pilih untuk bercakap tentang keperluan beristighfar.

Astaghfirullah hal azim


Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, seperti selepas sedar dari mengumpat. Atau selepas menghambur kemarahan bertubi-tubi. Atau ketika terlupa akan tugasan yang perlu dilaksanakan.Tak kurang juga,ada yang menjadikan istighfar sebagai ayat "melatah". Kasihan, mugkin selama ini kebanyakan istighfar yang dilafazkan di luar kesedaran kita sedang manfaat istighfar itu luas.

Bila ditanya pada diri sendiri,mengapa kita perlu istighfar? Jawapan berdasarkan logik akal kita - agar tenang, agar dosa diampunkan, agar hidup diredhai Allah.Tapi adakah kita berpuas hati dengan jawapan berdasarkan logik akal fikiran kita saja? Dalam setiap persoalan, kita hendaklah mendasarkan penilaian kita berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Mari kita bertanya kepada dua bahan rujukan kita iaitu sunnah Rasulullah s.a.w dan ayat Al-Quran.

Kita sering dianjurkan beristighfar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ia dikatakan sunnah Rasulullah kerana Nabi Muhammad sendiri selalu beristighfar.
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Turmidzi)

Astaghfirullah hal azim

Istighfar agar memperoleh pengampunan dari Allah s.w.t
dalam surah An-Nisa, ayat 110
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini.

Istighfar agar memperoleh perlindungan dari Allah s.w.t
Dari surah Al-Anfar, ayat 33
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (muhammad) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun"

Istighfar agar mendapat kesenangan dan terlepas dari keadaan risau dan resah.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: "Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."
(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Sini aku kongsikan kisah seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan.

Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah swt"
Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah swt"
Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "Beristighfarlah kepada Allah swt"

Astaghfirullah hal azim

Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya. sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!" Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)".
Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah surah Nuh ayat 10-12 yang bermaksud
"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"
*Contohilah Hasan al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

Istighfar sebagai usaha memakbulkan doa.
Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat"

Kali ini, aku kongsikan kisah seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shayban. Tak kenal? Pernah dengar tentang mazhab Hanbali? Insan inilah pengasasnya.

Suatu ketika, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). Keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut. Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Astaghfirullah hal azim

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".
Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal"
Maka kata Imam Ahmad : " Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."

Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya.
*Dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. Walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. Beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. Kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi.
"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian kerana yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (HR.Muslim)

Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selalu beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya.
Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah.

Astaghfirullah hal azim...

Wallahua'alam.

[Dipetik dari iluvislam.com]

Thursday, September 23, 2010

1


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

"Apapun jadi,kita tetap kawan okay?"
"Ya,apapun kita tetap kawan"
~Domino's Pizza,Kankanady~

Sunday, September 19, 2010

< 220 > Soseh-Soseh Rumah Terbuka

WE ALL SHARE ONE THING IN COMMON, THAT IS..DIVERSITY

Sudah lebih seminggu 1 Syawal berlalu..Tapi disebabkan kehangatan dan ke"sangap"an nak makan kuih raya masih terasa, dan gelojak jiwa ini dimengerti oleh rakan-rakan yang baik hati, lapang saja rumah-rumah terbuka untuk aku datangi tanpa dilabel sebagai pencuri.


Sambil simpuh-simpuh,keluarlah segala cerita.Gosip sana sini tu memang biasa. Cuma bila musim raya dan bulan mulia ini,gosip putih je la yang keluar...Alhamdulillah.Masih sedar.
Kaum perempuan dan rumah terbuka. Bila berkumpul macam ini,nak tak nak..beg tangan mahal campak tepi.

Tapi yang buat aku nak tergelak terguling bilamana dari rumah-rumah terbuka ini,dapatlah tahu rupanya ramai juga yang jadi pengunjung rahsia blog ini ye.Hai koranggggg! HAHAHA. Tinggal-tinggalkanlah jejak macam Kak Zimah dan Shu..aku alu-alukan saja.

Faridahanum dah mula buat entri syok sendiri macam ni ye. HAHA! Bajet gila orang stalk blog dia.Kalau dekat rumah,Apis akan cakap, "Kau ingat kau artis?"

Sebenarnya, berkenaan entri219 aku. Bertubi-tubi aku kena.TOINK! Soseh-soseh rumah terbuka la kiranya ni.

Ada rumah yang aku baru jengah masuk saja,salam yang aku bagi pun rasanya tak bersambut lagi,terus kena satu das
"Amboi labuh tudung ustazah arini...bila kahwin ustaz ni?" Lepas itu gelak ramai-ramai.Aku buat muka toya saja sebab masa itu aku dah nampak rendang tok depan mata. NGAPPP! Terus aku ubah topik.

Ada teman yang aku pujikan tudungnya yang lawa macam orang nak kahwin.Dibalasnya,
"Nak pinjam nanti..Boleh saja" Ya Rabbi tuhanku.Aku HAHAHAHAkan saja.

Musykil.

Hinggalah di rumah terbuka petang tadi, semasa bersalam-salaman minalaidilwalfaidzin dengan senior, ada seorang kakak ni cakap
"'Oh...lupa nak cakap..congrats juga ye.Dah happy-happy ek sekarang?"
"HAAAA...apakah?"
"Ah kau tak payah nak mengada..yang kau bunga-bunga kat blog tu apekemendenye?"
"HAH!Stalker la akak ni!!"

Mari sini aku jelaskan ya. Aku ini orangnya terbuka dan senang untuk kau bawa bicara. Aku boleh cerita pelbagai perkara. Dari A-Z sampai ada yang mungkin rasa aku ini tiada rahsia. Oh,aku yakin semua orang punya rahsia. Aku juga. Aku yakin.Bukan main rasa-rasa ni.

Sebab itulah aku katakan,dalam butir-butir bicara aku yang selalunya laju dan memakan waktu, bukan semua akan kau tahu. Ada perkara yang aku pilih orang-orang tertentu,bukan apa..ada orang yang aku hormat lantas aku ceritakan kerana mahu khidmat nasihat.
Ada yang aku treasure sepanjang hayat..Sampaikan rasa nak buka mulut pada orang lain pun jadi berat selagi tak pada dia aku ber-curhat[indonesian slang for CURahanHATi]



Memilih dalam bercerita,itu memang aku. Tapi kalau kau datang menyapa dan bertanya, aku tak pernah membiar bisu atau melontar jawab palsu. Itu memang aku. Sekurang-kurang,ada angguk atau geleng aku balaskan.

Dan selebihnya,aku lebih suka mampir ke sini berkongsi cerita melalui bait-bait kata tanpa suara. Atau juga di capaian maya yang lain[baca:Facebook] Pada susunan abjad-abjad yang kalian baca inilah telah banyak tangis yang tersendukan, tawa yang terzahirkan, kecewa yang tersusutkan, debar yang terleraikan.

Ya,tafsir kalian mungkin berbeza. Pada hemat A, entri219 adalah tentang cinta. B setuju,tapi bukan tentang cinta aku katanya. C pula sindirkan aku saja bikin kontroversi.D jeritkan sah!aku dilamun cinta.HAHAHA.Jadi ada kiriman emel yang pantas saja mengingatkan aku akan batas-batas yang perlu dijaga,Terima Kasih tak terhingga untuk itu. Dan pada yang tertanya-tanya "siapakah gerangannya?" biar gambar ini saja yang menjawabnya..

Jawab gambar "Biar siapapun dia[jika benarlah ada],InsyaAllah..memang yang terbaik punya!!" HAHAHAHAHHAHAHA!TEEEEETTTTTT!

p/s: teringat pula cerita P.Ramlee yang Ibrahim Pendek keluar dari foto dan bercakap dengan kekasih hati dia tu.Cerita Seniman Bujang Lapuk kot,tak silap.

Thursday, September 16, 2010

< 219 > Pernah tak?


Pernah tak jadi gugup sampai tak mampu nak bicara?
Pernah tak jadi gementar sampai lapar pun dah tak rasa?
Pernah tak jadi gentar untuk bertentang mata?

Pernah tak suatu masanya kau tertunduk dan hanya menjawab dengan senyuman.
Dan pada sela masa yang seterusnya,kau jadi serius menghurai luahan
Kemudian kau gelabah mencari manalah pergi kau punya kekuatan
Dan pada sela masa yang seterusnya,kau jadi tekun dalam perbincangan
Kemudian kau ketawa kononnya "eyh,aku cool je la kawan!"

Pernah tak pada setiap terbitnya kata mercu..gerbang..puncak..syurga..
Kau hanya nampak figura yang sama?

Pernah tak kesudahannya,kau diam berteleku dan bersyukur?

Pernah tak?????
Pernah tak????

16/9/2010

SELAMAT HARI MALAYSIA!
Semua orang ada cerita tersendiri setiap hari.
Langkah jangan berhenti selagi nafas tak dihabisi.
Kita punya hak untuk ukir memori.

p/s: Pernah tak kau sangat "happy" sampai kau hasilkan penulisan sebegini [hancur]?

Monday, September 13, 2010

JaSSI 2010

ASSSALAMUALAIKUM


Saya menulis ini selaku Setiausaha Program JaSSI2010 [JAlinan Sahabat Seluruh India 2010].
Program ini akan berlangsung di Mangalore,Karnataka,India selama 3 hari bermula dari 1 Oktober-3 Oktober 2010 iaitu kira-kira 2 minggu sahaja lagi. Ingin saya maklumkan bahawasanya program tahunan ini bakal melibatkan kira-kira 150 pelajar-pelajar dari kolej-kolej perubatan dan pergigian di seluruh India serta dinaungi oleh Islamic Medical Association of Malaysia(IMAM). Beberapa pakar perubatan,ustaz serta juga wakil MERCY Malaysia akan hadir ke program ini untuk memberikan pendedahan kerjaya serta diskusi berkenaan tugas dan tanggungjawab selaku seorang doktor muslim.

Jadi mengapa tiba-tiba saya menulis tentang perkara ini?
Terus terang saya katakan yang kami pihak penganjur JaSSI 2010 masih memerlukan sumbangan untuk menampung kos penganjuran JaSSI. Kalau mengikut draf bajet yang telah dirangka, jumlah tajaan yang diperlukan mencecah RM13,000. Saya turut dimaklumkan bahawa usaha mendapatkan tajaan masih diusahakan oleh biro berkenaan manakala jawatankuasa tertinggi berusaha mendapatkan sumbangan peribadi dari pelbagai pihak.

Sejujurnya, saya mengakui bahawa pembaca blog saya ini majoritinya terdiri dari muda belia yang masih menuntut,belum punya kerjaya apatah lagi sumber pendapatan sendiri. Namun saya memohon jasa baik kalian kiranya mengenali mana-mana pihak untuk kami panjangkan permohonan tajaan ini,harap dapat dimaklumkan pada kadar yang segera. Mana-mana pihak yang berminat untuk memberi sumbangan peribadi juga sangatlah dialu-alukan.Saya juga mengharapkan kerjasama dan sokongan dari rakan-rakan seperjuangan yang berada di seluruh dunia,yang menganggotai organisasi kepimpinan di tempat anda belajar untuk turut menghebahkan perkara ini.

Saya bersedia untuk meng-emelkan kepada anda kertas kerja program yang telah diperiksa dan diluluskan oleh wakil IMAM. Sebarang pertanyaan boleh ditinggalkan di ruangan komen. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun rasmi penganjur

ICICI Bank Mangalore Branch,Hampankatta
IFSC Code:ICIC0000014
Acc No:001401523038
Beneficiary:Syed Syafiq Basyir

Sumbangan anda biar sekecil manapun,insyaAllah bakal jadi saham yang besar di akhirat kelak.
Wassalam.

Blog JaSSI2010------ http://jassi2010mangalore.blogspot.com
Facebook JaSSI2010------ Jassi Mangalore

Saturday, September 11, 2010

EID MUBARAK!


Here sincerely voicing out its ethos of lets-forgive-and-forget.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN"

Lots of love,
NORFARIDAHANUM
ANUM
FARIDAH
IDANUM
IDA
HANUM
ANOM
NORFA
FAREEDA
NOR
FARID
MUNA
and any other names so that this warm wish reaches you.
Oh yes,I'm sweet.So where's my red packet?

Friday, September 10, 2010

Siri 17 :Eid Mubarak 1431H

SMS Hari Raya dari Mummy..

Sempena Syawal yang penuh Keberkatan dan Keampunan,
Sentiasalah...
SETTING niat
UPGRADE iman
DOWNLOAD sabar
UPLOAD usaha
DELETE dosa
UPDATE doa
dan yang paling penting,
TOP-UP ilmu,
supaaya dapat REDEEM pahala banyak-banyak!
Salam sesuci lebaran.Maaf Zahir Batin.
Nikmatilah Anugerah Aidilfitri ini sebaik mungkin
Ikhlas dari Pn Siti Aishah n famili.

Kalau anda masih ingat, Mummy juga ada hantar SMS Ramadhan yang "cool" juga sebelum ini. Haha!Mummy memang sempoi je.

Oh,sila ambil nota bahawasanya kiriman SMS ini adalah dari Pn Siti Aishah n famili ya. Maksudnya,Mummy,Papa,Wahida,Shehnil dan Shehzad.

Tidak ada kena mengena dengan Mama,Ayah,Along,Ana,Apis,Ariz,Athifah.Jadi siapa-siapa yang berkenaan bolehlah minta maaf di hari mulia ini.Aku terbuka saja memaafkan. Tapi mahu juga aku tegaskan di sini yang kuota Ayah masih tinggal tiga dan aku tak rasa beliau berminat nak menambahnya. Hentikan syak wasangka. Eh,terasa?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN.