Thursday, December 30, 2010

15

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



"Abangnya dah berapa lama dok ulang-alik Sg. Siput ni?"
"Saya dah 4 tahun(g) dah makcik"
"Uish kalau macam tu memang tak ada nak sesatnya nak cari rumah ni"
"Saya tahu ja Taman Anda ni. Saja ja nak ngusik H**** ni"
"haha.lagilah H**** panik ye.."
"Itulah..saja nak bagi kita panik. Dahlah Anum cakap ada 3 tol keluar ke Ipoh ni"
"Laaa..Anum pun punyalah beria-ia call tanya Along tadik camner nak keluar kalo dari selatan."

-Dan semua yang berada di situ, pada momen itu, tertawa..bahagia.InsyaAllah-

21.12.2010

p/s:thanks for the books,sweetheart!

Tuesday, December 28, 2010

< 239 > Sasaran, Tersasar dan Penasaran

Hai,sebelum aku update dengan entri syok sendiri yang ada mp3 warna merah jambu,aku nak menulis sikitlah secara penuh manfaat hari ini. Boleh?Boleh kot..Perlu?Perlu kot? Tapi entri yang ada mp3 warna merah jambu itu memang saja saja suka. Jangan tanya boleh ke perlu ke. Syok sendiri la katakan. Ceyh,berapa kali nak ulang perkataan syok sendiri itu aku pun tak tahu. Tak apa,itu tandanya aku sedar dirilah entri itu entri syok sendiri [lagi ekali]kan. Jadi kalau ada yang kutuk-kutuk dalam hati itu, tak apa,anda sangat dimaafkan. Teeeehee =)

Ok,selesai perenggan mukadimah..TOINK. Kira kalau peperiksaan SPM,ikut format la sebab ada pendahuluan kan? 

Jadi hari ini aku nak bercakap pasal sasaran atau bahasa orang Chemornya...target.ek?


Hidup kena ada sasaran. Kalau aku menulis ini mengikut mode Jurnal Jumaat, aku akan pesan pada kalian semua yang sasaran kehidupan kita adalah kehidupan selepas kematian itu,sebab itu yang kekal abadi.Tapi hari ini nak menulis tentang keputusan peperiksaan yang baru keluar semalam, aku nak cakap Alhamdulillah dulu sebagai pemula tulisan. Eceyh,tadi masa mula-mula tulis tak reti pula nak bagi salam kan?=p

Alhamdulillah...aku lulus peperiksaaan lagi. Kalau tahun pertama kelas pertama,tahun kedua pula dengan kelas kedua. Macam cantik saja padahal menurunlah pretasinya. Tapi pada aku itu sudah cukup. Cukup untuk buat aku berlari turun naik rumah dengan bertuala sebab terlalu gembira. Cukup untuk buatkan aku sujud syukur pada Yang Esa. Cukup untuk aku teruskan percutian yang berbaki ini dengan penuh ria. Cukup untuk pastikan malam tadi makan malam kami Ayah yang taja!


Tapi nak tak nak, jujur aku mengaku di sini adalah sedikit kecewa di hati. Aku tak mahu bercerita tentang sasaran sebenar aku untuk peperiksaan kali ini. Satu,kerana perkara itupun dah lepas. Dua,sebab aku memang jarang sekali bercerita tentang hal-hal berkaitan sasaran pendidikan. Habis kuat aku akan cakap "JANJI LULUS" sudah. Macam yang kau orang selalu bacalah kan? Cuma kebelakangan ini, Encik H la yang banyak tahu. Itupun sebab dia dah risau bila tengok aku sangat tertekan padahal kalau ikutkan cara belajar dah macam-nak-gila-confirm-pass-punya sampaikan dating makan aiskrim pun usung nota,tunggu order pun sibuk membaca.HAHA. 

Yups,keputusan ini agak tersasar dari target aku. TOINK! Tapi itulah,kitakan hanya merancang dan terus merancang. Yang terbaik itu Allah juga yang tentukan.Kebetulan pula sekarang sedang bercuti di rumah bersama Along yang lebih banyak pengalamannya berkenaan perih jerih belajar perubatan ini. Jalan yang Along tempuh lebih sukar dari aku, tambah pula bila belajarnya di Universiti Malaya.Oi,susah kot!Jadi,bila Along cakap inipun sudah ok.Aku pun terus ok.[Okay,tipu.haha] Jangan salah sangka pula. Lepas ini jangan pula ada yang nak komen "itulah orang melayu...nak yang asal ada saja..blablabala". Bukan nak cepat berpuas hati,cuma tak nak seksa diri. Aku sendiri tahu aku dah cuba untuk beri yang terbaik masa peperiksaan hari itu. 

Tak dinafikan,ada yang aku cuai,ada yang aku terlupa.Biasalah itu. Rezeki sampai situ saja,kan? Tak akanlah aku nak cerita semua termasuk cerita aku nangis dalam dewan exam sebab tersalah tanda OMR sheet. Memang shit la the incident weyy! Di India ini,OMR sheet kena tanda pakai pen hitam ya. Jadi kalau kau salah tanda memang alamatlahhhhhhh. Ada sekali tu,masa aku buat semakan super-terakhir,aku perasan yang jawapan aku salah.DAMN!Selalunya,bila aku dah mula lorekkan ruang A B C D tu dengan pen hitam,aku tak akan semak dah.Entah kenapa hari itu menajdi super-teliti. Lepas itu,jawapan yang aku tanda tu memang aku yakin 100% salah. Tapi bila tanya penyelia peperiksaan pun dia tak boleh nak buat apa dah.TOINK btul! Nnangislah dulu sebelum jawab kertas bertulis.HOHO. Bila dah habis exam,member dekat sebelah dah mula "Fareeda what happen?" Dan lepas aku jelaskan letak duduk perkara,dia boleh cakap.. "Only one?only one?" Cis,berharga kot setiap satu markah pun!


Ah tapi apapun,saat aku menulis baris ayat ini,aku tenang sahaja. Tak adalah rasa nak bunuh diri pakai senapang yang ayah selalu guna nak tembak tupai tu. Jadi pembaca sekalian,anda boleh rasa gembira bersama saya jika anda mahu. Sep sket! haha.

Oh satu lagi,aku pernah sasarkan nak kahwin umur 24 tahun iaitu dalam 2 tahun setengah lagi sebab dah lama aku impikan nak pimpin tangan anak aku sendiri pergi tadika masa umur less than 30. Tapi memandangkan sekarang ini macam sangat penasaran kan walaupun baru seminggu saja tak jumpa,mungkin ada sasaran yang kena ubah kot =p Allah lebih mengetahui kan? TEEEETTTTT!

Sunday, December 19, 2010

< 238 > Aku Pulang

Nanti aku pulang......
Dengan langkah riang dada lapang wajah girang.Walau mengusung sari-sari banyaknya tak terbilang! Akan aku ceritakan pahit manis hujan panas hitam putih berselang-selang. Selama 507hari kembara ilmu di tempat orang. Siap siagalah sekaliannya, si becok ini tidak kenal malam ataupun siang! Celotehnya panjang, suaranya lantang, sembangnya kencang!

Nanti aku pulang.....
Sama saudara sepupu yang dahulu kulayan bagai abang, lupakanlah rambut panjang ikal mayang disimbah perang mentari terang.Tiada perlu lengan direntang bidang, tubuh bersilang-silang tanda sayang. Eh, si manja yang seorang ini tidak pernah akan hilang. Tapi dalam tawa dan gelak kita yang sentiasa gemilang, sewajibnya ada segaris jurang. Lantas jadikan kita hambaNya yang lebih cemerlang.

Aku pulang nanti,
Tempat pertama akan kuserang pastilah KFC! Kalau tidakpun,aku lepak saja meratah Milo depan TV. Hanya pandang sinis akan kuhadiahkan pada pek-pek maggi. Akan kukempenkan 'Sebulan Tanpa Kari'!Nanti aku senaraikan segala hajat hati. Mama masak di sisi,aku sekadar perhati. Bukan pemalas lah,cuma dah muak dengan air tangan sendiri.

Aku pulang nanti,
Mahu mensuarakan niat yang terbulat dalam hati. Mahu menyampaikan tekad yang dibuat tanpa buta tuli. Tapi masih butuhkan konsultansi dan permisi. Mungkin ada yang bakal memandang sepi. Mungkin ada yang akan tertawa nampak gigi dan gusi. Cuma kamu yang membaca ini, aku pohon doakanlah yang terbaik untuk kami. 

Pulang nanti aku,
Ada rakan-rakan yang kumahu ketemu. Bisnes sari...harapnya maju!Dapat juga modal untuk ke kota Singa dan membeli baju seluar baru. Apapun,kenalah simpan sedikit-sedikit untuk fasa hidup yang baru,manalah tahu.*ehem* Oh,tentang bisnes sari aku,ada tak sesiapa yang mahu?*sempat lagik promo,TOINK!*

Pulang nanti aku,
Dalam titis tangisku saat menatap wajah-wajah penuh rindu. Dalam hangat tanganku digenggam penyokong-penyokong padu. Dalam rona merah pipi yang dicium bertalu-talu. Akan aku rafakkan sujud syukur padaMu. Atas setiap perhitungan Kau yang sempurna,tiada celaru.Tidak perlu diragu-ragu.

Malaysia,aku pulang!

19Disember2010
Chatrapati Shivaji International Airport Mumbai

Thursday, December 16, 2010

13


.....They don't know how long it takes waiting for a love like this...
....Lucky I'm in love with my bestfriend, lucky to have been where I have been, lucky to be coming home again...

Sunday, December 12, 2010

< 237 > 500 days

Yes,12.12.2010. 500 days.

Away from home.

And I doubt myself in saying that I'm not happy. Despite all my ramblings about this country,after all it's Diversity that we all share in common.








And these are all just a glimpse of it. The glimpse of happiness that will surround you and sends glow onto your face. Life is too short to not to embrace every second of it from now on.....just so you realize. Cheers!

and I,back then 30.7.2008.Completing 2 and half years here. Another 3 years to go.InsyaAllah.

Friday, December 10, 2010

Siri 24 : Nafsu

Assalamualaikum. Jurnal Jumaat bersiaran kembali.Alhamdulillah sebab aku dikurniakan kesempatan masa dan tenaga untuk menulis dan berkongsi dengan kalian semua di sini.

Hari ini nak menulis pasal nafsu. Sebenarnya, macam-macam yang terlintas di fikiran aku masa mengulangkaji Mikrobiologi yang buat aku jadi lebih sayangkan agama aku ini.Tapi untuk hari ini aku kongsikan yang ini dulu.InsyaAllah,ada kesempatan aku tuliskan tentang yang lain pula.

Tentang virus HIV yang menyebabkan penyakit AIDS

Ayat dalam nota Mikrob aku berbunyi lebih kurang begini ..................
"There's no evidence that HIV can be transmitted via insects or other vector" 
Virus ini memang modus operandinya ala-ala "killing me softly". Slowly but surely. Hari ini kena jangkitan, 10-20 tahun kemudian baru ketemu ajal. Paling awal 5 tahunlah. Ada yang bernasib baik, tak akan sakit pun hinggalah mati disebabkan penyakit lain.Virus ini menginap dalam darah. Bila virus ini mula saja "beranak-pinak" dalam darah..memang harapanlah..Ia kekal selama-lamanya. Virus ini tak boleh hidup/survive lama-lama luar dari tubuh. Tapi yang ajaibnya,tak ada kajian sains yang dapat membuktikan lagi yang virus ini dapat disebarkan melalui nyamuk. Cuba tengok penyakit denggi dan Chikungunya, virusnya dalam darah juga. Nyamuk Aedes gigit manusia yang kena denggi, ambil virus sekali dan sebarkan pula kepada mangsa seterusnya pada gigitan seterusnya. Demam malaria,kumannya dalam darah juga. Disebarkan pula oleh nyamuk Anopheles betina.Jadi, kenapa agaknya? 

Ini sekadar pandangan tak sedalam mana dari akulah. Sebabnya, HIV ini penyebab utamanya tersebar ialah bila nafsu tak dikawal akal. Main tibai dan bedal saja siapa yang ada depan mata. Tak kira halal haram. Nafsu pada pandangan akulah,hak milik ekslusif setiap individu. Maknanya,sendiri kawal, susunatur dan latih jadi elok.Ye tak? Kalau elok,datanglah sehebat manapun godaannya,insyaAllah masih kuat juga jiwa seorang hamba itu. Oh,cuba bayangkanlah  kalau Allah jadikan nyamuk itu berpotensi untuk jadi agen penyebarnya? Tak pasal-pasal..tapi Allah tak ciptakan macam itu.Mudah,sebab Dia Maha Adil.

Tapi, tak dinafikanlah juga ada kes jangkitan HIV disebabkan oleh proses pemindahan darah yang tak efisien. Kasihan. Tapi mengikut statistiknya tak sampai 1% pun. Sebab apa? Sebab Allah kurniakan kita ilmu dan teknik sains untuk kenalpasti virus ini dalam darah. Subhanallah. Jadi darah yang tercemar memang bank darah tak akan bagi peluang, terus bye bye bye.TOINK!

Sebenarnya,para doktor,jururawat dan kakitangan perubatan serta paramedik juga adalah golongan berisiko tinggi untuk terkena jangkitan HIV. "Needle prick injury"..istilah yang selalu digunakanlah. Elok-elok dah cucuk orang pastu jarum yang sama tercucuk tangan sendiri. Wallaweeyhhh.Aku pernah baca dalam novel "Denyut Kasih Medik". Memang kasihanlah. Cuak juga tolong!Apalagi kalau kes-kes kecemasan kan.Mana nak tahu pesakit yang datang itu ada HIV ke tak. Apapun memang dah ada langkah berjaga-jagalah. Kalau ikut protokolnya,kena pergi buat laporan. Dan kalau pesakit memang sah-sah ada HIV,rawatan segera untuk diri sendiri kenalah dimulakan Sebab macam aku cakap awal-awal tadi, kalau HIV mula dah beranak pinak memang menyesal sahajalah yang tinggal.Tapi ada SEDIKIT masa dalam beberapa jam untuk HIV masuk ke dalam badan,cari sel terpilih dan kemudian barulah beranak pinak.Doktor-doktor yang alert memang akan mulakan terapi serta-merta untuk halang HIV dari beranak pinak InsyaAllah,kerja anda tolong orang,Allah pasti akan tolong anda.Percayalah itu.

Yang lagi satu aku kasihan, ialah anak-anak tak bersalah yang jadi mangsa sebab HIV ini boleh merentas rahim. Maknanya,kalau ibu ada HIV,bayi dalam kandungan kena sekali.Kasihankan. Tapi kalau dikaji semula, penyebab perkara ini ialah...jeng jeng jeng
1) angkara si ibu yang "ter"silap pilih kerja
2) angkara si ayah [dan sebab itulah Islam gariskan panduan mencari suami,isteri dan juga Islam perkenalkan undang-undang syariah yang sangat adil dan membela wanita]

Tapi....yang paling aku kasihankan....mangsa-mangsa rogol si penagih dadah segala. Yang ini, memang aku hanya mahu peluk dan menangis bersama. Yang aku mampu pesankan hanyalah, Tabah dan ingatlah,Allah pasti lebih sayangkan kamu. Dan semoga kamu termasuk antara golongan bernasib baik yang tak akan menderita sakit itu hinggalah ke akhir hayat kamu.

Ok,cukup-cukuplah emosi. Kita sambung sedikit saja lagi tentang nafsu. Al-Quran menyebut tentang 3 nafsu.

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baik"{89:27}
Nafsu Mutmai'nnah (jiwa yang tenang)

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati) {75:2}
Nafsu Lawwamah (jiwa yang menegur dan menempelak setiap kali berbuat baik dan jahat - ketika berbuat baik,jiwa ini akan menempelak kerana tidak cukup bagus,ketika berbuat jahat,jiwa ini menegur kerana sesal)

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." {12:53}
Nafsu Ammarah(mengajak ke arah maksiat dan kejahatan)

Ingat,Islam tidak mengajar supaya nafsu itu ditiadakan langsung kerana nafsu itu lumrah dan fitrah manusia. Dan disebabkan itu,Islam juga mengajarkan bagaimana untuk kita disiplinkan nafsu tersebut. Yang itu..macam kena tulis lain kali pulalah ya. Harus kembali kepada buku.Ahad ada praktikal Pharmacology. Killer subject.TOINK!

Sehingga ketemu lagi di lain jurnal ya. Semoga kalian dalam lindungan Allah selalu dan dikurniakan iman yang berlipat ganda tambahnya di setiap hari yang baru. InsyaAllah.

Yang baik itu ilmu kurniaan Allah, yang kurang itu memang khilaf aku sebagai seorang hamba juga. Wassalam

Thursday, December 09, 2010

12




< 236 > Pathology

Salam...lama tak menulis yang bermanfaat rasanya. Sekarang hanya tinggal peperiksaan praktikal dan viva-voce. Makanya bergelumang dengan organ-organ yang dah diawet, mikroskop, data-data klinikal dan peralatan makmal sahajalah aku. Tiba-tiba rasa nak kongsikan sedikit tentang ilmu Patologi. berminat?

 Lung model


Cross section of normal lungs if being viewed under light microscope will reveal structure like this. Warna pink sebab dah diwarnakan ya. Yang ruang-ruang kosong itulah alveoli yang kelihatan macam bola-bola kecil kat model paru-paru kat gambar atas tadi. Garis-garis itu lining of the alveolar spaces. Dekat garis-garis tuh sebenarnya ada salur darah,tapi sebab sangat halus,memang susahlah nak make out. Boleh bayang tak? Bagus!Kira ini yang aku belajar masa tahun pertama. Tahun pertama semua yang normal saja aku belajar.

Masuk tahun kedua.......jeng jeng jeng


Ini struktur paru-paru juga. Boleh cam lagi kan? Tapi paru-paru ini ada masalah. CVC- chronic venous congestion atau dalam kata lainnya, sirkulasi darah tersekat di paru-paru.Benda-benda macam ini,kalau masa peperiksaan,hanya ada masa satu minit untuk kenalpasti dan bagi 2 sebab yang munasabah lah kenapa kau kata macam tu. Macam gambar dekat atas ini, kalau anda perasan,lining of the alveolar spaces itu dah menebal disebabkan salur-salur darah yang ada kat situ dah tersumbat dan mula mengembang. Lepas itu,cuba tengok dekat dalam ruang-ruang kosong itu...Dah mula terisi dengan partikel-partikel kecil kan? Kalau spesimen yang cantik,boleh nampak ada pigmen warna hitam sekali. Partikel-partikel tu kita namakan sebagai "heart failure cells" tergolong dalam sel-sel protektif tubuh badan yang fungsinya  "memakan" mana-mana sel-sel darah yang telah bertindak keluar dari salur darah dan masuk ke ruang alveoli.Cuba tengok balik model peparu kat atas,kalau berminat untuk lebih memahami keadaannya. Kapilari darah dengan alveoli memang letaknya dekat-dekat sangat sebab nak tukar oksigen-karbon dioksida merentas sempadan. Sel darah tak boleh rentas.Kalau rentas kena tangkap dan dimakan jadi lauk masak kicap sebab itu warna hitam. TOINK! boleh faham tak?ke memang aku tak ada bakat jadi pensyarah? Kenapa namanya "heart failure cells"? Itu cerita lain pula...tapi mudahnya, keadaan CVC of lung ni ada kaitan dengan kegagalan fungsi jantung la jugak. 


Baiklah...kalau ada yang berminat boleh teruskan membaca. Kalau dah bosan,dialu-alukan untuk beredar. Tak,saya tak kisah.Aiman pun tak kisah. Yang saya tahu,saya suka nak berkongsi ilmu ini dengan saudara-saudari sekalian. Ecece,ayat mengampu sikit. Ptuiiiii!


Ini pula struktur normal liver @ HATI. cantik!sejujurnya, struktur yang cantik dilihat di bawah mikroskop, pada pilihan aku ialah struktur hati, salur tekak dengan errr... testis. TOINK! Hati yang normal,struktur dia tersusun dalam bentuk heksagon,macam berlian la lebih kurang dipanggil hepatic lobule. Tengah-tengah lobule ada salur darah yang sangat besar dipanggil  terminal hepatic vein. Vein = salur darah yang warna biru nurse selalu cucuk masa nak ambil darah.tu. Sel-sel hati tersusun cantik je dalam barisan seolah-olah macam it's radiating from terminal hepatic vein tadi. Nampak yang macam matahari kat tengah-tengah tu?Get the idea?Antara lobules ini pula ada pembahagi yang terdiri daripada fiber-fiber .Sikit dan nipis. Tak banyak dan tak tebal.


Ini kalau hati ada masalah CVC juga. Dah tak ada dah struktur ala-ala matahari tadi.Darah dah membuak-buak keluar ke sekeliling.

Ini pula hati yang dah sangat-sangat teruk keadaanya dipanggil liver cirrhosis. Fiber-fiber dah menebal to such an extent akan menyebabkan lobules mengecut dari saiz asal.Lama-lama hati pun jadi kecillah. Kalau nak dilihat dari mata kasar pun, memang sedih...sebab hati yang asalnya organ paling besar dalam badan [abaikan kulit ya] dan sangat cantik dan sihat macam ni...

berubah jadi macam ini...

Bagaimana mengelak dari berlakunya cirrhosis? JAUHKANLAH MINUMAN BERALKOHOL. Sungguh,itu memang sebab utamanya.Alkohol memang toksik untuk badan. Dan fungsi "detoksifikasi" tubuh memang dimandatkan penuh eksklusif kepada hati@liver@hepar. Sikit-sikit mula-mula bolehlah tahan dowh..lama-lama hati pun give up. Letih dan sakit. Tambah ada banyak lagi kerja dia nak buat. Kilang enzim kilang protein, kilang lemak...Hati memang all-rounders! 

Ini bukan nasihat sembarangan ya.. Kalau nak masuk mode Jurnal Jumaat pun boleh sangat ni.

Sabda Rasulullah,
“Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat yg paling mengaibkan.”
(Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab Memabukkan, Bab 30, Hadis no.3371)


Dalam Al-Quran,

“Hai orang-orang yg beriman, sesungguhnya (meminum) khamar(arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.”
[Al-Ma’idah 5:90]


Dalam Bible?

“Wine is a mocker and beer a brawler; whoever is led astray by them is not wise.”
Minuman keras membuat orang kurang ajar dan ribut. Bodohlah orang yang minum sampai mabuk.

[Proverbs 20:1]
“Do not get drunk on wine, which leads to debauchery..”
Janganlah kalian mabuk oleh anggur, sebab itu akan merusakkan kalian…

[Ephesians 5:18]

Tuesday, December 07, 2010

< 235 > 1 Muharram

Tahun lepas, pada tarikh ini,aku di Dubai


Tahun ini, di India semula. Terperangkap dalam peperiksaan akhir universiti yang boleh buat kau qada' tidur 12jam setiap kali lepas habis satu subjek,tidak sedarkan apa-apa,serta tanpa rasa bersalah.


Tahun-tahun sebelum ini,memang di Malaysia lah. Di samping keluarga tercinta. Dan mereka memang membahagiakan dan selalu membuatkan tarikh ini menjadi lebih bermakna. 

Mama Ayah & my favourite hero. Klik sini dan sini untuk kisah-kisah senget kami berdua.

partners in crime

Lebih-lebih lagi si Athifah la. Tahun lepas,aku baru touchdown di Dubai Airport, baru nak cuci-cuci muka, si genit yang tak berapa nak genit tu dah sibuk telefon.Pagi tadi sama juga.Tak nyempat-nyempat!Pagi-pagi buta waktu Tok Imam Masjid Idghah pun baru buka mata aku rasa,si genit ni dah sibuk-sibuk telefon. Semalam lepas dating makan KFC yang baru buka kat City Centre, aku balik terus tidur terbungkang tanpa sedikitpun ingatan pada dunia fana. TOINK! Sedar-sedar telefon berbunyi,nombor ayah yang naik, terus aku angkat bagi salam dan cakap
"Ha genit,cepatlah wish birthday Kak Anum!"
Dan kami dua pun ketawa besar. Bahagia kau tahu. Tambah pula bila dengar Mama gelak gedik-gedik kat belakang Athifah tu. 10 kali ganda bahagia! Walaupun mata masih tak dapat nak bukak sebab diselaputi taik mata. TOINK! Tak apalah..bahagia itukan lebih pentingnya untuk dirasa dalam hati,bukan untuk dilihat. hahaha,memang TEEETTT je ayat.
yang tengah-tengah itu si genit.eh,tak genit pun? =p

1 Muharram,kalau dari segi Islamnya,kita lihat ini sebagai satu permulaan tahun yang baru. Besar dan betapa signifikan-nya tarikh ini dalam hidup aku memang tak dapat aku nafikanlah. Kalau bercakap tentang azam, cita-cita dan pengharapan...rasanya sejak lama dulu aku lagi gemar merancang satu tahun ke depan bermula pada tarikh ini. Untuk bercerita tentang semua itu memang tidaklah. Itukan rahsia masing-masing.TOINK! Yang pastinya,mahu menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.Bukan? 

Jadi di kesempatan ini juga,aku nak ucapkan terima kasih kepada Mama dan Ayah.weee~~~~ Untuk Mama yang sanggup usung Anum ke hulu ke hilir [dan ke Kg.Kuang Hilir,Chemor.HAHA] selama 9bulan lebih kurang hinggalah Anum selamat keluar ke dunia secara kuak lentang pada pagi 1 Muharram 1410H.Terima kasih kerajaan Malaysia sebab bagi cuti 1 Muharram. Kurang-kurang masa Mama kepenatan hari itu,adalah Ayah untuk temankan Mama sekejap,kan?



Dan yang pastinya,pada tarikh ini,walau sesibuk mananya aku belajar belajar dan belajar, berfoya-foya, berjalan-jalan melihat alam,bercinta, bergelak ketawa mahupun bersedu sedan, akan aku peruntukkan masa untuk diam atas sejadah, merafakkan syukur, mempersembahkan taubat dari lubuk hati yang dalam...dan....Sadaqallahulazim....

Aku kembali semula pada helaian pertama Al-Quran.

Saturday, December 04, 2010

Beza yang sama

Mengapa mencari segala persamaan sedangkan pada wujudnya setiap perbezaan telah kita temukan keindahan yang tiada tandingan?
-norfaridahanum

Thursday, December 02, 2010

11



"Moga dipermudahkan semuanya untuk kita"
"Amin"

~dalam setiap akhir pertemuan dan dalam setiap awal permintaan~