Friday, April 29, 2011

< 264 > Bas India

Agra2008

Hai!Lagi 2 jam bas aku sepatutnya akan bergerak ke Davangere. Ada program anjuran Malaysian Students' Association-Davangere Chapter. Jadi haruslah menjadi wakil MSA Mangalore di samping curi masa cuci mata tengok apa yang ada di sana. Menurut ceritanya,tak ada apalah sangat melainkan khinzir dan babi merata-rata. TOINK!
Delhi 2008

Perjalanan aku dijangka memakan masa lapan jam. LAPAN JAM! Saja tebalkan tulisan siap huruf besar dengan letak tanda seru nak buat orang rasa wow tapi tak berjaya pun.haha. Duduk dekat India ini,perjalanan 8 jam naik bas itu perkara biasa sahaja. Selalunya,kalau perjalanan lebih 8 jam,aku lebih suka ambil tren. Sangat jarang aku guna penerbangan domestik dalam India ni. Satu,sebab dia mahal lah kan. Contoh,kalau dari tempat aku pergi-balik Mumbai[yang kalau naik tren makan masa 12-16jam], tiket flight dia boleh cecah harga yang sama macam kau beli tiket AirAsia balik Malaysia.Dua,sebab aku memang rasa tak perlu. Kalau aku tak ada hal penting nak kena rush rush, baik aku lepak naik tren saja.
Hyderabad 2009

Alhamdulillah...dalam 3 tahun ni dah merata India aku pergi. Mumbai saja dah 3 kali. Bangalore, Delhi, Agra, Jaipur, Shimla, Manali, Chennai, Hyderabad, Goa, Mysore, Ooty, Kerala. Banyak dari tempat-tempat ni aku pergi dengan Shuhaiza. Secara jujurnya,Shu memang orang yang paling kuat "travel chemistry" dengan aku. Agak sedih juga bila dia tak akan join aku menjelajah ke satu tempat di bulan Jun nanti.Adeyh.Aku jarang nak bergerak dalam kumpulan besar kalau nak berjalan-jalan.Dan aku memang selalu suka explore sesuatu tempat tu sendiri. Not to mention yang guna travel agent sangatlah mencekik darah ok. Senangnya bila jalan dengan Shu ialah dia simple dan banyak benda yang kitorang senang nak capai persetujuan. Satu benda yang ketara ialah kitorang kalau berjalan memang tak ingat dunia dan hanya balik ke hotel untuk tidur. Jadi, memang sangat tak kisah hotel cikai ke ape ke.Janji,toilet dia bersih!Dah selalu sangat kami jalan berdua sampai parents kitorang pun dah masak sangat,tak kisah.Siap ada simpan nombor telefon masing-masing lagi.
Ooty2010

Tiba-tiba entri ni jadi entri penghargaan untuk Shu pula.Sebenarnya masih dalam usaha memujuk Shu ikut aku pergi jalan-jalan bulan Jun nanti.LOL.Peluang tipislah,sebab pemilik nama Shuhaiza Supian ni tetap pendirian. Itu satu lagi sebab kenapa aku senang nak berurusan dengan dia ni.Dia bukan jenis nak cancel last minute ke. HUHU. 
Mysore Palace 2010

Aku semenjak yang trip aku uruskan masa tahun pertama,yang dari asalnya 12 orang nak ikut,sudahnya tinggal 4 orang tu,aku macam trauma terus nak berjalan ramai-ramai. Mati nak kena cover-kan guna duit sendiri segala macam hotel reservation yang dah dibuat.TOINK!Kalau setakat trip dekat-dekat dan belanja ciput tak ada hal lagilah.Paling jauh pernah pergi beramai-ramai was Goa2009 and it was fun indeed. Seronok je. Tapi jalan dengan orang yang kita satu kepala tetap terbaiklah,walaupun there are 2 heads literally.
Goa 2009-gambar di-crop atas sebab-sebab tertentu.Masa tu kami pergi dalam 12 orang kot=)

Aish tengok..lari topik lagi. Sebenarnya, sekadar nak berkongsi sedikit pesanan khas kalau ada sesiapa yang bercita-cita nak naik bas dekat India ni. India tak ada RnR yang hebat macam Malaysia, jalan dia bukan besar dan luas macam Dubai tapi senantiasa sesak dengan kenderaan,tak macam......Ankara,Turki!Pemandu bas memang bukan tergolong dalam pemandu berhemah.Semuanya stok feeling Alex Yoong. Bawa laju tapi tak pernah menang pun.LOL!Jadi,pastikan kali terakhir anda makan adalah lebih kurang 3 jam sebelum waktu bas bergerak.Hindarkan makanan pedas ataupun membeli makanan-makanan tepi jalan dekat India ni..Lainlah kalau kau dah duduk lama sikit dan perut kau dah immune,hentamlah makan apa saja tanpa perlu risaukan risiko untuk dapat cirit birit. RnR India adalah satu dalam setiap 4 jam.Itu yang paling bertamadun punya RnR lah.Ada toilet dan orang jual air kelapa fresh exactly next to the toilet.LOL.Pastikan anda dah kosongkan pundi kencing sebelum melangkah naik atas bas. Ataupun kalau anda lelaki,mungkin anda tak ada masalah sangatlah.Boleh saja sertai aktiviti kencing secara berjamaah di mana-mana sahaja di sepanjang perjalanan. Kalau malu,pergilah cari tali pinggang berkalendar jenama Nabil.LOL.
Mudeshwar Beach 2010

Pemanduan yang tidak berhemah di atas jalan yang berselekoh-selekoh simpang siur macam ular kena palu bakal membuatkan anda rasa loya. Kami pun dah sepakat mengatakan yang perjalanan menaiki bas di India adalah satu pengalaman menaiki roller-coaster yang terunggul dan termurah di dunia. Jadi,kalau anda memang mempunyai potensi tinggi untuk muntah-muntah,baiklah ambil anti-motion sickness drug macam Promethazine. Itu ubat kegemaran housemate aku.Asma' nama dia.Tapi maaf,sudah berpunya.HAHAHA.Saja iklankan ko jap Mek,aku baru tahu ko stalker terulung =p 
HANUMan Gundi Waterfalls 2011

Dan satu lagi pesanan yang agak kurang senonoh tapi bermanfaat untuk gadis-gadis di luar sana,disebabkan frekuensi lambungan yang agak tinggi di sepanjang perjalanan menaiki bas,saya selaku bakal doktor dengan penuh prihatinnya mensyarankan anda untuk memakai.......SportsBra!!! TEEETTTTTT!

Sunday, April 24, 2011

< 263 > Strangers,again.



This might not apply to everyone..

As for I and my previous relationship, I think we jumped from stage 5 to stage 7 straight away. Or maybe, we had that stage 6 for 2 weeks? Can't remember properly.LOL.

And as life goes on, whatever we shared will always remain fragmented memories that I don't keep nor throwing them away. But yeah,we become strangers,again! Acting like we've never met. And I guess we both happy this way. Coz even we can simply say we had got over the past,things aren't just the same. Our paths were aligned only for that short period of time. Eh,2 years isn't that short kot? Whatever!HAHA.

Ironically,I found this posted on Twitter today - Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you've never even met. 

I don't post this to reminisce my old love. Just simply sharing with you guys who are in relationship to work it out and give your shot to the highest possible before thinking of letting it goes down the drain. Seriously,what hurts me the most last time wasn't the decision that he made, but to realize that we didn't try our best and obviously, of what happened between us during the post break-up stage.We barely knew each other and we finally became strangers....

P/S: I got a bigger box than he does!!! and oh,shoe lace!TOINK!

Thursday, April 21, 2011

31


(^-^)We connect like we have Bluetooth
You and I can be like Aladdin & Jasmine (^-^)

Tuesday, April 19, 2011

< 262 > Sepertiga Malam

Kadang-kadang,ada perkara yang pernah terjadi...cop,rasa macam tak berapa sesuai. Selalunya,ada perkara yang pernah terjadi sepanjang perjalanan kita meniti usia dari kecil hingga dewasa, yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup kita. Katakan ianya satu peristiwa, insiden atau tragedi. Mana-mana sahaja cerita duka yang kau suka. Orang bijak pandai istilahkan ia sebagai trauma. Tak akan pernah luput setiap detik dan derapnya dari ingatan,cuma yang membantu kau untuk melangkah ke depan ialah keazaman untuk hidup terus sekaligus menjadikan kau orang yang lebih cekal. Sampai satu saatnya,trauma itu akan berhenti dari jadi tukang ugut pada diri sendiri. Bila?  Jawabnya ada pada yakin diri dan semangat tinggi.

Dan orang-orang yang hidup dalam trauma, bertahun atau belasan tahun lamanya, tanpa dia sedar, ada masanya, akan punya satu pembawaan atau kepekaan atau tindakbalas yang sebati dalam diri. Terbina di bawah sedar. Terbina atas rasa sukar. Terbina untuk menjadi satu benteng mempertahankan diri selagi wajar.

Ah..tak tahu bagaimana harus diletakkan umpama bidalan. Mungkin boleh diibaratkan macam seorang konsultan perubatan(pengkhususan Diabetes Mellitus) yang cengilnya Ya Rabbi Tuhan,sinikal tahap gaban dan langsung tak disukai oleh rata-rata pelajar sedang dengan pesakit-pesakit,lembut dan mesranya kalah jelitawan. Rupa-rupanya bila dikaji tilik semula,pembawaan diri yang sebegitu rupa adalah kerana tidak mahu pelajar-pelajar leka dan sambil lewa.Kelak nanti menyesal kalau tak mampu selamatkan nyawa. Macam beliau,yang hilang Ayah sendiri kerana sakit kencing manis(Diabetes mellitus). Faridahanum kalau nak bagi contoh tu bagi yang luar dari bidang medic tak boleh ke?

Oh..mungkin boleh diandaikan seperti mangsa-mangsa bencana alam yang berpantang maut sebelum ajal. Tsunami contohnya. Di layangan minda akan kukuh terpahat imej-imej dahsyat yang terus-terusan dimainkan secara visual. Jadi tak mustahil dan seharusnya diterima akal kalau reaksi orang-orang ini kelihatan berlebih-lebihan saat loceng amaran Tsunami dibunyikan untuk kedua kalinya. Mereka yang akan jadi lebih laju larinya dan lebih tangkas siaganya. Atau perlu aku tulis tentang Tragedi Sabra & Shatilla hampir 30 tahun lalu? Yang traumanya dirasai setiap muslimin yang menyayangi saudara seakidahnya atas nama Allah. Yang menjelaskan kenapa sukarnya untuk dunia Islam memaafkan Zionis. Namun kita diuar-uarkan pihak sebelah sana sebagai bertindak balas secara ekstremis ke atas seluruh anak bangsa Ariel Sharon.

Malam tadi aku dikejutkan oleh denting jatuh sebatang pensel kayu dari letak baringnya di atas meja. Nyaring. Tak mampu aku terus lena pada bunyi sebegitu sedang geser langsir pada gelungan rel tatkala diusik angin semilir saja sudah mampu buatkan mimpi indahku menyingkir. Pernah juga aku dijagakan dek lenyapnya bingit pusingan bilah-bilah kipas saat elektrik tiba-tiba keputusan bekalan.[oh,India memang selalu sambut EarthHour.LOL]. Aku pun bingung,sebingung teman yang pernah mampir ke bilik untuk kejutkan aku dalam gelap Subuh dan sudahnya terkejut ternganga kerana saat dia terjegul di muka pintu yang sedia terbuka aku sudah lebih dahulu bersuara bertanya "Tikah ke?" "Siapa?"


Pembawaan diri....tindakbalalas...kepekaan....Kita-kita yang terpilih untuk punya itu. Mungkin dirasa malang pada awalnya tapi di hujungnya kau mengecap tuah kasihNya juga.Aku kira aku perlu bersyukur kerana   masih dijaga olehNya dan dijagakan untukNya supaya mengadu hanya padaNya.Apa sahaja...Hatta trauma yang berbelas tahun lamanya. Nah,sekarang kau masih lagi mahu mempersoalkan takdirNya. Bukankah Dia telah berjanji setiap satu kejadian ada hikmahNya. Dan ..... 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan yang sesuai dengan kesanggupannya" (2:286)


Friday, April 15, 2011

Siri 30 : Islamnya Seorang Aku

Assalamualaikum. Hari ini,aku nak menulis tentang Islam yang aku tahu dan faham sepanjang bernafasnya aku hingga hari ini. Idea untuk menulis petang ini bila terkenangkan perbualan dengan teman rapat masa lepak-lepak minum petang,hampir setengah tahun lalu,mungkin. He knows that I'm very fascinate about scientific facts that can be found in the Holy Quran so he kinda asked me like this,

"Kalaulah satu hari kan, dengan teknologi yang makin canggih ni,kita dah boleh cipta macam-macam sama sebiji macammana yang Allah ciptakan,agak-agak Anum nak stay dengan Islam ke?"

Aku pintas dia dulu "Eh,hari tu pesan cakap Allah tak suka bila kita guna kalaulah ,kalaulah, if, if"

"Itu dalam konteks lainlah.Itu bila macam nak menyesali nasib and tak redha dengan takdir Allah,yang banyak macam dalam drama-drama Melayu tu memang tak bolehlah.Aish,sambung balik soalan tadi ni.Sekarang tengok sendirilah.Ada IVF [Bayi tabung uji]. Ada benih untuk buat awan dan hujan lagi. Kalau ikut logiknya,tak mustahil 10-20 tahun lagi lagi hebatlah kan.Kalau Anum hidup lagi masa tu,nak stay dengan Islam tak?"

JAWAB KAU JAWAB. Toink.

Logik. Memang..tak mustahil boleh jadi macam itu.Dan untuk beri jawapan "Tak akan ada yang sesempurna penciptaan Allah" pada aku adalah satu jawapan orang pemalas dan langsung tak menjawab soalan. Jujur,masa zaman kejahilan dulu,memang aku rasa jengkel bila orang bagi jawapan selamat macam tu. Tambah bila dengan sedikit ilmu yang kau ada,kau pun tahu yang bayi IVF tu cukup sempurna serba-serbi kejadiannya. Aku rasa,seorang doktor atheist yang ilmu perubatannya dah tahap tertinggi tak akan terima hujah tu. Apatah lagi pakar-pakar yang dah berjaya buat benih awan dan hujan. Kan? Jadi,aku tanya semula pada dia..

"Pernah baca tentang Tom Cruise dan Scientology?" *geleng kepala*

Scientology adalah agama yang diasaskan di US sekitar tahun 1950-an dan antara selebriti yang mengikut fahaman ini termasuklah Tom Cruise dan isteri,Katie Holmes, John Travolta dan Lisa Marie Presley. Pengasas dan penganut-penganutnya percaya bahawa manusia asalnya adalah satu bentuk kejadian roh yang kalis pada kematian(immortal) serta mempunyai dalaman suci dan baik serta keupayaan kreatif yang tidak terbatas sama sekali. Alam ini wujud bilamana roh-roh sama-sama setuju ianya wujud. Tapi pada satu ketikanya,kebergantungan roh-roh kepada alam (yang asalnya tadi wujud sebab manusia mahu ianya wujud) terlampau tinggi hingga mereka sedikit demi sedikit hilang kemurnian dan kemampuan yang tak terbatas tadi.Maka jadilah mereka satu roh yang terperangkap dalam jasad [manusia] tanpa tahu hala tujuan sebenar. Dan bila jasad itu mati, roh akan terus hidup dalam jasad yang lain pula. Para penganut Scientology percaya bahawa diorang seharusnya mempunyai kawalan penuh atas jasad manusia yang diorang tumpang ni. Dan untuk memastikan tiada noda-noda jahat yang mempengaruhi jasad tu,ada masanya diorang menghadiri sesi kaunseling dan menjalani ujian yang dinamakan E-test. Semasa E-test, cas elektrik dalam jumlah yang tidak memudaratkan akan dialirkan pada tubuh untuk mengenalpasti jumlah rintangan elektrik yang wujud dalam jasad tu.Mengikut penjelasan ilmu Sains Fizik, jasad kita memang ada cas-cas tertentu. Dan kita pun selalu dengar, you are what you eat. Sains perubatan sendiri dah jelaskan,bila kita gembira badan hasilkan sejenis bahan kimia bernama endorfin. Bila kita terkejut,sedih,marah, letih semuanya ada tindak balas kimia dalam badan yang secara tak langsung akan ubah cas-cas dalam badan kita. Jadi para penganut fahaman Scientology percayalah dengan cara menyingkirkan cas-cas tak baik ni, diorang akan capai semula kemurnian spiritual dan juga kemahiran tanpa batasan tu.

Teman dah berkerut. "Apa kaitan pulak ni?"
"Dah awak tahu pasal Scientology saya ceritalah!"
"Laaaa...tak jawab soalan langsung. Surrender je la eh?"
"Apa pulak...Poin saya mudah saja.Yang saya jelaskan tadi asas kepada fahaman Scientology. Yang bila sekali kita baca macam berbelit-belit pelik susah nak faham. Tapi penganut dia relax je percaya apa yang dia percaya macam tu. Memang tak nafikan, saya kagum gila dengan bukti-bukti saintifik yang terpampang dalam Quran. Sains ialah Islam. Tapi Islam bukan sains." 



Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah. Dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya

Bukan sains semata-mata. Asas kepada Islam bukannya ilmu sains tu. Kita ada rukun Islam,rukun Iman, Ihsan. Syahadah saya itu pegangan asas saya dalam Islam.Itu akidah aku. Kita wujud untuk beribadah. Apa yang terkandung dalam Quran tu digunakan untuk memantapkan lagi syahadah dan menggalakkan ibadah kita pada Allah.Sekadar menciptakan sesuatu yang menyamai ciptaanNya,belum cukup untuk menggugah syahadah aku,InsyaAllah.Dan kalau aku sekadar bercakap sebagai orang Sains,aku boleh kata bayi IVF dan segala macam ciptaan hebat sekarang ni memang menyamai ciptaanNya, tapi sebab aku ni Orang Muslim Sains,aku pun tak pasti ciptaan itu sama ke tidak sebab otak dan pancaindera aku yang Allah bagi ni setakat mana je lah boleh pergi dan nampak kan? *senyum*

Kembar IVF ni aku panggil kenit-kenit. Rindu aish!Jun cepatlah datang!

Dan satu aku pesan,akan sampai satu ketikanya, segala persoalan kau pada kekuasaanNya tidak mampu diperjelaskan dengan logik. Dan bila kau sampai ke titik ini,ketahuilah yang logik hanya boleh diperjelaskan oleh akal. Dan akal yang Allah anugerahkan pada kau adalah pada kadar yang terbaik dan termampu untuk kau tangani sahaja. Cukup sampai di situ,jangan pergi lebih jauh sampai nanti kau tercampak jatuh.Kadang-kadang kita tak sedar,aku faham itu. Yang aku boleh nasihatkan,perbaharuilah syahadah kalian selagi mampu. Aku pernah berdiri goyang pada titik goyah itu......

Thursday, April 14, 2011

30


~ "Nothing you confess could make me love you less" ~

Sunday, April 10, 2011

< 261 > Kisah Penglipurlara

Ada seorang penglipurlara. Hidupnya penuh cerita,dia rasalah. Jadi dia pilih untuk bercerita. Cerita sahaja apa yang dia suka dan kira boleh dicerita pada khalayak awamnya. Ceritanya tak disampai melalui bicara lisan tapi pada satu persatu abjad yang diletak pada sekian-sekian susunan. Dia pun tak sedar sebenarnya dah terlalu lama juga dia bercerita pada entah siapa-siapa yang membaca. Kadang-kadang dia risau fikirkan kalau-kalau dalam kalangan pembacanya ada yang tidak suka pada ceritanya lantas nanti dia dipulau. Atau dituduh sasau dan segala macam -au -au lagi. AUUUWWWW!!!! Ada masanya dia fikir mahu berhenti dari berkongsi,tapi kemudian nanti kalau dia hidupnya sunyi,hatinya sepi, ke mana mahu dia lari pergi? 


Penglipurlara mulanya dulu bercerita secara sembunyi-sembunyi. Di kamar sendiri yang berkunci. Sekadar melepas lelah dan rindu di hati. Pada kasih yang tak sudi. Pada cinta yang telah pergi.Sekadar untuk handai taulan kesayangan.Yang tidak jemu meminjamkan telinga bila penglipurlara bercerita, meminjamkan bahu bila penglipurlara menangis sehabis mahu. Yang mahu penglipurlara terus melangkah gagah. Yang menghulur semangat kuat.Kata orang, kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih sahabat? Rela saja bila kain baju dibasahkan air mata dan hingus yang mengalir lebat!HAHAHAHA.


Melewati setahun..Penglipurlara makin besar. Penglipurlara mahu keluar. Cinta lama bukan lagi subjek utama. Penglipurlara mahu bercerita pada dunia luar. Tidak tahu sama ada itu bakal jadi satu tindakan bijak atau tindakan budak. Hari ke hari, dalam cerita seloka, ada yang terhibur sama. Dalam titipan rohani, ada yang ikut berkongsi. Dalam keluh letih,ada yang menghampar ucap sabar. Dalam hujah pendapat, ada membalas pedas. Dalam botol ada apa?Hah,yang itu tanya Raja Azmi lah.HAHAHA. Yang pasti, penglipurlara mahu terus di sini,tidak mahu berkalih lagi. Sampai bila?Penglipurlara pun tak pasti.


Semalam,penglipurlara senyum dalam keterharuan saat sembang panjang dengan pembacanya yang lama menghilang.Yang punya jiwa menawan seorang sukarelawan. Yang penglipurlara pernah sangka hilang ketika berpergian di Haiti membantu mangsa gempabumi. Dulunya bujang kini dah beristeri, dulunya gemuk sekarang tambah 5kg!HAHAHA. Dulunya di UK, sekarang dah di Kuwait, entah bila nak balik menetap di Malaysia oiii. Dulu cakap Melayunya tunggang terbalik, sekarang bangga gila sebab dah reti guna perkataan "merisik".TOINK! Katanya,terima kasih pada si isteri-yang sudi tinggalkan kerja mengikut suami,di senggang masa internet dilayari, dan "blogwalking" macam dah jadi hobi. Sudahnya isteri ketemu penglipurlara yang masih bercerita tanpa jemu. Penglipurlara yang sentiasa ingat setiap susuk makhluk yang pernah masuk menjenguk membaca cerita yang disampai penuh khusyuk. Penglipurlara yang hingga ke saat ini  masih canggung dengan canggihnya teknologi,hanya mampu memulangkan kagum dan syukur pada yang selayaknya.

Hari ini,penglipurlara cuma mahu mengucap salam sayangnya pada semua pembaca. Sama ada pada yang dah layak digelar sang setia atau sekadar singgah tanpa jejak dan nama. Mahu semua tahu yang berharganya kalian kalah si berlian.Sebab penglipurlara lagi suka emas putih dan platinum.HAHAHA.Tapi percayalah, setiap satu kalian fi'ilnya berbeza dan istimewa. Baik AJ Nismihan, Larasephia, Naz ataupun Cimot. Raja & Isteri. Hamzah Ian & Cikgu Imanshah apatah lagi! Serta juga rakan-rakan yang penglipurlara pernah bergaul hebat, berpelukan erat dan bergandingan rapat..Semuanya..

"Semoga hidup kalian dilimpahkan berkat,mati kalian dalam rahmat, dunia kalian terhindar maksiat dan akhirat kalian beroleh syafaat.Amin."

Esok,jika cerita penglipurlara tiada lagi, saat nafas terhenti dan jasad dijemput Ilahi, penglipurlara cuma mohon kirimankanlah doa seikhlas hati.Ah,adakah yang sudi? 

TEEEETTTTTTTTTTTTTTTT! Okay,dah..pergi sambung kerja lain. Sayang selalu.

Saturday, April 09, 2011

< 260 > Terbuka atau Tertutup

That was it.Still fail to write a new journal yesterday. Still on the way to the finishing line.TOINK! But this one entry should go first.

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 55,AYAH! He's currently in Sabah for a course. Lets hope that Mama and my brothers back home is preparing something fun and funny for him when he gets back tomorrow.

Ayah handsome!

Hari ini macam nak mengomel sikit pasal Facebook, Twitter etc. Their users,to be more specific. Mungkin apa yang aku nak cakap ini berbezalah pendapatnya dengan korang. Tapi, ini masih pendapat akulah kan. 

Al-kisahnya bermula bila aku selalu tengok orang tulis dekat Facebook "Tak payahlah nak expose semua benda kat wall post FB"...."Kalau mende2 camtuh pm je la"...."hantar kat inbox sudah,tak payah nk bagi satu dunia tahu"

Kadang-kadang aku tak nafikan lah. ada je sesetengah status Facebook kawan-kawan sendiri yang aku meluat loya tekak rasa nak muntah darah bila baca. Tapi itu yang jenis kadang-kadang. Ah,Faridahanum kata orang,dia pun 2x5 saja. Kalau yang selalu sangat status dah pelik-pelik, dan emo-emo macam sifat tu datang bersama genetik, dan buat ko rasa jelik, kan ke ada butang "X-Hide all from Minah/Mamat Emo" untuk ko klik? Wahhhhh,it rhymes pulak! Sebab bukan apa,bila ko pun komen tentang orang lain emosi,sudahnya ko pun kedengaran emosi sekali. Dan sekarang aku ni pun dah sama emosi,okay.

Kalau aku, mengambil pengajaran dari peristiwa yang lepas-lepas masa zaman kurang matang dan bercinta secara tak matang dengan orang yang sama kurang matang juga, selalulah menghantar testimonial yang mengada-ngada bagi satu dunia baca. Masa itu zaman Friendster lagi.[So you can imagine la kan how many ages back]And undeniably, memang kurang matang berbanding sekarang ni. Sekarang ini bertekad tak nak over exposed dan bagusnya,belahan jiwa[awwwww] pun memang orang yang pemalu dan perahsia.HAHAHA!  No mushy mushy lovey dovey thingy publicly.Heh,privately pun macam susah je.HAHAHAHAHAHA.

Kalau ikut cara aku,aku suka tulis dekat wall post saja kalau nak bertanya khabar atau updates. Private message yakni mesej ke inbox tu memang aku reserve untuk hal-hal yang sangat privasi.Kadang-kadang dengan super duper bestfriend la selalu macam tu. It's funny sebab at the very same time kitorang tengah berwall post pasal benda-benda yang to us,very the silly one. Sekadar nak jadi bahan ketawa dan tak kisah pun kalau orang lain baca.  

Lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan lelaki la kan. Memang aku selalu tulis dekat wall diorang je. Contoh macam "Eyh pakcik,apsal blog ko tak boleh komen r?menyampah!" . Sesetengah orang mungkin tak nak orang lain fikir yang dia ni jenis wild. Banyak sangat kawan lelaki. Tapi to me,there's nothing to hide from the world. Kalau dah betul kawan,kawan je lah.And one more thing, I just feel that it's so wrong to have so many guys'messages in my inbox. Tambah bila aku memang ramai kawan lelaki. Kalau private private message ni seolah-olah mempunyai hubungan sulit yang mahu disorokkan dari khalayak awam je. At the same time,aku tahu jugalah diorang ni dah ada awek ke,tengah kejar seseorang ke, baru putus cinta ke. TOINK! Jadi aku sesuaikan jugalah dengan kehendak dan jiwa raga orang sekeliling. Tapi hurrmmm...itulah,kita bukannya boleh puaskan hati semua orang kan?

Dah,aku pun tak tahu apa motif aku tulis macam ni. Entah korang faham ke tidak apa yang aku cuba sampaikan. Pucuk pangkalnya, namapun jaringan komuniti sosial. Terpulanglah cara masing-masing nak bersosial kan. Jangan sampai sial sangat sudahlah.Agak-agak,korang jenis yang macam mana kalau bersosial? 

After all,that's my personality and characters.Gedik ke, sharing,caring,loving ke. Every person defines it in their very own way.You must be having one. When you differ,I just respect it.[and quickly hit the X button when it's nauseating me]

Hospital time..Till next time.Toodles!

Friday, April 08, 2011

Menoleh dan Terus Melangkah

Alhamdulillah..Sebenarnya bila tak ada kelas pagi ni,aku bercadang nak menulis jurnal jumaat. Sekali bila belek, dah nak masuk tulisan ke30 pun edisi jurnal di ruang blog aku ini. Aku terdiam. Satu,sebab tak sangka. Memang kalau diikutkan perancangan awal, jurnal-jurnal itu patut jadi tulisan mingguan aku. Tapi disebabkan kekangan masa dan peristiwa, ada masanya aku tak menulis. Maaf. Tapi mencapai ke angka 30 memang dikira banyaklah juga kan?

"Between 11 and 15% of patients experience moderate chest pain and shortness of breath."

Dan Dua,diam aku lebih lama bila memikirkan aku masih bernyawa dan menulis di sini. Alhamdulillah,masih bernafas, walaupun ada masanya, dada rasa macam sangat sempit nak bernafas dan nak tidur pun takut bila fikirkan esok pagi buka mata aku dah bukan berada  di dunia. Aish..Faridahanum dah mulalah drama sebak sebabak dia. Jujur,sebab utama aku ambil keputusan untuk menulis atas label jurnal jumaat setahun lalu adalah lepas dapat diagnosis mengejutkan dari doktor.

Mengejutkan,hingga perkara pertama yang ayah kata bila Along terangkan letak duduk sakit aku, ayah kata "Doktor kamu ni menipu". Mama suruh balik Malaysia. Susah untuk diterima bila kata mereka,dari kecil aku ni sakit hanya setahun sekali, itupun bila nak hampir ke birthday. Sakit nak membesar kata Ayah.HAHAHAHA.*ok,aku gelak tipu.chill la korang,please?*

"...complications include mitral regurgitation, infective endocarditis, congestive heart failure, and in rare circumstances, cardiac arrest, usually resulting in sudden death"

Tapi itulah, looking on a bright side, on hikmah di sebalik Qada' dan Qadar Allah, aku mula betul-betul melihat kematian itu sebagai satu perkara yang pasti dan boleh terjadi bila-bila masa hence, persiapan itu dah kena mula,pada masa itu dan detik itu juga.Maka, here I am.Menulis dan berkongsi serba sedikit pasal ilmu agama. Ada masanya,memberi kupasan atas tulisan ilmiah orang lain dari sudut pandang aku sendiri. InsyaAllah, bilamana ilmu itu dimanfaatkan oleh seorang dua yang singgah di sini, dapat juga bekal saham untuk aku.

Aku jarang nak bercakap pasal ini sebab mungkin kerana aku lebih gembira hidup in denial, kata sesetengah orang. Entah,mungkin aku kena guna ayat cliche, you're not in my shoes. Susah, sebab macam aku katakan tadi, dari kecil aku memang jarang sakit. And I think I lead a very healthy and active life. Dan sebab itu pada kunjungan emel yang bertanya lebih lanjut,aku lebih suka membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan.Maaf aku pohon di situ.

"One study suggested it in up to 38% of healthy teenagers"

Kawan-kawan di sini pun tak ramai yang tahu. Aku lebih suka begitu. Sebab aku tak mahu ada diskriminasi dan simpati. Nanti orang akan selalu cakap macam, "Kau sakit,jangan buat itu jangan buat ini" . I've seen it and I hate living like that. Ye,tak nafikan kadang-kadang tindakan itu makan diri sendiri. Macam apa yang jadi masa final netball MaKSIMa hari itu. Lawan pula dengan intern doctors yang mata-mata semua dah cekap untuk tengok something is wrong just by first look. Ramai datang kat aku suruh aku berhenti je sebab tengok aku teruk sangat. Yang super risau was Kak Wani. Sebab obviously,she knows everything, and because she knows Faridahanum memang super degil. Minggu tu memang sangat mencabar kekuatan fizikal dan jantung tapi nak main juga walaupun potensi nak kena heat cramp, heat shock memang tersangatlah tinggi. Tapi masa tu aku fikir positif,apa-apa nak jadipun, atas padang tu ramai doktor dan hospital sebelah je. HAHAHAHA.



And even worse than that, ubat doktor kasi pun aku jarang makan. Lagilah teruk Kak Wani mengamuk.  Dah setahun tapi ubat tak habis-habis juga aku makan.Entahlah...sebab tahu makin lama dan makin tua memang akan jadi lebih teruk. Itupun kalau sempat tua lah. Jadi ubat tu lebih kurang nak perlahankan komplikasi masa tua nanti serta juga nak menyenangkan hidup aku. Sebab kalau orang takut,badan aku rasa double takut. Kalau orang terkejut, badan aku rasa double terkejut. Badan aku selalu kena kerja lebih.Tikah,aku rasa sebab inilah kot aku kalau terkejut reaction mesti over pastu nak kembali pada normal state macam lama. HAHAHA,kelakar lah pulak.

Inipun jenuh aku mencari kat mana aku letak.Adeyh!

Oklah.dah nak kena pergi posting hospital ni. Nanti petang InsyaAllah aku tulis jurnal sikit. Edisi istimewa ke. HAHA. Dan macam dulu,aku tutup ruangan komen untuk entri ini. Simply because,this much only I can share. Sayang selalu. Dan jangan lupakan aku dalam bait-bait doa kamu. Salam.

Wednesday, April 06, 2011

< 259 > Sotong Bersalut Tiram

Hello!Chef CincaiCincau kembali lagi setelah hampir seminggu ketiadaan internet. Tekanan sungguh. Nak berbual-bual terbang ke bulan memetik bintang pun kena berkira masa dan wang ringgit. Kalau pakai Skype sampai Subuh pun tak apa.HAHAHA.Motif dan kaitannya dengan sesi DariDapurDokter,apakah?

Habis dah meluahkan perasaan. Kali ini aku nak kongsikan menu yang dimasak guna satu bahan yang aku rasa layak dipanggil a kitchen magic,yakni Oyster Sauce atau nama lebih mesra Melayunya,Sos Tiram.Yeay!

Menu kali ini mudah kacang nak mati,atau orang putih cakap chicken easy.Ek?Macam tak je..Sebab aku nak masak sotonglah kali ini..Langkah-langkahnya seperti di bawah ya tuan puan

1) Gaulkan sotong bersama serbuk kunyit.Agak-agak setakat nak bagi warna saja.Jangan kau hangguk taruh sekilo serbuk kunyit padahal sotong setakat segenggam bayi 2 bulan je.

2) Gorengkan sotong sekejap dan angkat letak atas pinggan bertisu. Dulu aku rasa orang kaya poyo saja yang nak menghabiskan duit beli tisu semata-mata untuk serap minyak dari makanan. Ye la,mama dekat rumah masak cekodok ke cucur ke letak atas suratkhabar je.HUHU. Tapi sebab aku pun dah kaya duduk India ni mementingkan pemakanan yang sihat,aku pun dah ikut sama guna tisu-tisu ni.
Gila kau...minyak!kalori!OMG!!!ok,over je description.

3) Bila dah angkat semua sotong tu,buangkan sikit minyak dari kuali ke mana-mana bekas simpanan minyak yang ada kat rumah korang. Tapi kalau kau memang super kaya,boleh saja buangkan semua minyak tersebut dan gantikan dengan minyak yang baru,agak-agak sesudu besar pun dah cukup sebab langkah seterusnya ialah menumis adik-beradik bawang,macam biasalah kan.HEHE.

4) Ingat tema dapur kita? HIJAU! jadi,kali ini guna capsicum ataupun nama lainnya cili bulat,kot??? Agak-agak lepas tumisan tadi tu dah naik bau yang semerbak,bolehlah masukkan capsicum tu. Pastikan kau sabarlah nak tunggu naik bau tu. Aku rasalah kan,ibu-ibu sedunia ni develop sifat penyabar diorang dari dapurlah. Nak tunggu naik bau ni pun sikit punya makan masa.HOHO.


5) Kacau-kacau sikit bagi agak masak. Selalunya sayur-sayur ni aku tak bagi peluang lama sangat duduk dalam kuali. Nanti vitamin-vitamin semua terurai dek haba-haba makanya tak ada gunalah sayur itu melainkan untuk mengembungkan perut sahaja. Lepas 2-3minit ke,kau masukkan semula sotong tadi diikuti dengan sos tiram. Sos tiram aku kalau kat Malaysia memang tak lain tak bukan cap Kimball. Kalau dekat India ni,mungkin cap Pantai lah yang rasa nak hampir sama.

6) Gaullah semuanya sehingga sebati dalam kuali[ayat durjana lagi]. Tak payah tambah garam sebab sos tiram punya rasa masin manis tu dah cukup la pada aku. Pesanan dokter, kandungan garam yang tinggi dalam pemakanan boleh mengundang masalah tekanan darah yang tinggi seterusnya komplikasi kepada jantung dan buah pinggang dalam jangkamasa panjang. *senyum*


Kepada yang teringin mencuba menu cincai ini,ChefCincaiCincau ucapkan selamat mencuba! TOINK!


Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman. Ah,senyuman itukan satu sedekah juga! *senyum*

Saturday, April 02, 2011

< 258 > Kisah Anak Beranak



Now tell me how could I not miss them?

And that slippers are an epic dowhhhh!

Tapi along,anda sah seorang loser..Mama memang jangan cakaplah kan..HAHAHAHA

Friday, April 01, 2011

Siri 29 : Khitbah

Assalamualaikum.Lama sekali tak menulis di ruangan Journal Jumaat ni.Maaf pembaca sekalian. Alasan kekangan masa mungkin sukar untuk diterima memandangkan entri aku berderet-deret saja kebelakangan ini. Jujurnya,di ruangan ini selalunya aku kongsikan mana-mana bacaan ilmiah yang aku temui dari internet bersama sedikit kupasan pandangan aku sendiri. Jujur lagi,untuk hampir 2 bulan ini bacaan aku banyak tertumpu pada isu munakahat yakni nikah kahwin.Rasa sedikit seganlah nak kongsikan sama anda semua. Bimbang dikata gatal, tak sabar-sabar dan seumpamanya.HAHA.Bukankah itu persepsi masyarakat walaupun bila aku fikikkan kalau tengok IC umur dah nak masuk 22.Dah lama lepas umur juvenile. Kalau dari segi sains perubatan pun,umur yang hormon memang tahap aktif dan efektif.Tak salah kalau dah mula meluaskan pengetahuan di samping mempersiapkan diri kot.Ehem.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan ..

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .
Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
Mengurangkan kerenah birokkrasi yang menyulitkan
Kursus dankhidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan secara percuma
Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu Suami,Isteri,Saksi, Wali, Aqad.[SISWA]
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
Masih menuntut di kolej atau universiti
Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumah tangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [
halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour
dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran
Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [
jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.
Disediakan Oleh
Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat

DIPEROLEH DARI BLOG PUAN SITI HAWA

Hurrmmmm..jelas sejelas-jelasnya sudah apa yang cuba disampaikan oleh artikel ni. Kalau dilihat situasi sekarang inipun,ramai rakan yang masih muda[kalau mengikut perkiraan orang -orang tua] terutamanya yang menuntut di luar negara dah pun mendirikan rumahtangga.Aish,nanti kalau aku kahwin tiba-tiba orang kata aku nak ikut trend pula.TOINK.Bukan macam itulah..Itulah kita,terlampau nak fikir apa orang kata,apa orang akan kata.ALLAH kata tak nak kira pula???Jangan ingat aku seronok-seronok letak entri Ipod pink seminggu sekali tu aku tak fikir langsung pasal dosa.Kadang-kadang aku fikir kalau aku mati hari ini dan nanti Allah tanya kenapa tak percepatkan perkara baik, aku tak sanggup nak bagi jawapan "nak habiskan belajar dulu" sebab rezeki,akal,untung aku hari ini semua datang dari Dia juga.Dan dalam setiap istighfar dan doa,aku masih pohon harapan agar semuanya dipermudahkan. Dipermudahkan oleh Allah dan dipermudahkan oleh orang-orang yang aku limpahkan taat sesudah Dia,tak lain tak bukan haruslah MamaMamaMama&Ayah.Amin.

Taat Hang Tuah pada Sultannya tidak bertepi,taat hamba pada TuhanNya tiada bertapi.

Dah April pun....Agak-agak manusia-manusia yang sebarkan cerita aku kahwin bulan Mac tu kena minta maaf dengan aku tak?