Friday, May 27, 2011

Siri 33 : Aku ada kerna Kau ada

0230hrs,Mangalore,27052011

Assalamualaikum...tak tahu dari mana hendak aku mulakan tulisan hari ini.Larian jemari pun seakan masih lemah dalam esak tangis sendiri sedang diri mahu berkisah pada sekaliannya. Ini barangkali bukan tulisan jurnal untuk hari jumaat yang selalu-selalu aku tulis. Lebih pada jurnal peribadi aku hari ini.

Sewaktu entri ini ditulis,aku sepatutnya sudah lena setelah selesai ulangkaji untuk peperiksaan yang bakal berlangsung minggu hadapan. Di minggu-minggu peperiksaan ini selalunya aku tidur sejam dua selepas maghrib dan kemudian bangun untuk Isyak dan mulakan ulangkaji. Dengan limpah taufikNya, akan aku kerjakan solat-solat sunat setakat yang terdaya sebelum tidur.

Tadi....sebermula dari takbir Tahajjud,aku sudah merasa kelainannya. Selalunya,belum sudah doa iftitah pun, peluh akan mula merenik di tengkuk dan mula menitik-nitik tanpa sempat aku sudahkan Al-Fatihah pun walaupun kipas siling berputar laju atas kepala.India,di musim panas begini,biasa saja suhunya mencecah hingga 42 selsius.

Tapi malam ini...lain.Tak adalah sejuk semacam..cumanya,seolah-olah peluh-peluh pula yang tak mahu keluar..Malas nak ambil pusing,Tambah pula bila hal begini sebenarnya lebih menambahkan keselesaan untuk bersolat,jadi aku teruskan solat macam biasa. Usai Tahajjud,aku bangkit lagi untuk melanjutkan Taubat aku padaNya. Aku raup wajahku usai memberi salam dan tiba-tiba mata aku tertancap ke pemandangan malam yang sempat mencuri ruang di antara 2 helai langsir tingkap aku.

Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian aku.Kelompok-kelompok awan yang aku lihat melakari dada langit malam ini aneh tapi unik.Letak duduknya bagaikan mengintai di antara dua helai langsir tingkap aku.Macam kepul-kepul asap pun ada..Aku ingat lagi,aku diam lama tadi, tanpa sempat pun aku tadahkan tangan untuk berdoa,cuba meraih ingatan aku pada sesuatu..kerana aku kenal sangat lakaran itu....Tapi masih aku berdolak-dalik dengan tanggapan sendiri. Apa kes pulak orang macam aku nak dapat tengok benda-benda camnih?

Aku bangun lekas terus ke birai tingkap. Sekadar mahu pergi melihat lebih dekat.Tahu-tahulah bila dah rabun jauh ni kan.Aku selak sedikit langsir dan....subhanallah...aku terkaku dan terpaku...Seminit,mungkin dua minit.Entah!Aku perhatikan lagi betul-betul,mungkin aku ini berilusi atau cepat sangat membuat andaian. Macam aku cakap tadilah,apa kes pulak orang macam aku nak dapat tengok benda-benda camnih? Tapi..bila aku mendongak ke langit tinggi,aku lihat awan-awan di atas sana berkelompok-kelompok dan tebal.

Dan hanya lakaran awan yang satu ini sahaja yang berada pada paras lebih rendah.Dan kelihatan nipis juga... 

Dan.....cantik sangat awan itu melakarkan kalimah agung Alif-Lam-Lam-Ha...ALLAH...

Satu,dua,tiga....laju saja aliran yang memecahkan empangan mata aku malam ini.Lama aku berdiri di situ.Hanya diam memerhati kalimah agung. Satu saatnya,aku rasakan seolah-olah kalimah itu dan seluruh alam bagai bersatu membisikkan ke dalam minda aku sebaris kata-kata "AKU ADA DI SINI"....sayup-sayup...hinggalah kemudiannya aku tersedar bila ditampar bayu malam yang datang sekilas entah dari mana,tapi sejuk sekali. 

Subhanallah...MasyaAllah...Alhamdulillah...LailahaillAllah...

Aku gegas mahu pergi mencapai kamera.Mahu merakam momen indah itu.Indah yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.Tersangat indah.Tapi aku sendiri buntu bagaimana nak gambarkan pada semua. Tapi malangnya,saat aku menghalakan lensa...lakaran tadi telah tiada.Dan awan-awan tadi kelihatan seperti awan-awan biasa,telahpun terselindung di sebalik bangunan apartment sebelah.

mengintai di sebalik tirai kamar

Tidak berjaya terakam di lensa,tapi kekal terakam di kotak minda.....Tiada bukti untuk buat kalian percaya cerita ini.Tak mengapa...sebab aku menulis kerana aku mahu.Dan aku tahu setiap dari tulisan aku ini akan dipertanggungjawabkan kepada aku di akhirat kelak. Dan...aku menulis kerana aku mahu menulis. Tiada apa yang aku perlu buktikan pada siapa-siapa pun.

Assalamualaikum..

Thursday, May 26, 2011

36


A for Allah-Yusuf Islam
Encik-nya dalam perjalanan ke Bangalore untuk menghadiri program bersama DR.MAZA
Dan Cik-nya sedang bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk peperiksaan minggu hadapan.
Semoga Allah permudahkan semuanya.

Sunday, May 22, 2011

< 268 > Testosterone Testarossa


Thomas Beatie kelihatan sama seperti lelaki lain. Bermisai,berjambang,berdada bidang tanpa sebarang "bukitan". Sekilas pandang atau dua tiga kilas pandang pun anda pasti melihatnya sebagai seorang lelaki biasa. Namun tahukah anda yang Thomas Beatie pernah memenangi gelaran Ratu Cantik Hawaii? Bukan sebarangan gelaran ratu cantik macam Ratu Cantik Pondan dekat Thailand ataupun Ratu Cantik Nyah dekat Pahang yang jadi kontroversi sangat baru-baru ni.Si Thomas Beatie ni memang pernah menang gelaran Ratu Cantik Hawaii masa dia bergelar perempuan yang bernama Tracy Lagondino!

Macam Acha Septriasa pun ada.LOL

Walaupun dah dinobatkan antara wanita tercantik yang pernah dimiliki Kepulauan Hawaii, Thomas sendiri sebenarnya meragui adakah jiwanya seiring dengan fizikal yang Tuhan dah anugerahkan. Sampai satu saatnya,dia yakin yang sebenarnya dia lebih berjiwa kelelakian lantas mengambil keputusan untuk melakukan pemebedahan penukaran jantina.Setelah pembedahan yang membolehkan dia beroleh organ utama lelaki,dia meneruskan terapi hormon "jantan" testosterone yang menggalakkan pertumbuhan misai,janggut dan beberapa karakter sekunder lelaki yang lain macam...bulu dada...err..bulu bulu bulu je yang aku tahu ni macam mana?LOL. Terapi hormon tersebut turut menggalakkan perkembangan otot,kepadatan tulang serta turut menyebabkan suara lelaki kedengaran garau.Ghau Ghau bunyinya!HAHAHAHA.

Pembedahan penukaran jantina tidak mewajibkan seseorang itu untuk melakukan (Sterilisation) pemandulan serentak. Ye lah mana tahu,tiba-tiba kau insaf bertaubat nak jadi perempuan balik ke kan?Makanya organ reproduktif wanita yang ada dalam badan Tracy memang tak diusik.Masih ada rahim dan ovari(kilang telur) dalam badan Thomas tapi fungsinya telah dikekang dek hormon tetsosterone. Bukan ada siapapun yang tahu kan?Lainlah kalau semua orang ada mata macam mesin radiologi.Boleh X-ray atau scan tubuh manusia di sebalik pakaian. Jadinya,Thomas/Tracy ni kalau dari segi bahasa memang boleh jadi contoh manusia terbaik untuk digelar luar lelaki,dalamnya perempuan. Thomas kemudian mendirikan rumahtangga dengan pasangannya seorang wanita "betul" bernama Nancy dan mereka hidup bahagia...sekejap.

Hinggalah satu ketika,Nancy disahkan menghidap penyakit endometriosis-sejenis penyakit yang mana tisu normal yang sepatutnya wujud dekat rahim sahaja,tiba-tiba wujud dekat tempat-tempat lain.Macam dengan ovari,payudara,abdomen..Silap-silap haribulan,boleh juga terlepas masuk dalam salur darah dan diangkut ke paru-paru dan otak!Tisu-tisu ni tisu normal cuma berada dekat lokasi yang abnormal. Nak tak nak,tisu-tisu ni akan bertindak balas macam tisu-tisu normal lah. Bila "datang bulan", tisu-tisu ni pun ikut berdarah sekali sebagai respons kepada hormon.Kesudahannya, Nancy menjalani pembedahan pembuangan rahim terus. Maklumat internet tak berapa nak lengkaplah berkenaan hal ini tapi aku suspect yang endometriosis Nancy ni lokasi dia kat ovari so dia buang rahim+ovari sekali. Atau kalau mungkin dia tak buangpun,memang Tuhan jadikan dia memang tak boleh mengandung sebab endometriosis ni antara penyebab utama kemandulan. Macam 2in1 package. Ikut kajian, kalau sesorang ada endometriosis,memang tinggi peluang untuk mandul.


"Wanting to have a biological child is not a male nor female desire,it's a human desire" kata Thomas Beatie. Dan atas sebab itulah beliau mengambil keputusan untuk memberhentikan terapi hormon testosterone yang telah diambil selama 8 tahun. Dan dalam masa 4 bulan,dia sudah mula beroleh kitaran haid macam wanita biasa. (Subhanallah,I always amaze with this one God's creation-our body!) Thomas berjaya mengandung hasil dari pembelian sperma di bank sperma...Hingga ke tarikh ini,mereka dah ada 3 anak pun!Anak ketiga lahir tahun lepas,3Ogos 2010...Oh wait??3 Ogos???What what what?TEEETTT!

Saturday, May 21, 2011

Siri 32 : Hidayah dan Taufiq

Assalamualaikum...

Pernah dulu makcik aku yang seorang ini,Auntie Ana kupanggil namanya, ceritakan pada aku. Petunjuk dan hidayah itu berbeza. Begini, kalau ada yang datang khabarkan kita "Ada ceramah agama di masjid hujung minggu ini",itu petunjuk. Tapi sama ada kita akan pergi atau tidak,itu bergantung pada hidayahNya sebab Allah Maha Mengetahui "secukup" mana kita menghampirkan diri padaNya.Kedengaran payah,tapi pada aku ini teori mudah.Bila kita sentiasa usaha dan sediakan diri untuk pergi pada Dia,walau selangkah,seribu langkah Dia datang pada kita,insyaAllah. Mungkin usaha kita kecil di kaca mata manusia lain,tapi dinilai cukup di sisi Allah,lantas dia datangkan hidayah..dan hidayah lagi. Pokoknya,fitrah manusia itu jangan sekali-kali lari dari mengakui akan adanya satu kuasa yang lebih besar dari dirinya.

Yang selalu kita dengar, hidayah itu petunjuk dari Allah.Aku tak ada masalah juga dengan penyataan sedemikian. Sebab pada aku,petunjuk tu tidak perlu didefinisikan berjela-jela sebab petunjuk-petunjuk memang dah ada di sekeliling kita sejak sekian lama.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan pergantian malam dan siang,terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal" (2:190)

Siapakah orang yang berakal ni?

"iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia,Maha Suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka."(2:191)

ada sambungan lagi yang aku rasa menarik perhatian aku pada ayat 193 

"Ya tuhan kami,sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman,iaitu berimanlah kamu kepada TuhanMu,maka kami pun beriman"

Hidayah Allah datang pada yang mencari.Dan jangan sekali-kali berhenti mencari atau juga berasa cukup sebab sebenar-benarnya,kita tidak akan pernah mengetahui sebanyak mana yang cukup di mata Allah s.w.t. Mungkin satu desis hati yang penuh keinsafan lahir penuh ikhlas dari seorang pemuzik terkenal sudah cukup untuk membuatkan hidayah Allah sampai padanya. Dan kemudian dibukakan lebih banyak hijab-hijab kepada petunjuk-petunjuk yang sekian lamanya telah berada di sekelilingnya. Dengan izin Allah juga,kitaran itu berterusan dan terus-terusan dia nampak petunjuk dan beroleh hidayah.Alhamdulillah.

Tapi mungkin ada juga yang sampai perlu pergi berguru,melompat ke satu demi satu laman blog agama cuba menyelesaikan kekusutan hati tapi seolah-olah gagal dan kehilangan punca.Mungkin belum cukup usahanya di sisi Allah?Wallahu'alam. Dia lebih berhak dan lebih mengetahui akan setiap kejadian hambaNya.

Selesai tentang hidayah.Bagaimana pula dengan taufiq?Kita selalu dengar sesebuah majlis ditutup dengan ungkapan "Wa billahi taufiq wal hidayah wassalamu a'laikum warahmatullahi wabarakatuh". Taufiq kalau dari segi bahasanya ialah "guidance"-macam petunjuk jugakah?Aku lebih kira taufiq itu sebagai pertolongan. Jadi bila kita mohon taufiq dari Allah,maknanya kita mohon pertolongan Allah.Tidak ada isu kenapa kita mohon taufiq dulu baru hidayah and so on. Pertolongan Allah itu dalam macam-macam cara. Kesihatan yang baik, urusan yang dipermudahkan, lorongan ke jalan yang lebih baik, ditenangkan fikiran dalam membuat keputusan. Semua itu pertolongan. Malah hidayah juga pertolongan Allah pada hambaNya.

Untuk diringkaskan macam inilah....sedang kita lena tidur,tiba-tiba kita terjaga pukul 2 pagi. Itu petunjuk Allah,insyaAllah. Kemudian kita ucapkan syukur masih bernyawa dan terus berniat mahu bangun Qiyammullail.Bersyukurlah,sebab kita beroleh hidayah untuk sentiasa mendahulukan Allah dan mengabdikan diri padaNya. Memang bukan mudah..tambah di zaman serba moden ini,yang celik mata terus cari Facebook cari Twitter kan...itu semua bergantung kepada sejauh mana telah kita latih diri untuk dekat pada Allah.Ingat,selangkah kita pada Allah,seribu langkah Allah mampir kepada kita.Dan setelah ada niat yang baik untuk berqiyammullail itu, kekuatan diri untuk bangun pergi ambil air sembahyang dan lawan rasa mengantuk ataupun rasa rugi sebab kena korbankan waktu tidur,pada aku,itulah taufiq. Maka fahamlah aku kenapa orang selalu kata taufiq itu satu peringkat tertinggi dalam hidayah.

Setakat ini saja penulisan aku hari ni.Maaf,tak bermaksud menimbulkan kecelaruan ataupun mereka-reka tafsiran sendiri.Sekadar ingin berkongsi apa yang aku fahami serta juga membuka ruang untuk siapa-siapa yang ingin berkongsi dan memberi teguran secara hikmah. Wallahua'lam.

Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.. 

Thursday, May 19, 2011

35


19052011-Mara selangkah lagi,insyaAllah.
Eh,kebetulan hari Khamis jugak kan?

< 267 > TSBand


When a friend posted this on our Facebook Group,I can't help not to reminisce the good times I had during my brass band and orchestra years,with Tun Syed Band in particular. I started playing music when I was transferred to SK Jelapang Ipoh under Program Bestari,as I have mentioned in my other posts. It was kind of a drastic changes I would say as in previous school,I was the President of Persatuan Puteri Islam.. Yaawww!But I never regret my decision-lah...Even when I already became an official member of the band,I was still being called out to represent PPI Perak to Pertandingan Deklamasi Sajak national level yawwww!Special privilleges tu,kau ada?Tak ada apa yang nak rasa rugi.Lagipun to be frank,masa zaman tu sibuk kumpul markah merit je. Lagi tinggi lagi cerah peluang masuk SBP.Dan akhirnya berjaya dapat markah merit tertinggi jauh meninggalkan beberapa pelajar yang dah lebih lama berada di sekolah tu sekaligus merangkul anugerah Tokoh Pelajar untuk tahun itu.Yaaawwww! *takabbur takabbur takabbur* HAHA.

Scratch that.Nak cerita pasal band lah!

And then when I entered Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin,Pulau Pinang(nama memang tak boleh nak lagi panjang la kan?),I went for TSBand selection without having to think twice. I know I'm so in love in making love music and playing it for myself and the people. It was a joyful job indeed. For once, I thought that I was doing it just for the sake of having an impressive extra co-curricular activities record so that once I finished school, there will be lots of scholarships to be chosen from. Again!HAHA!But then 5 years with TSBand gave me more than that. Not only "she" brought my understanding of "language of music" to another step higher,she even governed myself with her rigid teachings of discipline(what a good criterion for a doctor!) and in simplest humanly way,embrace me into her circle of big family.

Seriously,playing music isn't easy as it may sound to ears. It is a matter of enthusiasm in having every sound to be sounded correct, having confidence in making it to be sounded correct, without ever losing belief in your other family members-that there will also sound correct and on top of that, to never overshadow anyone. Because we are family,we sound as one and one mistake is one whole family mistake.Frankly,I wasn't even near to be called as a good trumpeter even after 8 years playing it.Hardly reaching 2 octaves,perhaps?(itu pun muka dah stok sembelit macam nak meletup lah!)But it's a matter of giving something at your best to the family even somehow to the outsiders,it seems like as if you're playing only a small part.TSBand had taught me that you lose nothing by being supportive and constructive.That you need not to be loud in order to be heard.


I have to say this.I miss them a lot.We shared food and drinks, stories and memories. We not only created history together,we even created air minum together.HAHAHA.Selalunya,latihan band habis lambat.Pukul 6.30 macam itu. So kitorang selalu lepak sekejap dekat kantin yang depan bilik band je. Kantin waktu-waktu tu dah nak tutup dah. Memang makcik pakcik nak kasi abis je semua makanan minuman kan. Maka this one day terciptalah satu air yang kami beri nama "air siren".Kadang-kadang panggil "traffic light". HAHAHA. Sirap campur oren je pun.Banyak je jual kat pasar malam nun.Tapi air siren kami ni tetap yang paling special pernah aku minum.Awwwww!Dalam TSBand jugalah ter"jatuh cinta" ala telenovela.Gila kau,mamat tu menyanyi sambil main keyboard lagu Julia tu yawwww!Meremang yaawww!Tapi cerita lamalah,mamat tu sekarang dah pun couple dengan kawan aku dekat Manipal.Kawan itu pun aku kenal sebab asalnya dia syok kat sepupu aku.Oh,Kak Dayana yang tunang dengan Ashraf Muslim tu pun aku pernah HyeHyeByeBye okay.HAHAHAHA.Okay Okay.Lari topik..Tak ada apa pun nak dibanggakan lah.Tapi,kecilkan dunia ni sebenarnya?Hari tu Jin singgah Twitter (mamat ni je lah yang rajin menyapa aku kat Twitter pun!) cakap yang entri aku pasal Reunion sekolah rendah tu.Alih-alih,Cikgu Shafieyah tuh mak cik dia!!!What what what???HAHAHA.Sebenarnya nak promote Twitter yang dah 2 tahun berdaftar tapi baru sekarang aktif balik - @norfaridahanum.

Back to TSBand stories...

Well,we had our downfall also sometimes.Whether it was due to internal crisis or external hatred and jealousy and and and I seriously don't know why "they" hated us so much. Gaduh sesama sendiri pasal abang angkat,kakak angkatlah etc. AHAHAHA.Hawa and Anith,cepat setuju! HAHA.Belum kira gaduh-gaduh dengan junior sebab junior lagi terror maka dengan selambanya kau akan tersesar ke bawah.Ini satu lagi pengaruh TSBand yang kuat pada aku.Aku memang tak layan seniority minority entah apa segala bagai ni.Banyak lagi cara nak bagi orang hormat kita.And we gain what our will deserved. Not what our age deserved,neither our gender nor our look.Yawwww!A hard lesson from TSBand.Susah oh nak telan ego bila junior lagi tinggi. But that was then.All families have their small fights,right?But I believe now we all have learnt to leave that as another growing-up memories to be glanced once and reminisce forever.I know at least 3 of us really go far and got chosen into Malaysian Philharmonic Youth Orchestra.Happy for them. Aku je yang stuck-up kat sini buat terror conduct choir,lagu Negaraku je pun.HAHAHA.Anyway,we all become good friends by now.Not that best of friends but just good,just nice.At least for me-lah.Tak tahulah korang camne kan!HAHAHA.And sometimes,when I browsed through FB photos of our naqibah-naqibah usrah back then,who always had "things" with us,I can't help not to put up cynical smiles.Oh kakak-kakak!Dulu cakap laaaaaiiiiin!!!!!Toink!

Astaghfirullahal'azim,Faridahanum!!!!

And now where is my Drumline movie session for this year???
ONE BAND ,ONE SOUND, ONE FAMILY!

Ini budak kan..Dari kecil menyusahkan aku.HAHAHA.Tak adalah! Zaki Hafini b.Mohd Hafini. Comel tak?Jambu kesukaan ramai ni!!HAHAHA!Mak dia ngan Ayah aku sekampung,Chemor yaawww!pernah belajar sekelas pun.Kitorang jumpa mula-mula masa Program Bestari tu lah. Lepas tu sama sekolah jugak dekat SMS TSSS tu.Sekarang dekat UK buat TESL,kot?
Sekarang dah jadi kacak la pulak.Yawwww!!Mintak sign sikit Ki,dah macam Kembara Seniman Jalanan ni.HAHAHA.Oh tak,dia bukan mamat yang nyanyi lagu Julia tu ye?Tidak akan berlaku sama sekali.Dah terlampau banyak rahsia luar dalam Zaki ni aku tahu.Memang tak malu dan aku pun tak mahulahhh!HAHAHA. Aku jamin malam ni Ayah call cakap "panjang beno dah rambut si Zaki tuh"

Wednesday, May 11, 2011

< 266 > Nora Elena


"I can choose either to be a victim of the world or an adventurer in search of treasure. It's all a question of how I view my life" -Paulo Coelho,Eleven Minutes. 
 ~Pamukkale,Turkey2009~

Semenjak dua menjak aku dah tahu link http://malaymoviesfull.blogspot.com ni, sehari kalau tak layan sekurang-kurangnya satu cerita melayu memang tak sah!Semalam admin dia upload satu lagi cerita baru, drama bersiri Nora Elena. Cerita ini adalah adaptasi secara longgar dari novel Kasih Yang Suci karya.... Entah tak ingat. Tapi aku pernah bacalah novel tu.

Sinopsis ceritanya kalau diikutkan novel tu, watak utama si Nora Elena ni pernah mengalami peristiwa hitam masa usia belasan tahun yang mana dia telah diperkosa oleh orang yang dia tak ketahui. Jadi dia membesar menjadi seorang yang agresif dan sangat sukar menerima lelaki hinggalah akhirnya ditemukan dengan Saiful Idham.Barulah dia terbuka hati. Sayangnya,Saiful Idham bertindak membatalkan perkahwinan mereka masa malam pernikahan sebab entah dari mana dia dapat tahu cerita silam si Nora Elena ni. Nak buat cerita lagi dramatik, datanglah penyelamat yang sanggup kahwin dengan Nora ni. Dan penyelamat ni sebenarnya tanpa Nora ketahui adalah orang yang bertanggungjawab menghancurkan zaman remaja dia dulu. Alasan mamat tu bagi ialah dia ikhlas nak "cop" Nora supaya Nora tak kahwin dengan orang lain.Kira dia dah syok sangatlah dekat Nora tu.TOINK! Kesudahannya macam mana? Orang cakap penonton sekarang dah pandai kan? Jadi,pengakhiran cerita drama Melayu dan novel Melayu mesti boleh diteka-teka kan?TEEETTT! 

Baiklah,aku bukan nak ulas pasal kualiti drama Melayu ke apa. Bukan bidang aku. Penglibatan aku sebagai penonton/orang yang dimainkan emosi saja.Titik. Nak cakap pasal mamat yang buat kerja gila main "cop-cop" anak dara orang pakai cara paling baghal (bak kata P.Ramlee) tu pun dah banyak kita baca dekat dada-dada akhbar kan?Aku rasa aku nak ulaskan tentang manusia-manusia senasib Nora Elena ni.Macam mana agaknya diorang rasa ek? Tengok watak Nora Elena tu memang tekanan sangatlah. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau bagitahu Saiful Idham,takut pula nanti ditinggalkan. Bila tak diberitahu, rasa bersalah yang amat besar pula.
"Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara - hartanya, keturunannya, rupa parasnya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya kamu akan selamat",Muhammad s.a.w.
~Istanbul,Turkey2009~

Aku tak nafikan perkara sebegini masih jatuh dalam klasifikasi taboo untuk perbincangan umum dalam kelompok masyarakat kita. Kalau ikutkan kata guru-guru agama,ini termasuklah dalam perkara keaiban diri. Makna kata,berdosa kalau dikisahkan kepada orang lain.Baik kalau keluar dari mulut tukang bawa cerita ataupun empunya diri sendiri.Aku pun tak berniat nak mencipta kontroversi. Dan tulisan ini sama sekali bukan untuk menyangkal hukum agama.Sekadar menimbulkan satu persoalan untuk kita sama-sama fikir dan bincangkan. Adakah “kehilangan keperawanan” ataupun “kehilangan maruah diri” yang jatuh dalam perkara-perkara aib?Atau kedua-duanya sekali?

Pada aku,perawan/dara/gadis/virginity itu satu perkara objektif.Boleh nampak,boleh periksa,boleh dibuktikan. Maruah diri itu lebih subjektif sifatnya.Kau tak nampak,tapi kau tahu ianya wujud,ada atau tidak bersama seseorang itu. Macam kes Nora Elena ni, pada pendapat aku memang dah tak dara, tapi bukannya dah tak ada maruah. Dikatakan aib kerana ada bangsa dan budaya yang pantas saja buat kesimpulan hilang dara = seorang sengsara = hilang maruah = dilarang hebah. Tanpa sempat dikaji letak duduk sebab musabab terjadinya perkara sebegitu. Kemudian diasimilasikan pula dengan kefahaman agama. Belum dikira pelbagai istilah bahasa yang kadang-kadang mengelirukan dan menambahkan pening kepala. Teori senteng aku je lah.I'm open for discussion =)

Kalau sesiapa yang kenal Teri Hatcher,aktres Hollywood yang berlakon sebagai Lois Lane,berpasangan dengan Dean Cain dalam Superman. Hatcher berlakon juga dalam Desperate Housewives tapi aku tak tengok cerita tu makanya aku tak tahu watak dia sebagai apa.Toink! Tiba-tiba masuk kisah Teri Hatcher apa hal? Oh, Teri Hatcher ni pernah ceritakan dalam buku tulisannya sendiri tentang pengalaman hidup dia bilamana dia diperkosa oleh bapa saudara sendiri semasa kecil. Dia membesar berbelas-belas tahun merahsiakan perkara tersebut hinggalah satu hari,masa dia dah pun jadi bintang popular,tiba-tiba dia dapat tahu ada seorang gadis remaja yang failkan laporan polis terhadap pak cik dia. Kes pencabulan!Tapi polis macam kekurangan bukti yang boleh membantu siasatan. Dan akhirnya,Teri nekad untuk tampil membuka kisah silam dia.Masa itulah baru ibu bapa dia tahu cerita sebenar. Memang sedihlah bila baca. Bapa dia memang asyik menyalahkan diri sendiri. Kalau bapa dah macam itu,ibu jangan cakaplah kan!Kesian orang macam Teri ni...Bila dah rasa macam lepas dari beban yang selama ni disimpan seorang diri,sekarang terpaksa meyakinkan ibubapa yang itu langsung tiada sedikit pun salah yang berpunca dari mereka.

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing-Pepatah Melayu 
~Ankara,Turkey2009~

Aku bukanlah nak kata kita kena contohi dunia Barat. Mungkin ada sesetengah yang akan cakap yang barat itu dah terlampau kebaratan sangat.Hilang pedoman dan nilai-nilai moral mereka. Tapi pada sesetengah perkara dan ketika,sifat keterbukaan mereka itu aku kagum. Pada aku kan,lagilah tekanan kalau Nora Elena terpaksa pikul beban itu seorang diri. Nak dikhabarkan kepada sekeliling,takut nanti dituding balik membuka pekung di dada sendiri. Aish,macam didiskriminasi pula. Macam dia pula yang salah,kan? Bertimpa-timpa bebanan pula yang nak ditanggung. Memanglah , Allah menguji seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya. Tapi tak salah kan,kalau masyarakat sekeliling ikut sama membantu supaya terasa lebih ringan ujian itu kepada Nora Elena. Entahkan lebih ramai mangsa yang mampu untuk bernafas lega bila ketahuan yang dia punya saudara senasib yang sama....Kot!

Cuba fikirkan..dan setiap kali bila sampai kepada satu kesimpulan,fikirkan sekali lagi sama ada kesimpulan itu dipengaruhi elemen mana-mana bangsa dan budaya,atau tidak. Islam turun untuk semua, bukan untuk satu-satu bangsa dan budayanya sahaja. Dan untuk pengendalian kes Nora Elena, Teri Hatcher dan tragedi-tragedi seumpamanya, dalam congakan aku,masyarakat Barat yang menang.Seriously!But do correct me if I'm wrong=)

Saturday, May 07, 2011

< 265 > Perlu ke?

It's weird when some people started browsing through your FB page, went through your collection of photos with your best of friends,and at the end, they made one quick conclusion about you. It might be true. But most of time,you know..judgmental can never be so right, too far. Huh? Making a statement like..."oh,dia kawan dengan orang yang hot je.Tumpang glamer sebab sendiri punya muka tak adalah hot mana" memang bikin aku panas. Bukan sebab aku rasa aku hot lah!!Aish!It's just that if you really know me, you will know how much I value every single company I had and how deep I treasure every person I called friend. *EMO LAMO*


Visiting Nana in Davangere last week

Visiting Mal in Jogjakarta

And then Mal came to Mangalore

and so she tagged Sara along,all the way from Manipal

Sara paid her last visit before going back to Malaysia for good

Ira@Joyah..and she called me Minah!

the closest non-Malay girlfriend I've ever had
roommate for 1 year
and been classmates since 5 years..and still counting!


And here comes my high school besties

Visiting Dayang's hometown,Aloq Setaq!
When she was doing her twinning programme in Bandung,Indonesia
and she came back to pursue her studies in UKM

and meet my Miss Wafaa
back in 2008
 we arranged second post-high school meet early this year
and still,I had fun!!!

Two?Yes,only two.I might differ than many of you. I hate don't love like my high school days.Seriously! And these 2 angels are my invisible backbone during 5 years of suffering,besides my TSBand buddies and aktiviti-aktiviti Persatuan Bahasa Melayu to keep me busy. Secara kebetulan sahaja, mereka berdua dan manusia-manusia yang lainnya sangat hot. Apa masalahnya yang anda nak salahkan saya juga ni???

And oh,what you can't see in the photos are their beautiful hearts. Perhaps, that makes them even more beautiful. And perhaps,that beautiful heart choose to befriend me,not you?OUCH!!!

Friday, May 06, 2011

Siri 31 : Batu Hitam





KENAPA KO SEMBAH BANGUNAN YG BERKAIN HITAM ITU????

A : "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

B : "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

A : "Baitullah tu apa?"
...
B :"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

A : "Allah ada dalam tu?"

B : "Tak.."

A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

B : "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

A : "Kamu sembah apa?"

B : "Saya sembah Allah swt"

A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

B : "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

A : "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

B : "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

A : "Pernah.. selalu.."

B : "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

A : "Tengok perlawanan bola la.."

B : "Di mana?"

A : "Dalam tv la.."

B : "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

A : "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

B : "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

A : "So..?"

B : "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

A : "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

B : "Peliknya.."

A : "Sebab apa pulak pelik?"

B : "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

A : "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

B : "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

A : "Ya.. tak pelik.."

B : "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

A : "Erk.. kau betul.."







Aku senyum bila baca nota ini di Facebook. Pada penghitungan aku, ini boleh dikira sebagai satu analogi yang sangat mudah tetapi penuh kebijaksaan.


P/S:Thank You Yahoo!Images

Thursday, May 05, 2011

33


tipulah kalau tak pernah gaduh kan?
tapi awak, sekali itu cukuplah ye..please?