Saturday, February 27, 2010

< 179 > Ke Garisan..Sedia.. Mula!!!

SELAGI JASAD TAK SAMA, JANGAN KAU KATA KITA SERUPA

Situasi 1
"Aku hilang RM30 kat hospital tadi"
"Kat hospital tu? Aku lagilah, RM300 kot!"

Situasi 2
"Aku gagal la paper kali ni"
"Rilekslah...bukan kau seorang saja yang gagal. Senior pun cakap diorang gagal dulu"

Situasi 3
"Aku kena rogol tadi"
"Aku dah pernah kena berkali-kali pun"

Situasi 4
"Injap jantung kawan aku rosak satu"
"Injap jantung kawan aku empat-empat kena ganti!"

Situasi 5"
"Atok aku meninggal pagi tadi"
"Atok aku dah meninggal dua kali dah pun"


Kenapa pelik?
Bukankah hidup ini satu perlumbaan??Perlumbaan merebut takhta "RAJA MALANG".


Aku lebih malang, kau perlu tahu itu.
Aku lebih malang, kasihanilah aku!
Aku lebih malang, kau patut bersyukur tahu?

Sungguh,aku bukan tak diajar, tak mahu atau tak tahu bersyukur. AsmaulHusna bukan sekadar nyanyian ringkas selepas solat. Sifat20 Allah s.w.t bukan untuk dapat markah tinggi peperiksaan tauhid sekolah agama.
Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Itu intipati iman. Iman seorang hamba. Seorang hamba biasa.

Seorang hamba biasa.

Yang ada masanya hanya mahu didengari.

Yang ada masanya hanya mahu difahami.

Yang setiap ketikanya pasti tahu berkata "Aku bukan di tempat kau, yang remeh pada aku, mungkin tidak pada engkau. Yang besar pada kau, mungkin kecil pada aku. Tapi percayalah, dalam doa aku sentiasa ada tempat untuk kau".

Susah sangatkah?

Atau hidup yang aku impikan terlampau indah?

Friday, February 26, 2010

Siri 4:Maulidur Rasul

Mr.Makassar text me last Tuesday asking me a favour to write a poem regarding the last prophet,Muhammad (pbuh). I was excited and nervous as well since I have never written a poem on Islamic stuff before. Ok,I did once or twice but I honestly didn't satisfy with them. Even this one also I needed almost 2 days to finish. I went out of vocabulary, I don't know why. And it turned out to ignite my "aja!aja!fighting!" spark even more. Still,tak berapa nak jadi jugak! 

So for this week Journal Jumaat, in conjunction with Maulidur Rasul@birthday of Muhammad,The Messenger I will leave you guys with this errrr....masterpiece?[toink!] and his last sermon. I'm inviting any comments in case of any wrong facts. I admit that I'm lacking in Sirah Nabi. These are all among those few chapters of his life that I tend to remember and get really fond of.

Tahun itu tahun terindah,
Selamat tinggal Abrahah dan tentera bergajah,
Pada Ababil kalian lelah lantas kalah.
Telah dipersiapkan tanggal 12 Rabiulawal untuk satu kelahiran bersejarah,
Muhammad,kau diputerakan sebagai penutup pesuruh Allah.
Datukmu Abdul Mutalib disegani setiap kabilah,
Bapamu Abdullah meninggal  sudah,
Sendirianlah  Aminah berbekal tabah
Membesarkan kau, bersama susuan Suwaibah & HalimatusSaadiah

Tahun itu tahun suram,
Menjadi yatim piatu, hidup seolah kelam,
Pada bapa saudara,Abu Talib kau bertumpang kasih tak mahu muram,
Belajarlah kau berniaga segala macam,
Hingga diajak temankan kafilah berdagang ke negeri Syam,
Kau tak sedar awan memayungi, pohonan dan batuan sujud dalam diam,
Hinggalah saatnya ketemu Pendita Buhaira yang menghulur salam,
Sekilasnya dilihat, kau miliki tanda utusan rahmat seluruh alam,
Lantas pada Abu Talib dititipkannya pesan “Pulanglah ke Makkah atau nyawanya bakal terancam dek Yahudi kejam”

Tahun itu tahun istimewa,
Kesungguhanmu yang luar biasa,
Kebijaksanaan kau berurusniaga,
Amanah digalas, tak pernah sekali dipersia,
Buatkan wanita hartawan jatuh cinta,
Pada Nafisah, Khadijah suarakan hasratnya hatinya,
Untuk jadi sayap kananmu, sokongan belakang setiap ketika,
Berbahagialah kalian, walau 15 tahun berbeza usia.

Tahun itu tahun perintis,
Di Gua Hira’ Jibril hadir tiada bengis,
Menyampaikan wahyu pertama tiada bertulis,
“Iqra,Iqra,Iqra” dan ayat seterusnya tiga baris,
Kau pulang gugup, cerita pada Khadijah, tiada beliau menepis,
Abu Bakar pantas membenarkan perkhabaranmu tiada beliau menangkis, 
Dakwah Islam bermula, manusia mula rasa cangkir iman yang manis

Tahun itu tahun dukacita,
Bersilih ganti iman dan sabar kau diduga-duga,
Di sisimu Abu Talib pergi menghadap Sang Pencipta,
Disusuli  Khadijah,wanita yang kau cinta,
Sahabat terus-terusan diseksa di depan mata
Seolah-olah walang datang bertimpa-timpa
Tidak pernah sekali kau meratap hiba
Sebaliknya pada Ya Rabbi kau pulangkan percaya

Tahun itu tahun baru,
Kau tinggalkan Mekah bersama As-Siddiq, kota Yathrib dituju,
Hingga ke Gua Tsur diekor musuh yang terus buntu,
Tatkala melihat sarang lelabah dan burung di pintu,
Teruslah kau berjalan meredah padang pasir berbatu-batu
Disambut Ansar dalam gema “Tola’al Badru”,
Terhapuslah assabiyah yang lama membelenggu,
Berpancaranlah cahaya Madinah sejak itu           

Tahun itu tahun akhir,
23 tahun dakwahmu penuh getir,
Di tengah-tengah Arafah kau khutbahkan risalah pada yang hadir,
Al-Quran dan Sunnahmu, dua warisan yang sentiasa mutakhir,
Dan di pembaringan Izrail datang tiada kau usir,
Ummati, ummati, ummati langsung tak lekang di bibir,
Ummati, ummati, ummati langsung tak lekang di bibir,
Ummati, ummati, ummati langsung tak lekang di bibir.

Semua ini,pernah kita merenung dan berfikir????? 

Muhammad Rasul Pesuruh Allah,
Tahun ini,kami masih di sini,
Tahun ini, kami masih memendam rindu menggunung tinggi,
Salawat salam untuk kamu wahai Nabi.
Doaku,usahaku, agar kita ketemu di syurga Firdausi
Dalam keabadian Akhirat yang hakiki.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu... "




So Shah,do you mind sitting for my OBG test tomorrow?

Thursday, February 25, 2010

< 178 > AirTel, I'm Coming!!!

TRADITION PRESERVES OUR PAST, PLANNING PRESERVES OUR FUTURE- Billboard ING =)

I slept early last night. At 9,to be exact. And at around 11, I woke up to a call from an unfamiliar number. But I picked it up anyway, expecting it to be from a colleague realizing I don't have that habit of saving contact numbers in my phone. To be frank,I only have 148 contacts in my directory[with 10 of them being home-delivery or restaurants' number and he other 23 numbers go to Along,Acu Tok Nenek Pak Ngah semua.] I don't know,maybe I just don't want to feel so...attached??? 

That's the other side of story. 

So I went to pick up the phone with the usual HELLO? And I got the same HELLO as reply. A man. And he went on talking in Kannada. No,it wasn't Kannada,it was Hindi. I knew it, I knew it. Because Hindi is much more irritating to ear than Kannada or maybe it was my partial consciousness that tend to perceive every stimulant as irritants.  

That's the other side of story.

"Wrong number,boss". And the red button was clicked. I went back to sleep, for a while. I guess it's only an NREM-non-rapid eye movement sleep. Ignore this, you know I always write something related to medicine when I have this guilt while blogging when what I suppose to do is revising.HAHA!

That's the other side of story.

And then this macha called again! DANG!But I still picked it up because I thought that maybe they are looking for a fella who's using the same number as mine. It's not impossible since you know,it's India!! Why so surprise??OPPS! Actually, after every call I made,my provider will send me a message informing my current credit balance. It will be like "Last call cost:17.41Rps. Balance:85.41 Rps.To recharge,kindly visit our AirTel store......." Efficient huh? Kinda... But hey, how about you receive this message when you were on praying mat and had this message to answer your "salaam" or for worse,when you were sitting on the toilet bowl answering nature's call. Tell me who are capable of talking on the phone while doing one of these 2 stuffs simultaneously?Civilly,heck no!But since last month, AirTel tends  to believe that I'm capable of doing them. HAHA! I know I should have gone and complaint right? At least,ask them to check..ask them to do something-lah lan???But I'm a lazy bone. Not to deny that this place had enough of my complaints I guess.HAHAHHAHA!

That is the other side of story.

I was about to ask what's the number he's actually looking for. When he started....

"BABY...
HELLO BABY...
BABY.."

Damn,for the last 20 years,I only know one person who called me Baby. Though I hardly remember the voice now, but I was pretty sure it wasn't him. He doesn't have any good reason to call me anyway. Nak kena seranah cubalah.*ok,emo*

That is the other side of story.

And CLICK!I went back to sleep. 

And to the next ring, I was lying on the bed, looking at the phone, smiling and monologuing "tempe oh tempe,sikit pun aku tak ter-stimulate ok" [ayat diubah untuk kesedapan mata dan ketenangan hati Mama&Ayah.HUHU!Hai Ma!Hai Ayah!]

So now,who knows whose number is this? +919845337393


 iklan:siapa nak berkenalan dengan Zahida boleh emel aku ya. HAHA!

iklan 2:airtel,i'm cumming..coming!!!!! =p

Monday, February 22, 2010

< 177 > Oh,Yem.Bi.Bi.Yes!

Today, it's only 20minutes since the class began when I found myself nearly dozing off. Cant help it. Community Medicine lecture has now turned into an Additional Mathematics class with all those epidemiology studies and biostatistic terms. oh oh oh. This seriously can kill me,man! I mean, don't they know that one of the reasons why I joined medicine was simply because I needed to get rid of my past love-hate relationship, I mean, the NUMBERS!

And sitting on the first bench, there's no way for me to let my face kiss the table. Not for me. Not for me.Oh brain, I need to make you stay awake. Oh mind,lets sail away. Far far away. To Malaysia,maybe. Or Egypt!!ehem ehem. Good enough for me to maintain that i-am-concentrating look in front of Mr.Kotiam. Focus!Focus!

Then I started to think of my blog. I miss TT!Toink!Toink! How long it had been since my last ramblings, discounting the Jurnal Jumaat? Almost 10days ago!! DANG! I got preoccupied with so many things these days. I started to think on what those things are.

Oh,Interbatch2010 will start next week and, I'm in for Badminton and, tell you what, I managed to get into the singing group this time!!! *excited* And and I'm still considering Hockey, Crickets[practice started at 6AM everyday!] and Track & Field events since my doctor said that as long as I don't miss my twice daily Indiral tablets regime[which I don't take today!Even half of tablet is way too bitter!]. I'm still fit!! Lets wish that I'll break a leg,peeps!HAHAHA! but but, first thing first, I have Obstetrics&Gynaecology end-posting exam this Saturday. That one, I need lots lots lots of lucks. And hard works! Now!

See,a slot of blogging doesn't seem capable of squeezing into my daily schedule, though I did love to.
*sigh* I have lots of happenings to tell that I wrote them down on my notebooks, especially during a boring class like this one. Sometimes I feel funny since the lecturer was thinking that I religiously jotting down lecture notes.



Ok,students. Take this formula. Yem equals to yiel plus yen by two minus yem divided by yief into si.



What the....???Sounds weird. Maybe I should check what is written on the blackboard. [I repeat, blackboard!]

This was what I saw,


Then I decided that it's going to be my 12th entry of this month =) 

Acceptable, no?

Actually, this is a formula used to find a median,M of a set of data. The "f" refers to frequency and "C" refers to class interval. The l , N and m....I don't know. HUHU! Need to revise now. Toodles!

Oh, M.B.B.S !

Friday, February 19, 2010

Siri 3:Cerita Janin

DARI ALLAH KITA DATANG, PADA DIA KITA KEMBALI

Maaf.
Lama tak menulis di sini. Tuptup, dah Jumaat pun. Dan merasa terpanggil untuk menulis sebab mengenangkan ada tanggungjawab untuk menyediakan sedikit santapan rohani untuk kita semua.

Sebelum itu, maaf juga sekali lagi.
Sebab dah lama tak bersiar-siar ke blog orang lain. Hidup agak sibuk. Selain kelas dan hospital, ada temujanji doktor lagi. Dan waktu yang lainnya banyak diisi dengan.. Tidur. I don't know why I feel so lethargic these days. 


Oh,I witness a Caesarian section last Wednesday. You know..that cut open the abdomen to bring out a baby thingy. Subhanallah. I was thinking that delivery of a baby will be a blood-is-all-over-the-place kind of business, but I was wrong. In fact, the delicate baby came out clean and waxy!!! And now, I'm still competing with tempe's kiasu-ness to get into a labour room and see a natural delivery. Another one week to go for Obstetrics&Gynaecology posting. Berharap sangat!!

Untuk Siri Jurnal Jumaat hari ini, aku lampirkan saja ayat Al-Quran yang menerangkan tentang proses kejadian manusia untuk kita sama-sama renungkan. Sungguh,Al-Quran & Hadis yang Rasulullah wariskan pada kita mengandungi segalanya, bagi mereka yang terbuka hatinya,mahu menerima, dan mahu belajar.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh(rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci Allah, Pencipta yang Paling Baik [Al-Mu'minuun:12-14]
  • Gambaran kukuhnya rahim/uterus itu mungkin boleh diperjelaskan lagi dengan kewujudan sejumlah ligamen dan otot yang melingkungi rahim. Sungguh, Allah jadikan posisi normal letak duduk rahim itu pada angle tertentu yang cantik saja berkesinambungan dengan vagina, tapi tidak pula menggelongsor jatuh. tak silap aku, ada 11 supports of uterus yang perlu dihafal masa zaman-zaman first year dulu. Kalau nak suruh aku ulang sekarang,gagap jugalah. Hihi!Baik korang tekan sini untuk tahu lebih lanjut. Tapi,dia bagi 5 supports je.Still banyak tuh!
  • Penerangan proses kejadian manusia dari darah--->daging-->tulang-->daging memang menyamai kajian embriologi[janin] masa kini. Pembentukan sel-sel darah dan salur darah berlaku seawal usia 3minggu selepas persenyawaan. Dan selebihnya, aku tak cukup ilmu nak perjelaskan. Cuma, kalau mengikut buku teks aku,susunan perkembangan&pertumbuhan kandungan adalah sel darah --> sel otot&tulang --->sel kulit!menarik tak weh? [ok,excited sekejap]
Seterusnya,Rasulullah melalui salah satu hadis baginda,

Sesungguhnya, seorang di antara kamu dikumpulkannya pembentukannya [kejadiannya] dalam rahim ibunya [embrio] selama 40 hari. Kemudian selama itu pula [40 hari] dijadikan segumpal darah. Kemudian selama itu pula [40 hari] dijadikan sepotong daging. Kemudian, diutuslah beberapa malaikat untuk meniupkan roh kepadanya [untuk menuliskan.menetapkan] empat kalimat [macam] : rezekinya,ajal[umurnya], amalnya dan buruk baik[nasibnya] -HR Bukhari-Muslim

Oh,tahukah anda bahawa degupan jantung bayi boleh didengar sekitar 18-20 minggu usia kandungan?

Dan yang lebih menakjubkan ialah ayat ke-6 surah Az Zumar,

...Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu, kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.

Dan bayi dalam kandungan membesar dan bertumbuh dalam satu kantung yang berlapis-lapis. Kalau anda perasan, dalam kandungan, kita dibalut lapisan kulit perut ibu, diikuti lapisan rahim, serta seterusnya lapisan amnion @ air ketuban. Tiga bukan? Wallahu'alam.

Sunday, February 14, 2010

< 176 > Kalam Kekasih [ok,tajuk over gila]

KASIH SEBENAR TIDAK BERTUKAR, KASIH SEBENAR TIDAK SEBENTAR-Naz

Mines Wonderland,130208

Aku nukilankan khas untuk mereka yang pernah bercinta, sedang bercinta, akan bercinta. Yang masih dibelenggu, yang di awan biru, yang belum ketemu. Yang masih keliru.

Asmara....
Getarnya merambat bagai halilintar,
Kau tak sedar, kau tak gentar,
Kau biar saja rasa itu meraksa seselesanya,
Membiak menjalar bagai akar,
Ya,rasa itu indah kalau sama diendah,
Ya,rasa itu perit kalau cuma disulit.

Cinta....
Tusukannya menongkah arus lurus,
Kau jadi peminat fanatik,
Semuanya kau lihat cantik.
Kinja nampak manja,
Sengih layan songeh.
Yang berzakar tiba-tiba jadi Pendekar Sabar,
Tegar Si Penggiur pada air mata yang bercucur.

Asmara...
Kerlingannya diolah pelbagai makna,
Larutlah kita dalam rekaan cereka..
Ciptaan kita jua

Siang naik tocang, malam jatuh saham,
Siang miang, malam diam,
Siang walang, malam "Kaulah Ilham".

Pagi beri janji, petang terang-terang curang!
Pagi langkah pergi, petang lari pulang!

Esok rajuk, lusa luka, tulat meluat.
Esok pujuk, lusa lupa, tulat "awak sihat?"

Kau kan dah buta?
Ah,aku pun buta belaka.
Yang kita tahu saat ini, ada asmara.
Yang kita tahu hari ini, ada cinta.

Tapi kau dah tahu yang ini?
Kalau nanti ada ucap akhir, bakal mampirlah kecewa
Kalau nanti ada tali putus, bakal rakuslah tangis
Kalau nanti ada jiwa luluh, bakal lumpuhlah jasad
Tiada lagi ulangminggu, ulangbulan, ulangtahun.
Tiada lagi kongsi lagu, kongsi impian, kongsi sepinggan mihun!
Tiada lagi "Saja...rindulah!"
Tiada lagi "Saja...hadiah!"
Tiada lagi.
Langsung tiada!
Pernah kau sedia?

Eh,aku bukan hasad
Aku cuma kepingin nasihat
Layak tak layak, aku biarkan saja kau congak.
Aku bukan belasan, 
Bukan juga yang budiman,
Cuma kongsi secarik pengalaman, secebis pengamatan.

Saat cinta menjengah diri,
Inilah intipati intisari.
Jaga-jaga raga.
Hati-hati hati.
Jangan redah tanpa noktah. 
Jangan rebah tanpa nikah.

10Feb2010
Charaka Lecture Hall
MCODS Hospital, Attavar.


Genting,140208

Friday, February 12, 2010

Siri 2:The Story of Alqamah

IBUMU..
IBUMU..
IBUMU...

BAPAMU

KLIA,290708

I'm just finished talking to my family. We were on webcam for like,errr...2 hours?
And while I'm writing this, it's already Friday,February 12th in Malaysia. And an off-tune HAPPY BIRTHDAY had just been sung by us,specially dedicated to Mama. She's is officially gloriously 49 already, but still my favourite Teletubbies! I love you Mama. I love you Ayah. I love you siblings. My priceless affection. And I just love this bond that tie me to them, it makes me feel secure. If I only had one last breath to spare, it'd be only to be back in their embraces. Enough.


Assalamualaikum.
So,it's Friday,again. Alhamdulillah. It was last Monday, I found out [well,last Monday got to do with too many 'findings' anyway] that Mama's birthday is going to be on Friday as well so why not for this session I posted up something regarding Mama @ Mak @ Emak @ Mummy @ Ibu @ Ummi @ Bonda@ Amma right? *don't have to answer* And all I had in mind was a story of a guy named Alqamah. I bet this name is familiar to all Sekolah Agama-going people. What had been taught was relatively simple, that majority of us would be able to recall and reproduce the storyline in our own words. It's indeed not a beautiful story but the beauty the story has, need to be earnestly gazed at.

For those who know, and for those who don't know, and for those who want to know.....This is the story of Alqamah.......


At the time of the Prophet (peace be upon him), there was a young man named Alqamah. He was very diligent in obeying Allah by engaging in prayer and fasting and spending in charity. Then he fell ill and his illness became serious. His wife went to the Prophet and said, ”My husband, Alqamah, is on his deathbed. I therefore came to tell you, Messenger of Allah, about his condition.” The Prophet (then) sent for Ammar or Suhaib and Bilal, and told them to go to him (Alqamah) and have him repeat the Shahadah. Thereupon they went to him and found him in the agony of death. They asked him to say, “La illaha illa Allah,” but his tongue was unable to pronounce it. At that, they came and told the Messenger of Allah that he was unable to repeat the Shahadah. 




The Prophet asked, “Is either of his parents alive?” He was told, “Messenger of Allah, his mother is, but she is very old.” The Prophet sent her a message that if it was convenient for her (that is, is she was able to go out), she should come to him; otherwise she should stay in her house and the Prophet would come to her.

The Prophet's messenger came to her and informed her of the Prophet's message. She said, “May my life be a ransom for him, it is my pleasure to go to him!” She then stood up, leaning on her walking stick, and came to the Prophet and greeted him. The Prophet returned her greeting and said to her, “Umm Alqamah, tell me the truth, for otherwise Allah Most High will reveal the truth to me! What is the situation concerning your son, Alqamah?” She replied, “Messenger of Allah, he prays much, fasts a great deal, and spends a great amount in charity.” The Prophet said, “And what about yourself?” She said, “Messenger of Allah, I am angry with him.” He said, “Why?” She replied, “Messenger of Allah, he has preferred his wife to me and has disobeyed me.” Then Allah's Messenger said, “Umm Alqamah, surely your anger has prevented Alqamah's tongue from pronouncing the Shahadah.”

He then turned to Bilal and said, “Bilal, go out and collect a quantity of firewood.” She said, “Messenger of Allah, what do you plan to do?” He replied, “I will burn him in front of your eyes.” She said, “Messenger of Allah, he is my son! My heart cannot bear your burning him in front of me!” He said, “Umm Alqamah, Allah's punishment is more severe and more lasting! Therefore, if you want Allah to forgive him, be reconciled to him. By the One in Whose Hand is my soul, the prayer, fasting, and spending in charity (which he has done) are of no benefit to Alqamah as long as you are angry with him! Thereupon she said, “Messenger of Allah, I call upon Allah Most High and His angels and the Muslims who are present to be my witnesses that I am pleased with my son Alqamah.” Allah's Messenger said, “Bilal, go to him and see whether he is now able to say, “La illaha illa Allah” or not. It may be that Umm Alqamah is saying something for my sake which is not in her heart.” 

Thereupon Bilal went, and while entering the door he heard Alqamah saying, “La illaha illa Allah.” (Concerning this), Bilal remarked, “It is surely true that while Alqamah's mother was angry with him his tongue was tied, and now that she is pleased with him his tongue is freed.” Alqamah died the same day. The Prophet came to him and gave the order for his washing and shrouding, and then prayed the funeral prayer for him and buried him. He then stood by the side of his grave and said, “You company of Muhajireen and Helpers, if anyone favors his wife over his mother, Allah and His angels and all the people curse him! Allah does not accept his spending (in charity) and his uprightness unless he repents toward Allah, the Glorious and Majestic, and reconciles with her and attains her pleasure, because Allah's pleasure consists in her pleasure and Allah's anger consists in her anger.”

Source: Reported in Tabarani and Ahmed. 



We must always be respectful and obedient to our parents. However, we are not to obey them if they order us to disobey Allah and His Prophet. Other than this, they deserve our utmost attention and respect.

Click here.

So how's your mother doing today?



KLIA,280709

And to Mama, SELAMAT HARI JADI. Anum sayang Mama banyak-banyak lemon. 21 tahun dulu Mama berhempas-pulas untuk pastikan Anum belajar bernafas. Dan 9 tahun kemudian Allah rencanakan yang masa kita untuk bersama tidaklah banyak kuantitinya. Anum pilih asrama. Sejak 1998,dan untuk tahun-tahun seterusnya,hinggalah sekarang,belum pernah ada 3 bulan lengkap yang Anum ada kat rumah tak ke mana-mana. Mama pernah kira tak? Anum kira....Sebab Anum tak boleh putarbalik semua masa lalu. Apalagi nak tukar keputusan Anum yang dulu. Jadi yang tinggal hanyalah untuk menghargai dan menjadikan masa yang Anum spent dengan Mama sangat berkualiti.
Memang Anum bukan anak yang baik macam Along, tapi Anum jujur. Kalau Anum tak ada duit,Anum bagitahu. Bukan macam Along, dia suka tipu cakap dia ada duit, lepas tu siap boleh buat pertandingan antara kawan-kawan siapa makan paling murah..HAHAHA! Memang Anum tak rajin macam Ana, tapi seriuslah, sekali-sekala balik rumah, memang jadi malas sikit. Memang Anum tak teliti macam Apis, tapi sekurang-kurangnya Anum tahu bajet time so, Mama tak perlulah susah-susah jerit "Ya Allah..tak siap-siap lagi ke??". Memang Anum tak lucu macam Ariz sebab Anum takut nanti of course lah Anum ambil takhta Teletubbies daripada Mama kan? Memang Anum tak becok macam Ipah, sebab Anum dah tak larat nak dengar orang cakap Athifah tu miniature Anum je. Cis! Memang Anum suka tarik muka, tapi itu sebab Anum saja nak perhatian lebih. Dan paling utama, Anum tetap percaya Mama sampai bila-bila, even dah banyak kali Anum dapat call daripada Acu selang 2 hari lepas Anum nampak Mama angguk bila Anum cakap "Ma,ni rahsia tau!" TOINK! 
Anum tahu Mama sayang semua. Kami semua pun sayang Mama.

p/s:Ayah,bagi pinjam satu hari saja ya,boleh tak?Kitorang sayang Ayah jugaklah. Ayah kan best! Ayah ada senapang. Ayah reti kopek durian. Ayah tangkap ikan besar-besar. *dah tak ada idea nak ambil hati Ayah* TEEETTTT!!



Sila tinggalkan komen yang berkenaan sahaja. Terima Kasih. Saya sayang anda semua.

Wednesday, February 10, 2010

< 175 > Siapa Kata?

Nama aku Norfaridahanum. Ini drama aku, yang seterusnya.

Ini bukan kad matrik....

Menguntum senyum dan mengikhlaskan hati untuk berkata, "Aku redha"

Siapa kata dunia kontang pancaroba?
Siapa kata manusia hidup tak diduga?
Siapa kata Allah tak sayang hambaNya?


Ruang Menunggu Tingkat Satu
KMC Hospital Ambedkar Circle[Jyothi]

Aku kata aku terkejut. Aku kata aku takut.

Kamu mahu kata apa?
................
Tak apalah. Simpan sahaja. 

Aku bukan siapa-siapa.
Cuma aku harap aku tak dilupa dalam baris-baris doa kita.


song on the playlist:InsyaAllah by Maher Zain

Tuesday, February 09, 2010

Tak Payah Baca

Sekadar nak membetulkan tulisan sebelum ni,gambar nombor dua tu bukan daripada UncleGoogle ya.
Itu ada orang hantar pada aku. Aku simpan baik-baik dalam laptop oh!

Saja aku tak edit dekat bawah tu. Sebab ada orang itu harus baca yang ini. Kalau tak nanti, ada pula yang kecil hati dengan aku nanti. Maaf!!!

Siapa yang komen jugak,memang tak ada kerja!

Monday, February 08, 2010

< 174 > Berita Dunia Jam 2

BERDOA DAN MEMINTA BUKANNYA PERKARA YANG SAMA

Setelah tidur 2 jam lepas Isyak dan juga kesan satu mug besar nescafe,here I am. Bersengkang mata.  Membakar minyak tengah malam[Burning the midnight oil] Tapi,nak berehat sekejap. Jalan-jalan blog orang,belek-belek Utusan Online, buka web gosip. Awww~~

Khas untuk anda semua, aku bawakan berita-berita terkini seluruh dunia yang menarik minat aku untuk hari ini. Amaran, boleh jadi sangat panjang.

Lapangan India
Krisis India-Pakistan tak sudah-sudah juga. Pertikaian merebut hak ke atas wilayah Kashmir entah bila akan tamat,sedang dunia menuju kiamat. Dan India pun satu hal,semalam setuju nak runding semula isu keamanan dua negara[sejak dihentikan ekoran kes pengeboman di Mumbai tahun 2008] alih-alih, hari ini pergi buat ujian peluru berpandu yang dikuasakan oleh tenaga nuklear. Adoi! Sampai sudah tak habislah! Tapi,pada sudut pandangan aku, ini tak lain isu politik. Dan aku pernah sembang-sembang dengan "tempe", dan mereka gelak-gelak saja cakap, tak ada masalah langsung.."All those political craps.." Dari isu India-Pakistan baiklah aku lebih ambil berat tentang Palestin-Israel sebab pada aku isu 2 negara ini, bukan hanya semata-mata tentang politik dan agama. Ini soal kemanusiaan lah. Hak asasi manusia,woi!  

Lapangan Sukan
Chelsea 2 Arsenal 0. Dapatlah takhta balik kat Chelsea. Cis,sia-sia aku murtad ManU hari ini.Wa bukan minta banyak,wa mintak tolong ikat bagi seri ja pun.

Lapangan Alam Sekitar
Ribut salji melanda Washington DC. Implikasinya, bekalan elektrik terputus, pokok tumbang, kemalangan jalan raya. Yang menarik perhatian aku sebenarnya,nama ribut salji tersebut- Snowmageddon. Macam-macam. Dikhabarkan ini ribut salji terburuk.[Tolonglah jangan baca ini sambil dalam hati kau cakap 'Padan Muka Kau Amerika'.Haish!]

Lapangan Kebajikan
Sana-sini dalam blogspot orang bercakap tentang Ammar Danish. Kesian budak ni,kecil-kecil sudah diuji Allah dengan masalah jantung yang dalam terma perubatannya dipanggil Patent Ductus Arteriosus [PDA].
Mari sini aku ulaskan sedikit untuk hilangkan rasa bersalah sebab gagal merealisasikan hasrat untuk ulangkaji sampai pagi.

Jantung,macam yang kita semua tahu, adalah tukang pam darah ke seluruh tubuh.Dan jantung ada dua bahagian. Kiri dan kanan. Dan setiap kiri dan kanan itu pula,ada atas[atrium] bawah[ventrikel] dia. Secara ringkas,makanan ruji semua sel dalam badan ialah oksigen,yang diserap dari dalam darah. Lepas makan, lebih kurang macam sel-sel ini akan kentut,berak atau kencing dalam bentuk karbon dioksida terutamanya, yang juga akan diangkut oleh darah. Darah akan masuk ke jantung dan akan ikut jalan satu hala yang sangat ketat kawalannya iaitu 
  1. Dari jantung kanan, darah [yang penuh karbon dioksida] akan keluar melalui satu salur darah yang dipanggil pulmonary artery[PA] terus ke paru-paru.
  2. Di paru-paru,darah akan kembali serap oksigen yang kita ambil dari alam sekitar melalui pernafasan.
  3. Darah yang sangat tinggi kandungan oksigen ini akan pergi ke jantung sebelah kiri pula.
  4. Dan dari jantung sebelah kiri, darah akan keluar melalui salur darah terbesar yakni aorta untuk diedarkan kembali ke seluruh tubuh.
  5. And the cycle repeats!
Ini satu diagram skematik untuk jelaskan, aku percaya gambar rajah dan lukisan sangat banyak membantu dalam pemahaman kita. Tapi,kalau diagram blur macam bawah ni,hancurlah!

Senang cerita, yang warna kuning tu aorta, yang warna pink tu PA. Rapatkan kedudukan mereka? Masa kita dalam kandungan, ada satu jalan pintas@shortcut antara mereka. Jalan shortcut inilah yang kita panggil Ductus Arteriosus. Masa dalam perut Mama,paru-paru penuh dengan air,tekanan tinggi. Kalau nak pam semua darah pergi situ,mahu sakit jantung sebelah kanan yang baru nak bertatih jadi tukang pam[tiba-tiba teringat Mat Bangla Petronas Taman Anda!].Jadi,ada darah yang berkarbon dioksida terus pergi aorta ikut jalan shorcut tu. Tak apa,bekalan oksigen tetap cukup sebab kita selalu curi dari Mama ikut tali pusat. Sebaik saja kita keluar dan bernafas,udara mula isi paru-paru,tekanan diseimbangkan dan jalan shortcut tadi akan mula ditutup. Cukup 3 minggu kita tengok dunia,memang jalan itu hanya tinggal nama sajalah. Complete block, siap dapat nama baru-ligamentum arteriosum.

Dalam kes Adik Ammar ni, jalan shorcut tu tak tutup. Bahaya,pengangkutan oksigen sudah jadi tak efisien,kan?Tambah bila makin besar,makin aktif. Dah tak ada tali pusat nak tolong bagi oksigen,100% kita bergantung pada keberkesanan jantung untuk kitarkan darah kita.Jelas tak?

Penutupnya,pembedahan segera perlu dilakukan dan jumlahnya,faham-faham sajalah kan. Untuk menghulurkan bantuan, ini akaun Maybank ibunya
Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912

Lapangan Hiburan
Aku rasa aku ketinggalan, Angelina Jolie dan Brad Pitt dah berpisah ek? Woooootttt!! Ketahuilah yang aku sangatlah suka Jennifer Aniston oi. Dan aku sangatlah percaya,kalau ko bina kebahagiaan atas air mata orang lain, tak akan lama mana. Orang lain tu erti katanya,orang lain yang selayaknya menangislah,macam kes Aniston,masa Jolie-Pitt mula berpacaran dulu,dia masih isteri sah Brad Pitt, isteri ya,[bukan bekas isteri,bukan janda, apatah lagi kekasih gelap] jadinya memang layak dan ada hak untuk menangis. Tapi kan,ada tak kau orang rasa yang Jolie dan Aniston akan tag team untuk condemn Brad Pitt? Eh,macam pernah dengar saja situasi tersebut.HOHOHO!

Lapangan Jenayah
Seorang bayi lelaki yang baru berusia 5 bulan meninggal dunia. Oh,ini cerita biasa kan? Doktor mengarahkan sesi bedah siasat dijalankan. Juga cerita biasalah. Kecederaan luaran yang didapati ialah lebam-lebam yang sangat banyak sekali. Kena deralah tu. Masih cerita biasa. Masih tak boleh lawan kisah empat beranak kena bunuh dekat Rembau[?], sampaikan si ayah dipotong kepalanya. Tapi tapi,dengar cerita si pelakunya ada tekanan jiwa. Dari segi forensik dan psikiatri, boleh diterima akallah. Tapi tapi, balik pada cerita bayi tadi,nak tahu penemuan paling tak boleh diterima akal? TERDAPAT KESAN LIWAT KE ATAS BAYI TERSEBUT!

Woi,haruan,binatang,iblis, !@$$%#@#@$%^^*^$!!!!!! 

Kalau aku tahu aku akan baca berita macam ini, dari awal tadi aku sambung belajar tahu! *poyo*


notakaki: aku rasa aku nak pergi jadi guru sandaranlah bila balik cuti nanti. Ada ketokohan tak?

notatangan: walau aku selalu nafikan, tapi aku rasa aku memang dah jatuh cinta dengan bidang perubatan. P to the O to the Y to the O!

notadahi:gambar akhir tu boleh abaikan tak? Itu khas untuk parents aku & JPA, saya study ok =)

*gambar-gambar,macam biasa..pertolongan UncleGoogle*

Saturday, February 06, 2010

< 173 > Ooooohhhh..10 Sebab

SOME CAUSE HAPPINESS WHEREVER THEY GO, AND SOME WHENEVER THEY GO. CHOOSE!

Malam minggu. Macam biasa. Jangan harap aku nak ulangkaji. Cis,macamlah hari lain aku ulangkaji kan? Aaahhh!Takde!Aku nak mogok bodoh. Selagi tak dapat elaun JPA, aku tak mahu buka buku melainkan untuk siapkan laporan praktikal sahaja. Aku serius! Kau nak tiru? Bagus,nanti kita jadi bodoh sama-sama nak? Jangan jadi bodohlah,bodoh!

Okay,malam ini memang siaplah tahan telinga dengar Ayah  marah. Biasa sangat cakap bodoh ni. Kalau dekat rumah,memang siaplah Mama cakap, "nak kena cabai ke mulut tu?" Nih sebab India lah.Datang India baru jadi macam ni. Okay salahkan India pula!Padahal sendiri yang goyah. Konon cool lah kan mem-bodoh bodohkan orang ni. Padahal, ini lagi hina dari memperbodoh-bodohkan orang,tahu tak? Sebab, orang yang diperbodoh-bodohkan, memang sebab dia bodoh la kan?Kau yang keji tapi pandai ambil kesempatan. Tapi tak ada usul periksa main hentam je cakap orang bodoh apa kes, weh?

Dah,selesai sudah mukadimah mereng merapu marang kerapu todak bawal masak sweet sour aku. Semestinya kau orang yang setia baca Toink!Toink! ni[okay,aku bajet artis sekejap] boleh tahulah mesti aku homesick.

Ye,aku homesick!  [perlulah bold kan?]

Kalau nak aku senaraikan sebab-sebab kenapa aku nak balik, aku jamin, aku sampai KLIA pun kau orang tak akan habis baca punya. Hiperbola ah tu. Diamlah ko Hanum,macam sial je cakap macam tu. Ha,tengok,sial pula! Tambah lagi 2 minit kena marah dengan Ayah malam ni. Adoi! Makanya, untuk menjimatkan masa kalian semua yang sudi pinjamkan masa singgah blog aku yang tak seberapa ni <----ayat-ayat manis bloggers sangap nak pancing followers,macam hell![Tambah lagi 2 minit!Adoi!] serta juga untuk mengelakkan aku mengeluarkan perkataan-perkataan terlarang seperkataan lagi serta juga menurunkan jumlah bil air rumah kat Ipoh tu[nanti Ayah&Mama aku marah,banyak air liur guna,pastuh nanti diorang dahaga,pastuh diorang minum air,pastuh air habis,pastuh kenalah masak air lain.Air tu bukan percuma dari sungai macam belakang rumah Atok kat Chemor tu ok.Relevankan?TOINK!], aku senaraikan 10 sahaja sebab kenapa aku nak balik Malaysia sekarang!

Turutan menaik ye.

10. Sebab Februari kan bulan untuk bersama cinta hati???*wink wink* Tak ada maknanya!!!Bawak mai sinilah siapa rasa nak hulur, tapi aku tak adalah kebulur pun. Unless ko hulur Fahrin Ahmad, dan-dan tu jugaklah jantung aku menggelupur.HAHA!Laki-laki bila nangis memang syahdulah wa tengok,jatuh cinta serta-merta.TOINK!Abaikan kisah dongeng. Cinta hati aku ada 4 orang yang sambut hari jadi bulan ini-Ana,Along,Mama & Ariz. Waaaaaa~~kalau kumpul,mesti makan besar!
Ana 8 Feb @ Genting

Along 9 Feb @ Genting
Ariz 20 Feb @ Genting

9.Oh tapi,aku kebuluran...sebab duit JPA tak masuk lagi. Mama,toksah gatai nak hantaq Western Union pulak macam haghi tu na.Duit ada lagi nih...HAHAHA!Tak adalah,cuma aku rasa kebuluranlah bila terkenangkan ABC, cendol, laksa[dah masak minggu sudah,tapi tak boleh lawan laksa Pak Cik Mail lah], sate,kerang [tak sanggup nak makan bila terkenangkan orang kat sini tandas awam dia merata-rata.huhu!], petai, durian, manggis[kat Nilgiris ada jual,tapi nama lain sikitlah-Indian Rambutan.WTFish?]........

8.Sebab aku sakit dan tak reti nak jumpa dan rasa selesa dengan doktor lain selain Dr.Victor Shanta Kumar. Ini doktor dari zaman Mama bujang sampailah anak enam! Kalau ikut kelas Obstetrics hari Selasa lepas,Mama dah dikira "grand multigravida and multipara" tau!Serius,aku memang kecoh, tapi datang masa yang aku nak cerita masalah-masalah, aku sangat memilih!!!!!Sangat ye tuan-puan sekalian.

7.Sebab AirAsia dah buka laluan baru. Bangalore-KL bawah RM500 je woooottt! Kalau nak balik setakat seminggu tu tak adalah rasa ralat sangat kan?Berbaloi-baloi macam Kamdar jugalah rasanya. Teringin juga nak naik AirAsia. Hari tu naik dari Jogjakarta-LCCT tak sempat nak feel. Feel nangis sorang-sorang je,sampai steward buat ayat cantik nak ngorat wa, terus terdiam tengok mata wa macam bola kriket. Langsung dia hulur jus dan blah. Hampagas!
Airport Jogja [nama tak ingat]
Malina Raihan...i rindu u =(

6.Cakap pasal Kamdar,teringat Jusco..Apakah???Oh,ada Jusco terbesar baru buka di Melaka khabarnya. Copo,nanti dating sana ah,nak? Ada tempat karok[karaoke] x situ? HAHAH!Aku bukanlah kaki shopping ye tuan puan *in denial*. Tapi,selalunya malls mesti ada GSC atau TGV kan. Itu saja yang aku perlukan. Aku memerlukan panggung wayang sahaja. Panggung wayang yang bau wangi. Panggung wayang yang tayang wayang dalam bahasa yang aku faham tanpa perlu baca subtitle. Panggung wayang yang aku tak gelak 10saat lepas orang lain gelak. Panggung wayang yang tak peruntukkan 10 minit break tengah-tengah atas alasan orang nak pergi kencing dan beli minuman. Panggung wayang Malaysia lah kiranya. Percaya tak aku tak pernah jejak panggung wayang di India ni? Gila terang hati nak belajarlah wa cakap lu.Alhamdulillah.
Mamat-mamat celup Korea semangat nak tengok cerita Obsessed @ Jusco Perda,Penang

With Em & Topeq @ Jusco Perda,Penang. Lepas tu pergi lepak Nasmir Nasi Kandar [!] dan gelak tak ingat dunia sebab tragedi "nescafe ais special"

5.Tiba-tiba rasa nak tidur bertiga. Salahkan gambar dia atas. Eh,bukan dengan merekalah. Simpang malaikat!Kalau anda ingat bertiga itu merujuk kepada kami tiga beradik perempuan,maaf anda silap juga.In fact,Ipah ada bilik sendiri,tapi dia tidur seminggu sekali je pun kat situ.Apalah lu Genit! Ana pun selalu tidur seorang sebab aku tidur tempat lain. Ya,tiga itu Mama,Ayah dan aku di tengah-tengah. WAWAWA!Kantoi!Pedulilah!Mama dan Ayah aku tak layan lagu "Berdua Lebih Baik".Ipah pun dah duduk asrama sekarang ini. Tak perlu nak berebut-rebut dah!Yahoooo!!!Na balik!!

4.Sebut pasal tiga tiba-tiba teringat 3 Abdul. Gila kelakar bai!!!!!Dan kau tahu tak aku kekurangan infotainment yang bersifat ke-Malaysia-an di sini?Tak perlulah cakap pasal "larangan orang atas" ke atas aku dan konco-konco untuk terlibat dalam "sesetengah acara pentas",itu aku dah malas nak ulas. Yang aku nak cakap, TV3 online lembap apa hal? YouTube dah tak banyak orang upload drama apa hal? Zahiril Adzim berlakon dekat RTM & Astro apa hal?RTM & Astro tak ada online website macam MediaPrima apa hal?[Kalau aku yang tak tahu,tolonglah bagitahu ye.Sangap dah ni.]
3 Dara Bingitan @ Kellie's Castle,Ipoh

3. Tak sahlah kalau cakap pasal Zahiril Adzim tak cakap pasal teater & seni kan? Satu lagi sebab kenapa aku nak balik..aku rasa bangku-bangku kat auditorium Taman Budaya Perak pun dah rindu kat akulah. HAHA! Well, bangku-bangku tu pun ada perasaan oh. Dia ushar awek hot macam aku je. Nak buat macam mana,  awek hot lain suka lepak Dataran Ipoh. Mana layan benda-benda lame ni. Tapi kan Ayah,Anum rasa kalau dapat bagi Zahiril Adzim dengan geng dia perform teater kat situ,mesti ramai gila datang,Yah. Diorang ni banyak peminat yang gilakan diorang,Yah!

2. HUJAN EMAS DI TEMPAT ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK LAGI.. ha,sambung-sambung. Peribahasa ni sesuai sangatlah. Emas kat sini memang murah bangat!! Kualiti terunggul pula tu. Dan dekat Malaysia sekarang memang ramai orang suka main baling batu sembunyi tangan kan? Tak cukup batu, Molotov Cocktails pun dia baling. Hai Malaysia, tapi tetap aku sayang kamu. Sayang yang tahap sanggup nak kawad "Inilah Barisan Kita" untuk perbarisan Hari Kebangsaan tahun ni. Dengan syarat, masa tu AllahBagiCuti lah, tak perlu puasa. Kalau tak,aku takut "taburlah bunga di atas pusara" pulak nanti.Aku bukan kuat mana...
Kellie's Castle,Ipoh. Sebabkan diorang ni datang,aku pun jejak Kellie's Castle padahal selama 20 tahun ni tak pernah gelabah nak pergi.TOINK!


1. Ya,inilah sebab utamanya....Disebabkan cita-cita asal aku nak jadi peguam terbantut untuk seketika ini, boleh tak bagi aku peluang untuk duduk di galeri awam dan cakap "Oohhhh" ramai-ramai.Siot!Berita sekarang macam kurang nilai murnilah.KOMSAS dulu tak nak belajar betul-betul.Haish!

Nak tahu bila aku mula dengar perkataan "relevan"? 1998. Masa era reformasi. Oh, itu juga kali pertama aku dengar perkataan reformasi. Dah 12 tahun,bai!Yang aku nampak hanya evolusi dan cita-cita yang belum basi tapi buatkan masa-masa lapang aku terisi dengan senyum meleret ke gusi. TEEETTT!

*Gambar-gambar adalah sebahagian aktiviti aku semasa pulang ke Malaysia Julai lalu.Tolong sedih,boleh?*

Friday, February 05, 2010

Siri 1:Rahsia Solat Di Awal Waktu

*Al-kisahnya,petang tadi masa YM dengan family, Ayah terkeluar cakap yang entri kali ini banyak sangat istilah saintifik yang tak terjangkau oleh beliau. Makanya,aku mengambil inisiatif untuk menerangkan serba sedikitlah apa yang aku tahu dalam keterbatasan ilmu. Yang mana aku tambah,aku guna warna ini. Untuk manfaat kita bersama juga. InsyaAllah*

Aku rasa aku nak mulakan satu sesi baru lah kat blog ini. Apa kata tiap-tiap hari Jumaat aku letak satu entri untuk santapan rohani kita sama-sama? Tak banyak,sikit, dapat juga kita saling mengingatkan,ye tak? Dengan keadaan kesihatan aku yang agak "mengejutkan" sejak kebelakangan ini [cis,ayat nak minta simpati je selalu] sekurang-kurangnya, ada jugalah bekalan aku di kemudian hari kan..Ok,teruskan. Tak perlu nak fikir lebih-lebih. Aku memang suka buat ayat drama.

Untuk sesi pertama ini, aku copy paste note kawan aku dekat Facebook. Menakjubkan! Tak dinafikan, aku suka baca artikel-artikel begini. Islam dan Sains sebenarnya tak boleh dipisahkan. Tambah pula bila kita dah singgah ke alaf yang makin menjadi-jadi teknologi dia,nak tak nak, penjelasan-penjelasan macam ini punya kuasa magnet yang kuat untuk menarik minat dan membuka minda banyak pihak tentang keistimewaan Islam.

Assalamualaikum w.b.t


Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
-Tiroid merupakan kelenjar yang terletak di bahagian tengkuk yang selalu menjadi punca beguk[goitre]. Ada orang tak tahu apa itu beguk ke?Aku rasa,semua orang pernah kena beguk. Beguk terjadi disebabkan kekurangan iodin dalam badan. Masa aku kecil dulu,ayah sapukan nila dekat tempat beguk tu.
-Metabolisma tubuh bermaksud proses penghasilan dan penggunaan tenaga oleh badan. Keseimbangan kedua-dua proses ini penting untuk memastikan tubuh sentiasa bertenaga dan sihat! Hari baru,tenaga baru. Subhanallah!
-Konsep resonan,kalau mengikut ilmu fizik aku yang takat buku lali merujuk kepada konsep yang semua benda hidup atas muka bumi ini mengeluarkan tenaga dalam bentuk getaran pada kuantiti tertentu. Kalau ikut Sains Tingkatan 3 [kot!] tenaga tidak dicipta atau dimusnahkan.Ingat tak?Tapi dia boleh berpindah dan bertukar. Macam tenaga elektrik dalam wayar---->tenaga kinetik kipas yang berpusing-pusing.Rasulullah dulu..sujud atas tanah.... bayangkanlah...

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Bagus,tengah hari sewajarnya kita isi perut untuk bekalan tenaga separuh hari lagi. Dan sistem penghadaman yang baik amatlah diperlukan saat ini supaya makanan yang kita makan itu tercerna secara efisien dan diserap oleh sel-sel dalam badan dan digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Organ-organ reproduktif merujuk kepada organ-organ untuk memastikan kemandirian spesies. Ada faham? Errr..menghasilkan zuriat lantas meneruskan kelangsungan generasi.Prostat dan testis adalah organ laki-laki. Uterus dan ovari perempuan punya!Agaknya,kenapa waktu ini dipilih?Fikir-fikirlah sendiri kot...

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
-Kelenjar pineal merembes hormon yang bertanggungjawab mengawal kitaran tidur-jaga[sleep wake cycle] kita
-Kelenjar pituitari kalau dalam perubatan digelar "master of endocrine orchestra" iaitu pemimpin sistem hormon badan.Kira macam kebanyakan kelenjar-kelenjar seluruh badan termasuk kelenjar tiroid dan kelenjar-kelenjar pada organ reproduktif tadi, kena tunggu signal/hormon dari kelenjar pituitari untuk hasilkan hormon sendiri. Kelenjar pituitari sangat kecil,tapi tugasnya besar,Ya Allah. Kalau kita bangun sebentar untuk tahajjud dua rakaat,insyaAllah cukup untuk recaj tenaga kelenjar pituitari ini.
-Talamus merupakan salah satu komponen otak manusia yang mengawal sleep-wake cycle dan juga emosi! Tapi yang utama,thalamus digelar "gateway to the brain".Tak silap akulah.Tapi perkataan gateway to confirm ada.HAHA!Semua rangsangan yang diterima oleh pancaindera kita kalau nak sampai ke otak kena lalu thalamus dulu.Waktu kita tidurlah merupakan waktu kita terima rangsangan paling minima. Dan waktu ini,thalamus..recaj!
-Hipotalamus pun satu lagi komponen otak yang kawal macam-macam. Tidur,jaga,peluh,suhu badan,lapar,dahaga,memori waima "pergi toilet" sekalipun.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ...

Source: Al-Muttaqin


Isi penting di sini, istilah menjaga solat itu bukan sekadar pada cukup 5 waktunya sahaja. Manfaat solat di awal waktu itu sangat besar. Peringatan untuk kita bersama. Sampaikanlah walau pada seorang hamba. 

Kaya sebelum miskin
Muda sebelum tua
Lapang sebelum sempit
Sihat sebelum sakit
Hidup sebelum mati

Siapa-siapa yang berkeinginan untuk sebarkan artikel ini,silakanlah. Tiada istilah hakcipta dalam Islam,apatah lagi usaha murni menyebarkan ilmu dan kebenaran. [Aku pun ambil dari orang kan?].

Sebenarnya,dalam pada aku mengulas ini,banyak juga yang aku tersedar dan ter-temu. InsyaAllah,suatu hari aku kongsikan. Masih perlu dikaji-kaji.

Jazakallah..