DAN NIKMAT ALLAH YANG MANA LAGI YANG ENGKAU DUSTAKAN?
TERUJA sebab Ahad adalah cuti.Satu-satunya cuti dalam seminggu diari aku sebagai seorang pelajar jurusan perubatan(gila kelakar aku skema macam nih).Makna kata,bolehlah bersantai-santai malam ini.Ceyh,macamlah malam-malam lain kau bukak buku Anum oi!
*5 minit sahaja keterujaan itu*
BENGANG!!!!!TV3 telahpun mengarahkan semua video drama NurKasih siarannya yang telah dimuatnaik di laman web yang lebih pantas dan efisien dari laman web mereka yakni YouTube dipadamkan ataupun syarikat tersebut akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pihak yang berkenaan.So,what else left for my Saturday night???It has gone..gone with the wind from the Arabian Sea. (ecece..nak cakap gak apartment dia hadap laut.TEEETTT!!)
Eyh cop,tengah marah nih.Seharusnya,ayat tadik ditulis dengan huruf besar,saiz besar dan warna besar merah.Bubuh tanda seru sekali,baru nampak interjection di situ..Kita cuba
GONE..GONE WITH THE WIND FROM THE ARABIAN SEA!!!!
Maaf,tak tahu kenapa Arabian Sea tuh bold kan dirinya.Ok,ini macam better.Aku marah nih,marah tau tak.Nak pergi tengok kat web tv3 tuh sikit punya lembab kot [comparatively]. Dengan iklan lagi.Aku dah r nak kena study.Mana leh buang masa banyak-banyak menghadap komputer bimbit ni*ecececece lagi*
So,I ended up chatting+webcam with my family,for half an hour.Sebenarnya,satu jam setengah.hehe!Tipu dosa mati seksa[Rhymes ini sangat popular zaman pakai pinafore dulu.HAHA!]
Dan hasilnya,aku ringkaskan sajalah sesi jejak kasih secara maya itu kepada setengah muka surat..Sanggup ke nak baca?Siapa suruh sibuk nak tau kan..hahaha!
- Aku tertunggu-tunggu emel dari Along tentang senarai buku yang perlu disemak harganya itu tapi tak dapat apa-apa pun.Rupa-rupanya,Along tak tahu emel betul aku perlu ditambah "my" di belakangnya..contoh la kan,macamladyd_holmes0308@yahoo.com.my. [Ini contoh sahaja.Tapi x salah kalau anda teringin nak cuba hantar emel resipi-resipi menarik untuk hidangan berbuka puasa.Aku rasa tuan punya emel tuh sangatlah berbesar hati menerimanya.Aku rasalah!TEEETTT!]Along,even Anum kecewa dengan Along kan [sob3],jersi YONEX tu akan tetap dihadiahkan.Biasalah,tiada manusia sempurna.Anum kan adik paling bertimbang rasa.[Ye,Mama pergi Tesco timbang ayam black pepper,balik rumah,aku tolong rasa.Sila faham konsep bertimbangrasa itu ye.Nyum3]
- Ana macam dah jatuh cinta dengan kerja barunya itu sampai sakit-sakit pun nak pergi kerja jugak.Ataupun Ana sudah jatuh cinta dengan teman sepejabat???Waaaaaa...bagus-bagus.Jangan percaya.Ini mungkin fitnah tapi gembiranya aku kalau itu benar!![Boleh la Anum pulak jatuh cinta lepas nih.Takdelah langkah bendul kan??HAHAHAHAHA!]Tapi yang pastinya,aku telah berjaya menggoda Ana untuk belikan sepasang baju kurung untuk aku.Ala,Ana punya gaji banyak dah sekarang nih.Lagipun,Anum kan Adik paling miskin,kenalah belanja selalu [ye,di mata Andrei Arshavin ,aku hanya gadis pinggiran,tak layak nak berada di sampingnya*kecewa*]
- Ayah dah punya modal baru untuk berlawak.Suka sangat nampaknya beliau [pada kami,Ayah=YB]pada frasa "duit rakyat" itu.Sungguh aku rindu dengan lawak-lawak yang lebih lawak dari jenaka Pagi di Era yang kadang-kadang macam memaksa-maksa aku untuk gelak.Ayah sangat natural ok.Macam lawak yang satu nih yang aku paling suka.Ayah kurang sihat hari itu.Batuk-batuk macam nak demam juga.Kami adik-beradik pun tiadalah bersuara banyak sebab tahu kalau kondisi ayah macam tu,diam adalah jalan yang terbaik.Selesai lunch,Ayah pun berjalan lemah ke dapur mencapai botol lutsinar berlabel Seeni Polyclinic terkandung cecair berwarna hitam pekat macam errr..tempe2 itu. (sempat lagik!) Kami biarkan saja.Masing-masing fikir takkanlah Ayah tak reti nak makan ubat sendiri dan takkan lah Dr.Victor nak prescribe ubat yang salah pulak.Tiba-tiba,Ayah melompat dan melompat dan melompat tanpa henti macam kena seizure pulak.Cuak dowh memang cuak.Mama dah macam "Bang,kenapa nih bang??"seraya bergegas ke arah Ayah,gelabah macam selalulah (Maaf Zahir Batin,Mama.)Along pulak tiada masa tu.Kalau tak,boleh la rasa bergantung harap sikit dengan bakal doktor tuh.Ipah pulak memang tak membantu.Lagi kusut ada.."Ayah!kenapa Ayah lompat lompat nih"..Gotcha!!!Ayah pun jawab.. "Ayah dah minum ubat nih baru Ayah baca,kena goncang sebelum minum.Ayah lupa tadi.Tu pasal Ayah lompat-lompat ni.." HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHA!Tak kisah la.Pada kitorang situasi itu sangat kelakar dan IPAH SANGAT TENSEN!![Owh,duit rakyat itu merujuk kepada elaun 700USD sebulan aku yang nampaknya masih belum berjaya dibelanjakan secara berhemah oleh.....aku.Maaf ye pembayar cukai sekalian]
- Ariz pula makin sombong dengan aku.Bila ditanya mengapa,dijawabnya "Ayeh busy r,KP nih" Kepala otak hang!!Hang KP kat sekolah la bukan kat rumah [Alamak,jangan bagitau Ayah Anum cakap 'hang'..HAHA!Macamlah Ayah tak baca (-_-")] Tapi sebenarnya merajuk dengan Anum sebab Anum beli jersi badminton world championship tu untuk Ayah & Along je.Hello,sneakers Nike Ayeh tuh siapa bayar?Aaaaaaa....Ariz ialah Adik yang paling berbahaya.Dia perompak wang bersenjatakan ayat-ayat manis seperti "Betul ke hang nak belanja nih Anum,sian la kat hang.Ayeh ade je duit Ayeh simpan kat koperasi sekolah nih" HAAHHAA! [Ayah,Ayeh pun cakap 'hang' jugak.hehe]
- Menjelang UPSR nih,Ipah macam dah tak larat nak baca buku.Makanya,dia pun mula la cari kerja sambilan dalam rumah.Macam,ajar Mama macam mana nak kira mata badminton sebab orang lain semua dah give up nak tunjuk ajar.hahahaha! "Ipah pun sabar je lah",katanya. Adoi,mesti Mama rasa nak ketuk Anum dengan kayu hoki je ni.Ye,itulah alatan yang paling berjaya di tangan Mama selepas sudip,pisau dan kuali =).Bubur nasi Mama paling sedap sampai Athifah pun ade kerja sambilan nombor dua iaitu berebut nak habiskan bubur nasi tu.Juara mungkin milik Along & Ariz sebab mereka nak stay-up tengok ManU vs Arsengal,mesti dibedalnya semua bubur itu.Takpe Ipah,mungkin Ipah boleh buat kerja sambilan yang ketiga,karaoke lagu Menjelang
Hari RayaUPSR..lalalalalala~~ - Mama mungkin dah rasa tergugat bilamana aku tunjuk bilik baru aku ni.Macam kagum je dengan semua design perabot aku ni.What to do?Tokei Ankur pun sangat impress ok.Berulang kali dia tanya sama ada aku ada ambil jurusan lain sebelum enroll MBBS nih.Kemahiran Hidup la kot.Tapi tak cakap lama dengan Mama,semua orang takut kalau Mama tidur lambat nanti,takde orang nak masak untuk sahur.HAHAHA!
- Apis masih di Terengganu.Kalau tak mesti lagi riuh aku bergosip.Sebab dia paling havoc.Ala-ala Chef Wan gitu.Tapi aku yakin,dia akan jadi lebih hebat dari Chef Wan suatu masa nanti.InsyaAllah.Tapi Apis,sila berputih mata ye.Anum rasa rumah baru nanti bakal pakai design Anum.sekian,harap maklum.HAHAHAHA!And eventhough you're the last one I wrote about and seems to be the shortest note among the rest,always know that I love you so much,bro.Believe in yourself.You're in right path,just strive harder and make sure you're in DL again this sem. [DL itu merujuk kepada Dean List.Ye,dia hebat,walaupun kakak dia karat!]
Aku biarkan gambar-gambar ini melakukan percakapan ye.Gila direct translation tuh.ahaha!.[inipun aku cilok je dari facebook.Harapnya takdelah yang nak claim copyright macam TV3 tuh.hehe!]
Zeenath Baksh Tatheemkhana
dan Islam satukan kita....
hidangan awal sebelum solat Maghrib
Mahfidz cakap dia tak prepare langsung speech nih.Tapi still delivered his best..=)
makan perlu fokus..hehe!
mereka gembira kerana mereka redha...
dan mereka bersyukur.kita bagaimana??
i heart this pic =)
And yes,I think I've made a wise decision by choosing this program over the Surathkal Gold Jubilee Badminton Tournament which was held on the same day.In life,we always have to choose......