Tuesday, August 30, 2011

Ucapan Raya Paling Glory

Man Utd lapan Arsenal dua,
Gembira hati tidak terkata,
Ramadhan hampir meninggalkan kita,
Menandakan Raya sudah tiba

Rooney hatrick, Young dua,
Satu dari Welbeck, Park dan Nani,
Orang muda tinggalkan kota,
Pulang ke desa sambut Aidilfitri

Fergie gembira tidak terperi,
Melihat De Gea save penalti,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah silap harap dimaafi

30Ramadhan di India bersamaan 1 Syawal di Malaysia.
Oh tapi esok kami akan sambut raya dan merdeka sekali. Bersejarah!
InsyaAllah.


Sibuk melenguhkan tangan buat kerisik untuk rendang daging 20kg!Shu poser saja di situ. Dia otai ayam masak merah.HAHA. 

Tapi inilah seorang teman aku beraya di India selama 4 tahun berturut-turut ni. Memang muka kitorang tak pernah hilang lagilah di bumi Mangalore ni. Bila sedih-sedih,saling pujuk memujuk sesama sendiri je. Mungkin sebab situasi kami sama. Bukannya tak nak balik, cuma keluarga sendiri pun tak menggalakkan kami balik.HAHAHA! Kitorang selalu berpendapat yang kami diasuh dan diberi pendekatan yang serupa oleh family masing-masing. Sekepala je selalu kitorang ni. Aku sayang ko Shu! Baik ko cakap ko sayang aku gak!LOL!

Tunggu lagi 2 tahun ya keluarga,InsyaAllah masa internship bolehlah apply cuti panjang sikit dan balik beraya. Ini semua pengorbanan,semoga dibalas dengan kejayaan di hari depannya. InsyaAllah 

P/S : Rasa nak hempuk laptop bila dia keluar lagu ..
"ANAK MUDA DI RANTAUAN, SEMUANYA PULANG KE DESA".
oh tapi,mungkin aku pun dah tua kot? LOL!

So,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA PEMBACA TOINK ! TOINK!
MAAF ZAHIR & BATIN ATAS SALAH SILAP SAYA SEPANJANG KITA KENAL-KENAL DI DUNIA MAYA NI. 

Monday, August 29, 2011

Tragedi 29 Ramadhan

Tersedar dan terus scan ruang bilik tidur. Otak dah rasa "HOMAIGOD!Aku rasa aku terlepas sahur ni". Terus cari handset sambil dalam hati dah start menyumpah-nyumpah apsal alarm wasn't sound loud enough.

4.48 a.m.

Apa? "Uish,sempat lagik nih.dapat air segelas pun jadilah." Hati cuba pujuk diri.

Terus tolak quilt dan melompat dengan bergayanya. Seriously,lompatan yang mampu menjagakan seluruh urat dan sendi tubuh. Bagus, memang itu yang kita perlukan.

Tengok jam di ruang tamu ada lagi 3 minit nak ke pukul 5."Ok,sempat-sempat". Jam tu sebenarnya Dian dah cepatkan tak tahu berapa minit. LOL. Selalunya, pukul 5 tepat camtuh,aku akan berhenti makan dah dan sambung minum air je sampai azan.

"Tapi semalam tak tekan nasi,lauk pun tak sempat panas camnih.Sia-sia lah aku masak lebih semalam. Dah lah sedap!" Terus meluru dapatkan air kosong dulu.Tak apa,kita fikir kemudian.

Dan oh,ternampak microwave di sebelah tong air BISLERI tu. Dan terus dapat idea. Cedok nasi sesenduk dan letak dan panaskan dalam microwave selama 10 saat. Dasar Faridahanum, pantang makan tanpa nasi! Habiskan air segelas dulu sementara tunggu nasi masak.

10 saat tamat!Ok,cukup la kot panas camnih.

Terus duduk di meja makan. Cedok ayam semalam seketul,kuah black pepper sikit dan kubis goreng. Gaul-gaul sikit. Ok,cukuplah panas macam nih. Dasar Faridahanum,pantang makan benda-benda yang dah sejuk. Sumpah tak lalu. 

Bismillahirrahmanirrahim.Ngap!Ngap! Sambil kunyah sambil tengok jam. "Sempat!Sempat!"

Tinggal lagi dalam 3 suap rasa kena minum air balik sebab black pepper ni berpotensi memanaskan lantas mengeringkan badan. Usunglah pinggan ke dapur, mengunyahlah aku sambil berjalan.

Sampai kat dapur terus langgar pantang. Terpaksa pegang gelas guna tangan kanan sebab tangan kiri nak pusing pemulas tong air tu. Mama dah pesan, tangan makan tu jangan guna pegang apa-apa hatta pegang sudu lauk sekalipun. "Tapi ni kira darurat dah ni". Sementara tadah air tuh,sempat lagi sesuap dua kot nasi. LOL. Faridahanum memang multi-tasker. 

Tumpukan pada tong air atas kerusi merah tu. Bahan-bahan kisar tu abaikan ye. Itu bahan-bahan untuk rendang daging 12kg aku sempena raya tahun tahun lepas. Epic tak?LOL

Kembali ke meja makan. "Ok,line clear.Tak azan lagi". Langgar pantang lagi, makan bersulam air. Boleh buncit tahu! Tapi nak buat macam mana lagi kan. Harus grab segala ruang masa yang ada!

Alhamdulillah! Tak adalah kenyang sangat pun. Cukuplah ni untuk alas perut. Habiskan air.

Tengok jam 5.02pagi. Apsal tak azan lagi nih? "Betul ke handset tadi jam pukul 4.48?"

Tak apa,tak apa,bertenang. "Kalau tersilap pun,dimaafkan sebab semuanya dilakukan dengan yakin" seraya membawa pinggan yang selesai licin ke dapur.

Kita pergi toilet dulu. Nanti azan lah pasnih. Dan elok keluar toilet tu azan pun berkumandang.

Dan aku senyum sambil angkat-angkat kening sorang-sorang di pagi-pagi buta ni. Dalam hati puji diri sendiri, "Aku memang super saiya!" Astaghfirullahal'azim!

Tapi sejujurnya diri ini berasa sangat overwhelmed sampai rawatib sebelum Subuh pun boleh jadi 3 rakaat. Kantoi tak khusyuk!TOINK!

Macam mana boleh tak terjaga?

1 - Housemates tak kejut! Padahal mereka berdua dah selamat sampai ke Malaysia pun. Eh tapi, bukan selalunya kalau aku tak bangun diorang pun memang wassalam lah tak bangun gak? HOHO. Maaf Zahir Batin housemates ku!

2 - Orang yang kat Malaysia lah tak kejut! Padahal masing-masing dah setuju untuk tak contact di hujung-hujung Ramadhan ni sebab masing-masing nak buat pecutan berganda. Tolak alasan nih. Semalam dan hari-hari sebelumnya boleh je bangun sendiri! 

3 - Semalam selesai tarawikh lambat. Tambah bila ada momen syahdu bersama Tuhan kan. Meletihkan fizikal tapi melegakan jiwa dan mental. Itu sebab alarm sikit punya gegar dunia pun boleh tak sedar!Apa-apapun Semoga ada keampunanNya untuk kita semua. Amin.

Yang sedihnya tak sempat nak Qiyamullail lah. Isk! Tak apalah..mungkin esok masih ada. India katanya raya 31. Aaaa...tahun lepas pun lambat dari Malaysia. Isk!

Berbuka puasa bersama anak yatim 20 Ramadhan yang lepas. Aku tak adalah gelojoh sangat sebenarnya kan? 

Saturday, August 27, 2011

Dodol Favourite Saya

Dua-dua housemates dah balik beraya di Malaysia. Tak sampai sebulan selepas kembali dari cuti-cuti Eropah. Aish, kenapalah aku belajar doktor nih?

Nasib baiklah lauk campak-campak untuk iftar tadi sangat sedap. Ala-ala ikan 3 rasa gitu. Ok,dah habis dah entri ini.

Motif? Bosan! Sedih! Rindu!

Siapa? Semualah!

Mereka ini lebihlah lagi..Minggu lepas anak bujang semua balik, maka Ayah mengambil kesempatan melakukan kerahan tenaga untuk mengacau dodol di kampung halaman, Kg.Kuang Hilir,Ulu Kuang, Chemor. Yes, Chemor yang dalam iklan "Siapa nama?" tu.LOL. Kampung tak kampung, masuk TV jugaklah kampung aku. Kau ada?

MANDUR BESAR - peniaga dodol berjaya. Memang pelanggan tetap dah ada setiap tahun. Siap kena buat 2 rounds lagi masak dodol ni selalunya.

DOKTOR  sedang melakukan pemeriksaan kandungan gula dan nutrisi. Pemalas nak berdiri betul. Ok tak,malam sebelumnya beliau baru selesai on-call dan menyambut bayi. Dimaafkan.

CHEF kita ni aku tak tahu buat apa kat sini.Mungkin sekadar poser. Tapi mungkin juga bertanggungjawab dalam isu quality control. Mungkin, but I still doubt it.Orang dah biasa duduk Casuarina manalah reti berbahang bawah rumah kan. Mana layan masak lauk dalam kawah ni.HAHA!

Dikhabarkan yang mamat kidal ni sibuk buat drawings atas dodol tu. LOL! Gian seorang PELUKIS PELAN kot? Ke hulu ke hilir. Ke Kg. Kuang Hilir ke Ulu Kuang pun sibuk nak melukis aje. Ini anak kesayangan Ayah ni. Mintak apa saja pasti dapat. Aku rasa kalau dia bagi idea nak dodol kaler pink pun mungkin ayah akan pertimbangkan.LOL.

Aku dah agak dah,diorang ni sibuk nak bergambar je lebih. Kalah adik beradik perempuannya tau! Ayah je sibuk mengacau. Korang pula meng[K]acau.

Yang ni pulak ape kes? Motif? Memang jejaka metroseksual 2 orang ni. Jaga kulit. Jatuh saham kalau kena hasil letupan-letupan dodol yang sedang membuak-buak masak tu. Adeyh! Dengan siapalah diorang belajar ni entah. Sesat lagi menyesatkan!

Dan yang pastinya... Saat mereka ni beradu kepenatan, golongan wanita dalam keluarga HUHA kami ini, akan jadi tukang timbang dan tukang bungkus. 

Jadi semua boleh claim duit raya lebih sikit tahun ni! (eh,bukan tiap-tiap tahun pun macam tu ke?)

Jadilah...bisnes tahunan. Nanti kalau ayah dah pencen, mungkin jadi bisnes bulanan kot?InsyaAllah. Siapa tahu? Dalam rumah kami ini,tiada siapapun yang reti duduk diam.

Gambar curi dari FB mamat paling sibuk di Hotel Casuarina.LOL!

Friday, August 26, 2011

Indiral Tablet

I guess a person suffers from any heart disease will have two types of pain.

That is the direct pain of the disease itself ; which is something that can be described as per what it is. Chest tightness can sometimes become unbearable. Dyspnoea or difficulty in breathing as what layman will understand, sometimes is too horrible that she will end up breathing through mouth only, one deep breath each time because with chest tightness she experienced, she always feel as if her lungs are not adequately filled. In case she needs a sound sleep (which every human being need!), she needs at least 2 pillows and cushions on top of that so that her head is adequately higher than her body. And always sleep on her right side. Or else, dypsnoea will strike again and she will end up sleeping (if she ever manage to) to the sound of her heart beating. Good point is at least there's one Prophet sunnah that she keeps doing every day- sleeping on right side of the body.TOINK!

And an indirect pain which is indescribable but yet more mind-boggling ; the struggle to take every breath she can because of the fear of not able to do so the next seconds. Thought of sudden death can be extremely painful to mind and heart (baca:jiwa dan raga).  It makes her mind wanders upon all hearts that she might have hurt in the past, and never got chance to say sorry. All her future plans can suddenly become vague. Will she become a doctor? Have daughter? And most importantly, where will she go in the Hereafter? All she keeps thinking is she doesn't have much time left. She can't afford any failure and frustration anymore for every time that happens, she becomes more friable, more vulnerable. She might not have much time left..So why doesn't the Earth conspire and fulfill all her wishes?

But she should look into the bright side of the pain.

Take that direct pain as a warning sign. Instead of being distress, go for de-stress! For the past one month, workload has doubled or maybe quadrupled. Or increase exponentially? You tell. With weekly events to be handled (and 'ragam manusia' that comes with it-last minute cancellation, cancellation without notice, improperly dressed, reti-komen-aje-tapi-tolong-tak-nak people etc), catching up with studies, dealing with family&personal matters, it's all give her headache -----> stress --------> heart ache!  And being a perfectionist is like carrying a double-edge sword. It kills anyone if not you.That one attitude she thinks of getting rid of, sometimes, especially when you need to work hand in hand with other people. One of her bestfriend,Cat says, perfectionist is just a stuck-up.LOL.She should really keep that in mind.

And yups, all things happen to bring her closer to her Creator. It should be that way. And she's trying at her best. And still she hopes that the Earth will plot all happy endings for her. Before she closes her eyes, she wants to gain that Dr. title in front of her name, to be by the side of man she loves and most importantly to taste the sweetness of Iman. Allah, please help her.


As usual, I don't really let people to comment on this. Obviously because I don't think anyone would understand what I've been mumbling above and even more obvious,I don't write for sympathy. I write because it heals me. It really heals me. A lot. More than what Indiral tablet would do.

p/s: Al-Fatihah untuk arwah Nenek yang meninggal tanggal 20 Ramadhan lepas akibat serangan jantung.

Siri 38 : RBC

Assalamualaikum....

Untuk penulisan aku hari ni, aku kembali kepada tema asal penulisan Journal Jumaat aku - Sains & Islam tapi dalam pendekatan  yang berbeza. Kalau sebelum-sebelum ni aku cuba menjelaskan penemuan sains dengan pembuktiannya yang tertulis dalam Al-Quran & Sunnah, hari ini apa kata kita cuba buat muhasabah diri melalui fakta-fakta sains. Tak salah pun sebab yang ditemui oleh sains itu semuanya ciptaan Allah juga. Mari kita tadabbur alam ni.

"Perhatikanlah dan fikirkanlah tentang apa yang ada di langit dan bumi! Tidaklah bermanfaat tanda-tanda(kebesaran Allah) dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman"- Surah Yunus,101


RBC adalah singkatan kepada Red Blood Cell atau nama saintifiknya Erythrocyte atau nama Melayunya Sel Darah Merah. Sel ini bertugas mengedarkan oksigen ke seluruh tisu badan dan mengangkut sisa-sisa kumbahan dari tisu-tisu untuk disingkirkan melalui pernafasan, perpeluhan dan sebagainya. Bersaiz 7.2microns dan mempunyai jangka hayat selama 120 hari sahaja. Struktur RBC terdiri dari lapisan membran yang melingkupi hemoglobin (heme+iron+globin). Hemoglobin inilah yang berfungsi untuk "mengikat" oksigen dan "membebaskan"nya bila perlu. Apabila selesai tempoh 120 hari berkhidmat, RBC ni akan dimusnahkan secara automatik oleh sistem tubuh dan heme serta globin yang dibebaskan pula akan digunakan untuk membentuk RBC yang baru pula. Manusia normal mempunyai kira-kira 4-5million RBC/cubic mm(mm^3) of blood. Sel-sel lain yang menghuni sistem peredaran darah manusia termasuklah sel darah putih(antibodi) dan platelet(membantu pembekuan darah).

Baiklah..sekarang cuba bandingkan diri kita dengan RBC tu...

"Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya,dan janganlah kamu turuti langakah-langkah setan...." - Al-Baqarah,208

Pertama, Allah telah mengurniakan nikmat Islam kepada kita. Agama Islam kalau dianuti dengan  sepenuhnya, sewajarnya ia mampu membezakan kita dengan orang-orang kuffar. Sama saja macam mana RBC tu mudah saja dikenali (di bawah mikroskop lah!) . Tingkah laku, pertuturan, pemakaian, perhubungan sesama makhluk, semuanya telah digariskan dengan indah oleh Islam sama ada melalui Al-Quran dan Sunnah.

Kedua, selama tempoh 120 hari RBC hidup, ia menjalankan tugasnya dengan patuh , semaksima mungkin tanpa banyak soal. Hantar pergi otak, ia bagilah oksigen ke otak. Hantar pergi jantung, hati, buah pinggang merata-rata dalam tubuh badan ia pergi. Hinggakan ke hujung-hujung jari-jari RBC komited saja buat tugas dia.Kita??? Aku yang dah 22 tahun hidup ni pun ada masa main celup-celup juga jalankan tugas aku. Kadang-kadang layan drama sampai lewatkan waktu solat. Nak nampak menarik, sanggup abaikan garis panduan yang Allah dan tetapkan. Ingat kekasih lebih dari ingat kekasih Allah. Cuba fikir balik apa alasan kita nak bagi kat Allah nanti sedangkan kita ni ciptaan terbaikNya?Aku selalu sebak bila kenangkan satu ayat dalam Al-Baqarah ayat 30

"Dan (ingatlah) ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi", mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, Sungguh Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Agak-agak kita punya pujian lebih pada Allah ke lebih pada Siti Nurhaliza? (aku la tuh!TOINK!)Padahal Allah sebenarnya ada menjelaskan tujuan penciptaan kita selain daripada sebagai khalifah seperti ayat di atas.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu" - ad-Dzariyat,56

Sejauh mana telah kita jalankan tugas kita sebagai khalifah dan beribadah kepadaNya? Setarakah kita dengan RBC? Sedang ia hanya punya 120 hari untuk membuktikan ketaatannya?Satu soalan untuk kita fikir-fikirkan.

Ketiga, dan yang aku kira paling sentap sekali...Tak tahulah korang macam mana kan.Bila RBC tu dimusnahkan..adakah ia betul-betul musnah? Tidak! Heme dan iron (zat besi) yang terbebas akan digunakan pula untuk membentuk RBC yang baru. And the same cycle goes again and again. MasyaAllah...setelah mati pun masih berbakti! Kita? Apa pula yang bakal kita tinggalkan atas dunia nanti? Dan adakah kita mampu mati untuk kebaikan makhluk lain?

Wallahua'alam.

Thursday, August 25, 2011

49


Jiwang much? 
Ini adalah attempt konon cute untuk minta duit raya dari orang yang pulang beraya di Malaysia.
Lagipun dah bergelar Dr. kan sekarang?
Pasti kaya!HAHAHA!

Wednesday, August 24, 2011

PROTON ?

Thought of sharing this jokes with you guys. Just for laugh, since laughter is the best medicine.Yes,that's coming from a doctor-to-be. You better believe it!

Here we go.

BMW : Bring Me Women
LEXUS : Luxury Exports to United States
FORD : For Only Romantic Drivers
HYUNDAI : Hope You Understand Nothing is Driveable And Inexpensive!
VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object
PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything
KIA : Kills In Accidents
TOYOTA : The One You Only Trust Always
PROTON : Power window Rosak Oh!Tidak Oh! No

NISSAN , anyone?

Or VOLKSWAGEN? 

Wordless Wednesday #7


Friday, August 19, 2011

Murtabak Maggi

Wohoooooo! Bulan puasa bulan mulia. Dan bagi anak-anak dara yang berpandangan jauh (macam aku.eceyh!) pastilah ini bulannya untuk men-test power di dapur dan mencuba resepi-resepi yang bakal digunakan sebagai senjata menambat hati suami dan mak mertua. TOINK! Oklah tu...setelah 11 bulan yang lainnya diisi dengan gosip-gosip bersama sahabat di ruang tamu, makanya bulan yang 1 ni, asuh-asuhlah diri untuk berhenti bergosip, dan melangkah-langkah lah ke dapur.

Ada lagi setengah jam sebelum berbuka. Menu 1 dah siap, yakni Murtabak Maggi! Yeay! Ini kali pertamalah mencuba.Hasilnya tak berapa nak cantik lagi rupanya...rasa InsyaAllah sedap. Mana aku tahu? Eceyh, kalau dah Melayu, memang terror bab "agak-agak" dalam masakan ni.HEHE. Tak payah nak celoteh panjang, kita terus pergi pada resepinya ya.

Pertama,dah nama pun Murtabak Maggi kan. Mee Maggi kira bahan utamalah, di samping telur. Masak Maggi sebungkus atas api macam biasa sampai kembang. Tak payah taruh perencah tau!

Dalam masa yang sama, pecahkan 3 biji telur dalam besen. Pukul rata. Masukkan bawang besar yang dah cili merah yang dah dipotong kecil-kecil. Ini ikut  suka hati lah. Kalau nak taruh daun sup daun bawang pun boleh =)

Oh,tadi aku masukkan juga daging ayam cincang beserta perencah Maggi sekali dalam adunan telur tu. Tepung jagung pun aku masukkan juga dalam satu sudu. Yang penting pukul kasi rata semua bahannya.

Jangan lupa masukkan garam dalam sesudu kecil. Teori akulah,memang kena lebih garam sikit sebab murtabak ni kita ratah saja, tak makan dengan nasi ataupun lauk pauk lain. So,memang rasa dia kena betul-betul cukup masin ,melainkan ko nak makan murtabak cicah kicap. Ewwww!

Kemudian, masukkan maggi yang dah siap ditoskan kepada adunan tadi. Gaul sampai semua urat Maggi tu kena telur.. Perghhhh!

Ambil kuali leper (frying pan), sapu-sapu minyak sikit biar betul-betul panas dan bolehlah masukkan adunan akhir tadi. Senduk demi senduk. Janganlah longgok sekali semua. Susah pula nak terbalikkan nanti. Bila dah letak atas kuali, tekan/tepek sikit dengan sudip,biar ada bentuk sikit.

Masak hingga kekuningan. Kalau nak garing sikit pun tak apa. Kehendak nafsu masing-masinglah!

Bila dah siap,boleh hidang bersama sos cili =))))

Lebih kurang beginilah murtabak Maggi pertama yang aku buat. Memang hari ini dalam sejarah betul!

Lagi 10minit nak berbuka..Kena pergi masak sayur pula!Selamat mencuba kepada yang nak mencuba!
Toodles!

Thursday, August 18, 2011

48

Jikalau merindu pada purnama,
Kenalah tunggu pada waktunya
Tapi andainya kau rindu padaku,
Ketuklah pintu hatiku sedang menunggu.


Jikalau merayu pada sang bunga,
Jangan terus menghidu harum baunya
Manalah tau ada racun berbisa,
Nanti kau susah pula mencari ubatnya.


Cinta memanglah indah asalkan kau berjaya


Jangan asyik melihat awan yang tinggi,
Duri di bawah tidak kau peduli
Jangan terlalu memuji si buah hati,
Kalau ia lari kau kan malu sendiri.


Jikalau menyemai benih biarlah berbaja,
Bila masa menuai pasti kau gembira
Jikalah engkau mencari kekasih
Oh carilah yang berhati mulia. 


Cinta memanglah indah asalkan kau berjaya


M.Nasir -Jikalau Berkasih

Monday, August 15, 2011

Hamba Ramadhan

Selesai Dhuha tadi aku mencapai Al-Quran pemberian kedua orang tuaku. Satu-satunya pemberian berharga yang aku mohon dari Mama semasa Mama dan Ayah berpergian ke Tanah Haram, Makkah al Mukarramah pada tahun 2007. Aku selak ke halaman bacaan yang aku tanda menggunakan business card Ayah. Mungkin penanda yang sama yang Ayah gunakan di sana sebab ada tulisan pen yang mencatit nombor halaman dalam Arab pada tarikh sekian-sekiannya. Entah bilalah akan sampai rezeki aku untuk mengaji Al-Quran di sana....Aku mahu,aku rindu.

Oh,sebenarnya aku bukanlah mahu bernuansa syahdu di pagi hari minggu ni. Eh,bukan hari minggu ya? Maaf, hari ini 15/8 merupakan cuti umum sempena Hari Kemerdekaan India. Bangun pagi tadi pun aku macam ingat masih Ahad.Sudah tahun ke64 India merdeka. Tahun ini aku tidak ambil pusing dengan sambutan di kolej dek kerana kepenatan menguruskan Majlis Sesi Ramah Mesra & Iftar untuk pelajar Malaysia semalam disambung terus dengan mesyuarat berkenaan sambutan Aidilfitri pula. Pulang saja sudah jam 9.30 malam, dan hampir ke pukul 10.30 malam aku berdiskusi bersama naqibah kesayanganku tentang...apa yang kami klasifikasikan sebagai masalah ummat. Sebelum tidur,aku gagahkan juga bertarawikh sebab kalau ikut nafsu rehat dan tidur tu memang confirm tak akan bangun dah sampai ke sahur. Rugilah aku macam tu!

Alamak,perenggan tadi melalut juga. Kita mula semula.

Oh,sebenarnya aku bukanlah mahu bernuansa syahdu di pagi Isnin ni. Cuma tadi, bila aku selak halaman Al-Quran..rupa-rupanya dah sampai ke juzuk 15 sudah, dan kebetulan juga hari ni sudah masuk hari ke15 Ramadhan. Alhamdulillah.....Tapi jangan salah sangka, aku bukannya baca Al-Quran satu hari satu juzuk. Oh,tidak sama sekali! Aku pegang pesan pembaca aku(Raja&Isteri),aku mahu jadi hamba Tuhan selama-lamanya, bukannya hamba Ramadhan semata-mata. Aku hanya meneruskan kelaziman sepanjang tahun  untuk membaca kata-kata Allah itu. Yang mengikuti blog ni sejak sekian lama pasti sudah mengetahui yang aku hanya khatam Quran setahun sekali, iaitu pada Maal Hijrah,hari permulaan tahun Islam serta juga hari di mana umur aku akan bertambah setahun mengikut kalendar Islam. Kalaupun ada amalan yang ditingkatkan di bulan mulia ni, mungkin dari segi pemahaman isi kandungannya. Itu target aku untuk Ramadhan kali ni. Biar aku faham segala apa yang aku baca dalam solat aku. Memang rasa nak lepuk kepala sendiri bila fikirkan yang himpunan surah-surah Juz 'Amma yang dah jadi lancar di lidah semenjak aku Tahun 3 sebenarnya punya banyak pesan dan nasihat yang penuh kasih sayang, malahan amaran dari Allah s.w.t. Selama ini,hanya hafaz lancar di mulut tapi langsung tak terkesan di hati. Habis kuat maksud surah Al-Asr (Demi masa.....) Itupun sebab dulu masa sekolah, itu memang surah yang popular kan. TOINK! 

Alhamdulillah...setakat separuh Ramadhan ni,dari Ad-Dhuha hingga ke An-Nas bukan hanya sekadar lancar di mulut. Ianya sudah sampai ke dalam jiwa. Begitu juga dengan beberapa potongan ayat dari surah Al-Baqarah, Al-Kahfi dan As-Sajdah. Surah-surah yang lain pun aku usahakan untuk fahamkan maknanya barulah akan aku bacakan dalam solat. Itu juga kunci untuk khusyuk dalam solat. Tambah pula bila teman kesayangan dah pulang bercuti dan akan beraya di Malaysia tahun ni. Ok,dah terlebih sudah.Itu sahajalah untuk cerita Ramadhan aku kali ni.Aku mengambil peluang atas keberkatan bulan ni sebagai satu batu loncatan untuk menjadi hambanya yang lebih baik. How to explain this lahhh? There's something about Ramadhan you know...Eh,you know or not?That sort of feelings that makes you feel like "menghambakan diri" to Him sebanyak-banyaknya.But like what I said before, jadilah hamba Tuhan,bukannya hamba Ramadhan...

Semoga setengah Ramadhan yang berbaki ni dapat aku manfaatkan sepenuhnya. Ada masanya memang akan sibuk dengan urusan-urusan pelajaran dan urusan-urusan yang "agak" keduniaan. Tapi InsyaAllah, dalam setiap langkah dan kekosongan masa, aku cuba memperbaiki hafalan aku.Tapi dalam hati sajalah. Aku lebih selesa begitu. Lebih menjaga hati aku dari tersimpangnya niat dan timbulnya riak. Dan lebih menjaga diri dari jadi mangsa fitnah dan salah faham. Saya tak pernah salahkan orang kita(maksudnya orang Melayu) bila mereka cepat menuduh orang kita (maksudnya orang Melayu) ni menunjuk-nunjuk dalam perkara kebaikan, sebabnya memang orang kita (maksudnya orang Melayu) ni memang senang terpesong niat bila berbuat kebaikan. Dah tu saya menulis macam ni pulak untuk apa? HAHA. Terpulanglah pada yang membaca,tapi InsyaAllah, niat aku selama menulis ni pun, kalau bukan kerana nak berkongsi,pastinya sebab aku menganggapnya sebagai diari untuk aku semak-semak dan muhasabah diri di kemudian hari. Mungkin Ramadhan yang depan, atau mungkin 10 tahun lagi. Wallahua'lam

Penyelesaiannya? Tepuk dada..tanyalah Islam, Iman dan Ihsan =)

"Jadilah kamu menjadi orang-orang yang Rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al-Kitab, dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya" - AliImran,79

Friday, August 12, 2011

Siri 37 : The Stirrer

A student asked his teacher ,
"If the shaytan(devil) is locked up during Ramadhan, why do people still do bad things?"

And so the teacher answered,
"What happens when you stir a cup of coffee for a long time? After you take the spoon out, the coffee continues to stir on its own,right?Shaytan is the stirrer and we are his coffee. Our bad habits continue to stir even when he is away!"

p/s:credit to Shu

Sepertiga Ramadhan telah pun dilewati...apa kita masih sibuk memikirkan juadah berbanding ibadah?

Thursday, August 11, 2011

47

Where are you now, my other self? Are you awake in the silence of the night? Lets the clean breeze convey to you my heart's every beat and affection



Where are you my beloved? Do you hear my weeping from beyond the ocean? Do you understand my need?  Do you know the greatness of my patience?


Sail your smile into the air, it will reach and enliven me!
Breathe your fragrance into the air, it will sustain me!

An excerpt from A Lover's Call XXVII by Khalil Gibran



Saturday, August 06, 2011

Siri 36 : Ibadah Ramadhan

Assalamualaikum sahabat,

Jarang-jarang aku bertanya "bagaimana puasa kau hari ini?"
Kerana yang aku tanyakan "bagaimana Ramadhan kau hari ini?"
Aku tak ucapkan "Selamat berpuasa!"
Tapi aku ucapkan "Selamat ber-Ramadhan"
Kenapa?

Kerana Ramadhan itu bukan semata-mata menahan diri dari lapar dan dahaga sahabatku sayang. Kita menahan diri dari banyak perkara yang membatalkan puasa itu. Kita mengelak dari melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahalanya.

Inilah bulannya kita lihat warna sebenar diri. Inilah bulannya kita belajar menjaga tingkah. Inilah bulannya kita melipatgandakan ibadah. 

Tapi sahabatku, jangan kau sempitkan pemikiranmu tentang ibadah. Ibadah bukan hanya di atas tikar sejadah. Ibadah bukan bilangan muka surat Al-Quran semata-mata.

Jangan kerana kau berjaga sehingga ke sahur untuk tarawikh dan Qiyam, Selepas subuh disambung Mathurat dan Al-Quran hingga ke fajar. Dan kemudiannya kembali ke katil, kau butuhkan rehat yang kau perlukan. Sedangkan ada kuliah pagi yang menanti di kampus kau terus abaikan.

Nanti kau terjaga untuk Dhuha pula. Kemudian kau tambahkan dengan Tafsir dan Zikir. Sedang waktu itu sepatutnya kau menjalankan kerja-kerja klinikal di hospital. Mengingati Allah itu perlu dan boleh di mana-mana saja sahabat. 

Petang nanti datanglah ke kuliah dengan muka segar bertenaga sahabat. Jangan jadikan puasa itu alasan untuk muka mencuka. Untuk tidur sewenang-wenangnya. Apa kata yang bukan Islam nanti? Puasa itu sengaja membunuh diri? Jangan tuduh mereka tak memahami, kalau kita yang salah memberi erti.

Sahabatku sayang, pernahkah kau dengar kisah Abu Darda' yang tidak tidur malam kerana mengerjakan ibadah? Lantas beliau ditegur sahabatnya bernama Salman ,"Tuhanmu ada hak ke atas kamu, badanmu ada hak ke atas kamu dan isterimu ada hak ke atas kamu. Berikan kepada semua ini haknya". Dan Rasulullah tatkala mendengarkan itu berkata, "Benarlah Salman" - Riwayat Bukhari

Ya,Ramadhan memang setahun sekali. Tapi Islam adalah selama-lamanya sebuah agama yang mementingkan produktiviti dan kualiti di semua segi. Allahua'lam.

Thursday, August 04, 2011

46


"Do not try to explain feelings. Live everything intensely and treasure what you feel as a gift from God" - Brida


"When someone leaves, it's because someone else is about to arrive - I'll find love again" - The Zahir


Wednesday, August 03, 2011

During this time...


During this time of the day,
I still ask myself why was I born on August 3rd,1989 a Thursday?
 Why not in September or in May?
'Coz it's a Taurean life I want to stay,
And I bet none of Virgos can compete my sway!
"A Leo always look for a prey",
That's what people always say.
But I see myself a different way,
Still I love her day by day.

During this time of the month,
I has stopped thinking what I want,
I has stopped figuring who is the one,
I soak up for the sun
And just want to have fun.
(Or maybe I should just give this part up 'coz they seriously don't rhyme!HAHAHAHA)

During this time of the year,
I sit and wonder,
Age might just be a number,
But life will not be easier,
Responsibilities are just getting bigger,
Thus I ask Allah to make me stronger,
To pace through storm and thunder,
Upon trouble ; never go blunder,
To love life whatever it renders,
Upon happiness ; I'll thank You,the Lender

NORFARIDAHANUM is now 22 years old.
OMG! OMG! OMG! Still a bimbo she is.



Lobo Prabhu Court,Lighthouse Hill Road,Mangalore
03082011 1840hrs
p/s: it's my 1st time writing a poem in English,tolong jangan ketawa boleh tak?

Monday, August 01, 2011

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA PEMBACA TOINK ! TOINK !
 maaf kalau ada keterlanjuran bahasa selama saya menulis dan anda membaca di sini.
mari mulakan Ramadhan dengan hati yang  murni.
semoga bertambah iman dan amal.
InsyaAllah

p/s:Ramadhan saya untuk 2 hari pertama ini hanya bersendiri. Housemates yang ber-kembara ke Eropah masih belum pulang lagi. Rindu kau oranglah!