Thursday, December 31, 2009

< 159a > Pengkisahan Tahun Baru

SAYONARA 2009

2009-Keluarga induk masih lengkap. Bilangan masih kekal. Tidak berkurang. Alhamdulillah. [kalau bertambah pun Alhamdulillah jugak. Mama & Ayah sentap!HAHA!] Ini pinjaman termahal dari Al-Awwal. Yang boleh buat aku nangis dalam telefon walaupun bukan 1 Syawal. Anum sayang kalian. Kalau rindu yang sangat kuat ini boleh diberi skala macam scala-richter yang mengukur kekuatan gempa,nescaya kekuatannya mampu bikin semua sensor di laut keluarkan signal BEEP BEEP Tsunami!Tsunami! BEEP BEEP Tsunami!Tsunami BEEP BEEP. Comel pulak sensor macam tu. Comel macam minah Korea.

   Mamat korea pun layan. Mata dalam-dalam menikam nih yang aku cair ni.



Tapi, Mama lagi comel. Sentiasa bersungguh-sungguh nak bergerak seriring dengan anak-anak beliau yang sebenarnya,semua pun pemalas nak bergerak. Statik. Along depan laptop. Ana depan handphone. Anum depan komputer, Apis depan TV, Ariz depan PS, Athifah depan cermin bilik mama main berlakon-berlakon. Oppss!terperinci pulak cerita Athifah tu. HAHA! Ayah depan surat khabar! Tapi, kita ada satu undang-undang. Makan mesti sama-sama semua orang, melainkan orang tu tengah tidur terbungkang, yang mana melakukan sebarang kejutan adalah sangat dilarang!Satu lagi waktu kita bersama ialah waktu petang, isi waktu senggang sebelum azan Maghrib berkumandang, dengan sembang kencang (Ariz) dan tawa riang. Oh sebenarnya, nak cakap tentang kecomelan Mama kan tadi?Mama comel sebab kitorang semua cakap "Gabra" tapi Mama cakap "Cobra" dengan muka penuh keyakinan dan kecomelannya.  Dan Mama selalu tulis SMS tanpa noktah serta bahasa singkatan yang comel habislah sampai kitorang semua kena main pass pass handphone dan buat brainstorming untuk dapatkan makna setiap perkataan.  Untuk itu, Mama memang comellah!!!

Ayah masih lagi ke kebun hujung minggu bersama 100PLUS 2 botol. Oh cuma tahun nih, selain 100PLUS, ada pil supplement yang aku gesa Ayah cuba.Dan Ayah sangat suka.Kan Ayah? Ayah masih lagi ke surau pagi Sabtu untuk main badminton. Mengimarahkan surau katanya. Kadang-kadang aku ketawa kenangkan Pak Haji bersukan. Oh,sangat berbeza dengan zaman Ayah main dekat kelab-kelab dan dewan FRU dulu.
Ayah masih lagi sibuk dengan kerja-kerja overtime. Asalnya aku buat don't know je. Tapi,kalau dah duduk lepak belakang pentas dengan kumpulan Spider, sebulan sekali mesti ada pementasan teater, and asyik makan free jer,lama-lama aku pun orait je lah.HAHA! Cuma belum dapat jumpa Siti Nurhaliza ataupun apa-apa show yang ada Zahiril Adzim je. Dan yang pastinya, Ayah masih lagi tak lupa nak tanya aku "Bulan ni ada bangun malam tak?Banyak khasiatnya Faridah". Ye banyak.sangat banyak.Cubalah =)

Untuk abang,kakak dan adik-adikku di Malaysia. Tolong tengok-tengokkan dua insan mulia ini.

2010- Kekallah ceria dan gila-gila. Ini mesti sebab Ayah suka baca GILA-GILA, alih-alih satu family jadi camtu. HAHA! Kurangkan drop Mama, sebab Mama selalu takde geng untuk counter balik. Tapi jangan tak drop langsung, sebab nanti korang akan rindu muka comel Mama. Ma, Anum rasa Ma pun reti wat muka Telletubbies ar. HAHA!"Mama,adakah anda rasa di-drop?Sila katakan YA jika/untuk TIDAK." (sambil teringat muka "selenga" Ariz pegang microphone sebelah Mama) Arwah Atuk pesan,sampai diorang tua kita kena jaga. Tapi Mama dengan Ayah awet muda. So,kita tukar. Kita jaga sampai bila-bila ok kalian? Arwah Tok Wan pesan, apa-apa pun jangan sekali-kali tinggi suara. Waaa....itu Anum la selalu buat. Sebab nak jawab Mama panggil dari dapur. Jauh tuh. Memang kena jerit sikit =p




nak tengok salah satu dari ribuan muka "selenge" Ariz?Macam foto di bawah ini.




Apis pun ade versi sendiri


Along?Ade ke?Menantu pilihan ni beretika dan bertatasusila je selalu.HAHA!

Kami the girls la paling bertatasusila kan?


Ha..rindu sangat nih. Sila kesian kat Anum. Boleh mati camnih


< 158b > VAC2009-Ringkasan, Rumusan, Repekan Rawak

BERPATAH ARANG,BERKERAT ROTAN

Sesi kita diteruskan lagi. Ya, terima kasih kepada yang menunggu. HAHA! padahal aku rasa Cat seorang je yang excited nak baca ni. Oh, Cat pun nk pergi Turki nanti. InsyaAllah. Opps! terbocor pula rahsia. Abaikan. Aku potong balik ayat tadi ok Cat Kitty Kitty?
  • Kami berdua menapak di bumi Turki untuk pertama kalinya tatkala malam hampir menjengah. Hujan lebat. Sejuk. Belum menggeletar lagi. Tapi kaki macam dah kena frostbite. Ya, extremities aku memang sangat sensitif dengan penurunan suhu. Semua manusia normal pun macam tu sebenarnya. Cuma,badan aku memang suka exaggerate[dan allergic tak tentu pasal]. Alhamdulillah jua macam manapun sebab aku dilahirkan cukup sifat. Alhamdulillah sekali lagi sebab kami sampai dengan selamat. Alhamdulillah,syukur nikmat. Malaysia maju rakyat selamat. Apakah?  Secepat mungkinlah kami mencari stesen [apsal aku rasa ejaan betul dia stesyen?aiyok!] tram. Tahniah kepada saudari Dian yang dengan bangganya mengusung buku catitannya ke sana ke mari. "Ada aku tulis ni..dalam internet cakap macam tu." Makanya, setiap kali dia cakap macam itu, aku menurut sajalah. Sambil dalam hati cakap "Damn you internet,I'm losing the thrill of travelling already" [ok,jangan bagitahu Dian]Dalam tram, semua orang tengok kami dengan pandangan yang pelik. Baguslah,daripada jelik kan? Mungkin sebab diorang keliru tentang kewarganegaraan kami. Yelah, Dian mata sepet. Aku mata dah macam serombong[?] trumpet. Seorang cerah,seorang kurang cerah sikit je.HAHA! Malaysia memang truly Asia la wa cakap lu. Akhirnya,kami buat kesimpulan yang khalayak di dalam tram tu mungkin rasa cemburu tengok kami selamba pakai pengalas kaki warna merah jambu meredah suhu yang hampir ke takat beku itu sedangkan mereka sibuk berkasut kulit lembu, berlapis-lapis baju, kot siap berbulu-bulu. Walhal, aku dah gelabah congak berapa kilojoule tenaga lagi yang tinggal untuk bekalkan haba sebelum badan aku vibrate ala-ala Nokia3310.Aku dah la jenis self-conscious tahap awan komulunimbus, bila orang tengok macam tu tambahlah gelabah aku lagi. Dian pun dengan lagak seorang kaunselor, tenangkan aku sepanjang jalan dengan mantera "Kita memang nampak macam foreigner kan. Kita mana tahu. Mesti diorang pikir kita tak tahu punyalah". HAHA! Ulang kali jugaklah Dian cakap macam tu. Dia pun gelabah gak sebenarnya. TEEETT!

  • Hari pertama di Istanbul,kitorang semangat bangun pagi nak tengok-tengok sekeliling. Hari pertama di Istanbul, kitorang still tak reti-reti nak tukar pakai kasut. Sebab belum cukup sejuk. Sebab CROCS dan iPANEMA itu sangat comel. Perempuan dan nak nampak lawa. Mutual. Simbiosis. Cliche. Golongan hawa yang tak habis-habis ulang cakap korang sempoi dan pakai ikut keselesaan je. Main belasah,janji selesa. Berhentilah! Sebab ayat tu buat aku nak muntah. Dah lewat petang baru aku sarung sneakers sebab langit muntahkan hujan macam nak berperang. Sejuk menggigit sampai tulang-temulang. Hari pertama di Istanbul,aku dah bikin kacau satu wilayah. HAHA! Seriously,sangat memalukan. Ternganga sangat tengok Hagia Sophia dengan Blue Mosque sampai aku tak sedar tram lalu. Padahal dia dah bunyi loceng amaran banyak kali. Aku dengar tapi apasal entah otak aku tak proses langsung. Arakian terjadilah sebuah kisah yang mana tram terpaksa berhenti mengejut lantas menyebabkan semua orang memandang tepat kepada aku. Sultanahmet merupakan kawasan tumpuan pelancong kau tahu. Berbaris-baris lot-lot kedai. Berbagai-bagai warna,rupa dan ragam manusia. Aku punya ragam bimbo pun termasuklah juga.Yang dalam tram dah sibuk-sibuk tengok kat tingkap kaca. Pemandu tram jangan cakaplah. Tepat je kat sebelah aku dah,sambil buat muka yang sentap wa cakap lu. Ampun Ayah Mama. Anakmu yang seorang memang suka bikin kecoh tanpa niat. Ampun dunia. Salam dunia. Salam hari raya. Apakah?Sakit pinggul kena hempuk dengan tram tu boleh tahan lagi. Tapi sakit muka sebab kena hempuk dengan tembok lantas menjadilah si muka tembok, siapa nak tolong????Adoi!!! Faridahanum boleh tak jangan bimbo sangat????Olallalalaa~ "Tak apa tak apa. Kita foreigners." Mantera ajaib diucapkan lagi. HAHA!


Bersambung lagi. Nak buat post pasal tahun baru dululah.

Ada siapa-siapa boleh terangkan peribahasa berpatah arang,berkerat rotan tu tak? Macam sesuai je dengan penulisan kali ni. Macam pernah baca atau dengarlah,di mana-mana.Aku dah ingat-ingat lupa. Naz? err...Ayah?

< 158a > VAC 2009: Random Recaps, Reviews & Rants

EXPERIENCE IS SIMPLY THE NAME WE GIVE TO OUR MISTAKES

The process of journalising my trip here isn't a success,today. Will try again tomorrow. Sorry. It's like all those bits and pieces scatter all around my brain and can't be wired together. Hitherto, I choose to recap some fond [and scary] moments I've had during the 10days trip. Shall I call it a review?I don't know. But to add some spices,you will see my rantings in between. Chewaahhhh!!! Bullet points seem simple and easy for now. But the problem is they may go up until infinity. Just bear that in mind. Just in case. Just. In case. owh wait, did I just use 'hitherto' there? HAHAHA! Of all words!Very old school!Very PMR!
  •  Mangalore has 2 train stations distant about 10kms from each other. What's the point of telling this? Oh,we went to wrong station that night and had only 20minutes left to catch our train to Mumbai in Mangalore Junction terminal. Hello!this is India okay. 10kms ride isn't that easy for an auto-rickshaw. But we've made it on time. Thank you Allah. Thanks to the the auto-rider [or driver?I'm confused!] Thanks also to ABK,you know who you are for consoling us with those "sempat , sempat" word.HAHA!It helped. Sikit-sikitlah. Ayat jaga hati. He even gave the detail of our train owing to the fact that we were both damn freaking out that we just wanted to get into a train. We might get into the wrong one. When a bimbo travel with a bimbo, you never know how bimbotic a situation could be. We just wanted to get into a train! Anyway, it's my mistake. I thought that Mangalore Central and Mangalore Junction are one and the same. But as far as I know, trains from Mangalore Junction head towards south only. And last year, I left for Mumbai from that Mangalore Central. And I have asked the agent before whether it’s the nearby station or the one in Kankanady and he told me “that near one.only 10minutes no?”And..And..And.. Emirates okay,my defensive act strikes. Leave it then. Experience isn’t a good teacher .I knew it. I knew it. 

  • I’ve made myself clear to my closest friends that Dubai isn’t the place that I would spend my holiday in. The 6 hours transit was more than enough. I’ve got to see many places and most importantly the Burj Al-Arab. The only 7 stars hotel in the world that dares to cost you at least 1000USD per night. OMG right? I screamed that out loud too. And let out another OMG when I heard “always fully booked,friend”. UAE owns the world’s oil. Don’t be surprised when it prices 12 dirhams only for 7 litres of petrol. I think I heard it like that. Go and get the correct info from the internet if you are that interested. I don’t bother. Sorry. Mercedes, BMW, Ferrari and Alfa Romeo were common sights on road. Ouch,this reminds me of my siblings back home. We have this same habit of wooing jakun-ly at those brands of car when they passed us. "Wooo.tengok tu!tengok tu!". Apis is so great in recognising the models and brands. He can cite it just after a glance! I know maybe one or two. But X7 never missed my sight. I’ve seen them thrice in Malaysia. I miss my family. I haven’t seen them for 6 months already.[Webcam tak kira r weyh.Mana real!] Done with that. Talking about Dubai’s highways. One that really impressed me was the sensor system they used to replace toll plazas. Almost like the SmarTag we have in Malaysia. Only that the sensor is a tiny rod held 60metres above stretching across the road, the card is a road-tax like piece of paper and you still can speed at 100kmph while passing the sensor. Pretty cool huh? I should have taken a photo. But hey,it costs you 85 dirhams per day just for the toll. Another note, parking fee is 25dirhams per hour.  I admit that everything is superb, fantastic and gigantic here. And materialistic as well. Just not my place. On top of that, all those are manmade. Artificial never turn me on. So, “plastic people”, better watch out if you ever come near me. I may puke on you.

  •  Emirates is the best airlines I have experienced,so far. It's only the sixth airlines I've tried anyway. Really worth my money for! Excluding the fact that they don't allow me to take the small pillow as a souvenir,everything was heavenly pleasant. And what's up with the pillow? HAHA! We managed to stuff the orange one into our sling bags upon transit in Dubai. But the greedy bimbo us wanted the purple one also though there's no more space in our bags to squeeze it in. So I asked the stewardess would it be okay if I take it with me and she politely answered, "I would say yes, but seniors in front doors will stop you" HAISH! Senior thingy. Whatever! Okay then. A lesson learnt. Next time, bring a large handbag!Anyway, having your own screen with thousand of music and movies to choose [I only had this once with MAS] made me no longer care about the surroundings. Exaggeration,as usual. Of course I realized it when the crews came offering juices or to serve meal. Between food and Alice, I chose food!HAHA! I need to eat to live,people. And I'm living my life,my own way. For 21 years. According to Hijr calendar, I'm officially 21 already and this time I celebrated it up on the sky!Thrill no? Actually I didn't even realize it was 1st of Muharram until Ipah texted me while I was in Dubai. Oh wait, Alice?Ala..that Alice who fell into a hole and suddenly be in the other land. A wonderland! Alice in Wonderland!  I watched it! Excuse me,it's hard to find it anywhere nowadays! I enjoyed watching it,just like my very first time watching it. You know..that time..When we had this big big tape recorders I don't know what to call them. All I know, I took the cases and turned them into pencil boxes. Siap lekat gambar Ronaldo9 lagik kat depan! It's pretty cool to have one back then. And we still keep those tapes at home. Power Rangers the Movie,  Godzilla, The Lion King, Kisah Mimpi Ustaz Harun Din Bertemu Rasulullah and others,mostly WWF tapes. Ayah has been a wrestling fan ever since I knew how to watch TV I guess! Yeah,I reminisced all these while on the plane. Great time! Myriad thanks Emirates, you're number one in my heart! Eyh, MAS isn't that bad. You can take the blanket and pilllow and even roaming in the airport with them! I've seen many people doing that but still I don't have guts to do so. Seganlah bila sama-sama Malaysian. Ada kemungkinan terjumpa lagi kemudian hari. Malaysia taklah besar mana. Itupun aku tak abes cover lagik.DINGDONG! I hope that Addal or Addin won't let Pak Chaq read this. Eyh captain,how are you doing? Everything goes beyond expectations huh? Wait for Ida and E for the next Lot76 gathering! 


OK. That's all for now. The points are getting expanded! Tomorrow, I'll blog again. After going to morning market and prepared myself ayam masak merah for lunch. Ah,can't wait!!!But you people can wait right? Please? xoxo!

Wednesday, December 30, 2009

< 157 > I'm Back

A CREATIVE PERSON HAS TO CREATE



I shouldn't be sorry for my hiatus right?

I've told you earlier that I'll be away for a holiday. Get rid of all those thick books.

Of course, there will be few updates about the trip later. I can't say the exact number of how many updates there will be since I'm uploading the photos on Facebook at the same time!!!! Still in the euphoric mode. You can say so.

Hang on.

After all,I'm back.
Fully rejuvenated. Refreshed.

Holla 2010,lets bring it on!


P/S: It's Dian's birthday today and I'm pretending not to remember it. You guys should see her face in the train this morning. Hey, she forgot my birthday last time!!!By the way, we will celebrate it tonight with some friends may be. Yeah, some. From other colleges. Ours? They are still in Malaysia. DANG! O man, a P/S shouldn't be this long right? What does P/S mean anyway,anyone?

Sunday, December 20, 2009

< 156 > Si Pemain Busar

INTENSE LOVE DOESN'T MEASURE

Hai si pemain busar yang lonely
Aku ketemu kamu malam tadi
Setelah lama lenaku sunyi
Namun gambaran mimpi itu tak enak sekali
Buat aku terjaga bertemankan azan bumi Turki
Ada aliran panas pantas mencurah di pipi
Kekadang aku terkenang kamu, tidak kunafi

Hai si pemain busar yang segak
Ada masanya jiwaku kuat membentak
Kecewa mengapa kita tiba-tiba tak seirama bergerak
Ada masanya minda aku berkocak
Keliru bagaimana kita teralih rentak

Hai si pemain busar yang tegar
Lama kita tak bertegur khabar
Sedang dunia ini tidaklah besar
Tanpa wayar, jalur lebar, teknologi berlingkar
Atau mungkin ini lebih wajar
Biar sahaja yang indah itu kekal malar

Hai si pemain busar yang handal
Tusukan panahmu pernah buat aku khayal
Telah juga ajar aku supaya cekal
Aku senyum saja saat kulihat kau lagi berskandal
Tak mahu lagi aku ambil pusing nak berjawab soal
İlmu kita tersangatlah dangkal
Biar pada dia saja kuserah tawakkal


Dari Safranbolu ke Ankara,
terima kasih alam yang merentang, walau kontang nampak terang. Itulah gambaran hati aku sekarang, mungkin gersang, tapi tenang. Maaf, hodoh sekali penulisan kali ini. Salju. Otak membeku. Jiwa...dah lama pun begitu. 

Monday, December 14, 2009

< 155 > I'll Tell You One Secret Recipe

FAILURE IS SUCCESS IF WE LEARN FROM IT

That is how to make curry puffs.[KARIPAP LA SENAH OI!TOKSAH DOK PENING SANGAT AISH]

Do google "cara-cara membuat karipap". I'm pretty sure there are hundreds of websites had this written on.

Just follow the instructions given there. and, Good Luck. I mean, big Luck

But wait, my humble advice..

Don't attempt to do two jobs at once this time. For example, frying the curry puffs while working on a heap of one week collection of unfolded clothes. Or else,all your hard works 'menggentel', 'mengelim' , 'mentaruh inti' will go down the drain,just like my suppose-to-be-a-yummy-breakfast today.TOINK!






I have to admit that I was so frustrated since it had been few years I didn't eat curry puff. 5 years,to make it clear. Yups, since that very fine morning in SOKSEK's mess hall where I bit a curry puff,just to find a half body of a fly jammed in between those potatoes and meats. Oh wait,another half? Was being munched in my mouth. Terima kasih, makcik dewan makan. Saya trauma.

And what has happened this morning might be another proof that curry puff and me,just can't get along well. Phewwwww~~~ That's how I take it,anyway. Blerghhhh!Don't you think it's just another excuse for me not to be in the kitchen?TEEETTT!

Apis,I know you're laughing your ass off. DANG!

< 149b > Pre-VAC 2009

Here is another hint on my holiday destination.




ONE GAME DOESN'T WIN TITLES...GLORY GLORY MAN UNITED  - Cat

Sunday, December 13, 2009

< 154 > Muka Surat Sulit Naz

HAPPY BIRTHDAY NAZ

oh,siapakah Naz?
dia penulis blog bertajuk Muka Surat Sulit Naz

apa kepentingan mengucapkan ucapan ini?
entah!dia tunggu ucapan aku kot!

kau orang ada apa-apa ke nih?
Hotak lu!maharani dia nak campak mana?

yiipieee Naz.sebab U banyak kali tuntut I wish birthday U kan. Dari blogspot ke Facebook. Nasib baik U tak  ada kunci nak masuk kotak mimpi I,kalau tak harulah malam 13 Disember I dengan lembaga hitam tanpa kepala yang asyik mengilai-ngilai Norfa,Norfa.haha!

I doakan U panjang umur supaya dapat terus menghasilkan karya-karya yang pelik tapi terbaik (*-*)
serta berterusan dan ber-peningkatan dalam menjadi seorang hamba, seorang anakanda, kakanda & pencinta. Kalau ada masalah pening bertingkat-tingkat,I sedia berkhidmat, I boleh tolong cadangkan ubat bersama nota tambahan ditulis penuh hemat, "Janganlah terjerat dengan apa yang Doc ni bermuslihat, dia hanya mahu duit lebat" hahaha!

sempena birthday U ni juga,penat-penat I belajar macam mana nak link kan page U dari entry I ni ok. Penting ni. Setelah setahun setengah I tulis blog,hari ni baru I reti. dah r I ni GapTek [Gagap Teknologi] sikit. Ok tipu. GapTek tahap dewa moksya langit ketujuh kot! Tapi I dah belajar hari ni. Sekarang I tengah bayangkan kalaulah U link kan page I from your page yang ada 495 pengikut tu kan..wow!glamour I. Eyh eyh, I ikhlas je tulis entry ni.Ikhlas oh,tak harapkan balasan punya.Sila hantuk dinding kalau siapa-siapa tak percaya keikhlasan I. Yang percaya,sila potong kepala sekarang.haha!

owh,I jugak link kan page U dekat status YM I untuk satu hari ini..ala,camne nak tunjuk bukti ek? I tak belajar lagi camne nak letak YM or facebook page kat dalam post ni. Ada siapa-siapa nak bagi ilmu secara free kat aku tak?Boleh gak kurangkan percentage GapTek aku nih. Macam kritikal je GapTek aku ni. Kalau Ultraman,mesti dah blink-blink lampu kat dada dia.haha!

dah2, aku dah nak mula karutan pula. Entry nih siap ditaip pukul 11.58 waktu India.nanti I tekan "Publish Post"  je, mengambil kira kondisi internet malam ni yang macam trafik menghala ke utara masa malam raya, by the time it appears in my blog, dah genap pukul 12 lah. I'm very the punctual I tell you! [ceyh,padahal boleh je schedule time to publish this entry at chosen time] Tapi,tak thrill la pulak camtuh kan. ok,TEEEETTT!

notakaki : sumpah bila baca balik,rasa gila gedik,macam anak itik

Saturday, December 12, 2009

< 153 > 12.12.2009

GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA


perjalanan Ipah masih jauh..insyaAllah


teruskan menikmati hidup dengan keceriaan dan kesungguhan [jangan asyik makan bersungguh-sungguh je]


sentiasalah menjadi diri sendiri dan yakin dengan keupayaan diri


Anum sayang Ipah..walaupun Ipah selalu konplem seluar Anum "ketat-ketat-kat-atas-longgar-longgar-kat-bawah"


dan Anum bangga ada Adik macam Ipah walaupun Ipah selalu bising "Kak Anum,hang ni nak jemur baju pun,pakailah tudung dulu!"

SELAMAT HARI JADI IPAH GENIT!

12 aribulan 12,genap 12 tahun Ipah men-tidak-aman-kan hidup Kak Anum.

Tak aman tahu tak??Tapi Kak Anum tahu,Ipah saja nak balas dendam kat Kak Anum.kan?kan? Sebab dulu masa Ipah baby kan,yakni masa Ipah memang Genit secara teori dan praktikalnya [TOINK!],Mama suruh kitorang tidur keliling Ipah atas satu katil besar tu,sebab takut Ipah jatuh tergolek. Tapi tengah-tengah malam, Ipah melalak-lalak sikit punya kuat, lagi dahsyat dari lapar susu.  Rupa-rupanya,masa tu, kaki Kak Anum dah kat atas muka Ipah dah! Camne la kau bernafas adikku ooi!siap boleh melalak lagi. Ipah memang superb lah!haha!Sayang Ipah walau apapun!TEEETTT!

p/s I love you: Dalam gambar yang Kak Anum ada,semua Ipah pakai baju black & white je. Menyampah r! Baik Ipah suka pink balik,lagik best owh!

p/s I miss you:happy birthday juga untuk Ameer Syafiq @Mat Dung. Sori,aku tak tahu. Baca blog Anith baru tahu.huhu!jujur je aku ngaku kan?

Tuesday, December 08, 2009

< 152 > Primadona Sebuah Arena

JIWA MEMBENTAK RANCAK SAAT MATA MENAHAN PANAHAN

Ini sebenarnya kisah biasa seorang gadis biasa.Yang pernah teruja dengan kata-nama-lima-huruf-dua-sukukata-mulanya C-akhirnya-A. Kamu bisa teka itu apa?
Bagus gadis,tiada siapa yang abnormal dalam kalangan kita.Biasa-biasa saja semuanya.
Yang dah mula melirikkan mata memeriksa sesuatu di bawah sana,aku tak tahu betapa biasanya kebiasaannya perkataan itu pada kamu.Dan aku menanti tiba kalau-kalau ada antara kamu yang menulis tentang ini. [pemilik Lihat-Dengar-Rasa sila ambil perhatian]


Ada suara di talian sebelah sana. Menyusun butir bicara. 


Lamanya memendam, jiwanya kesempitan.
Tak terdaya lagi sekadar “hi kawan!” saat mata berselisih pandangan.
Primadona tanya, "nak suruh aku beli Rayban?"
Suara itu tertawa, tapi bunyinya pelik di pendengaran.


Peritnya memikirkan, mindanya buntu.
Tak sanggup lagi bersantai laku saat ritma jantung sebenarnya dah menjadi celaru.
Primadona tanya, "eh,kau nampak aku ke nampak hantu?"
Tertawa lagi tapi tawanya tipu, Primadona tahu.


Sesak, nafasnya sudah bersahut-sahut
Tak bisa lagi melayan rasa takut kalau-kalau pada dahan lain Primadona berpaut
Primadona tanya,apsal kau macam kena senggugut?
Dia tertawa. Sama juga. Ulahnya masih kalut

Kemudiannya. Pantas.
Sahabat zahirkan ucapan. Lepas.
Primadona bagi jawapan. Bernas.
Sahabat terdiam mapan. Panas.
Primadona ada pendirian. Tegas.


Daripada sepi, suara dah meninggi 
Menongkah realiti, menongkat harapan pada yang dah lari,
Lupa hidup masih menderasi, luka lama sebenarnya dah pergi,
Pantang cuba kedua kali, Pandang sangat sebuah tragedi,
Buru yang sekacak-kacak lelaki, buku saja tak bantu kau happy,
Zalim pada diri, zahir saja tampak berseri,
Jujur sangatlah ni, jual mahallah ni,
Tipulah hati, tirulah drama TV

Semua tuduhan sahabat hujankan,
Satu belaan Primadona hujahkan
Sahabat, walau kau bukan Tuhan
Janganlah pula jadi syaitan

Bukan berdalih, gagang masih tak berkalih,
Cuma sedih dengar sahabat dah macam penagih,
Apa yang sahih, sampai saatnya akan ada yang dipilih
Dan semuanya lancar tanpa usaha yang gigih
Itu yang Primadona fasih

Primadona kasihkan kamu wahai sahabat
Primadona kasihan, tapi apa nak buat?                   


Sahabat rasa macam palat,
Primadona pula rasa ralat,
Sahabat cakap cubalah solat
Primadona kata keputusan dah bulat
Talian pun tamat,
Nak cakap maaf pun tak sempat,

Primadona rindu nak kembali ke arena,
Pernah dirasa indahnya semesta,
Telah juga ditelan sakitnya dipersia,
Sabarlah Primadona,yang terbaik itu menuntut masa

Maaf kamu,
Bukan masih menunggu,
Tapi sedang menunggu
Saatnya untuk hati aku terseru,
Tak percayakah kamu?
Adoi!kantung dosa dah nak tepu,
Takkan lagi aku mahu tipu?
Satu saja yang kau betul tahu,
Hati aku memang dari batu
Kental saja bila kamu dah label aku seteru.


p/s:kamu sebenarnya kacak di mataku


Dari Maharaja Residency ke KMC,Central Library
8 Disember 2009



Sunday, December 06, 2009

< 151 > Soalan Terkumpul

SO YOU THINK YOU CAN DANCE?

Lagenda 2009 baru sahaja melabuhkan tirai sejam lalu.
Nanti-nanti sahaja aku ceritakan tentang persembahan-persembahan yang penuh dedikasi oleh rakan-rakan seperjuangan di India. Malahan, ada juga yang layak diberi taraf hampir 5 bintang.

Oh,malam ini, dengan Tikah jadi saksi, aku diasak soalan dan penyataan yang bunyinya lain-lain tetapi bermaksud yang sama. Boleh kata dalam purata 5 tapak je,berhenti jumpa orang,kawan-kawan,adik-adik,kakak-kakak,[abang-abang takde lah pulak =p],perkara yang sama gak terpacul.

"Ko tak menari ke Num?"
"Hey,I pelik.Dah 2 tahun U tak perform-perform pun. Quit already,huh?"
"Pergi ambil mic tu sekarang weyh. Tolonglah selamatkan keadaan"
"Eyh Anum,tarian ko!" [dan aku hanya membalas dengan thumbs up]
"Babe,apsal tak menari?"
"Anum...apa nih..aku nak ko kat atas tu.Ko best" [adeyh Tehah,ini sumpah yang paling mengharukan keadaan malam ni]
oh dan juga bilamana Everlyn cakap "You sing much better than her"

Haish..mula-mula memberi jawapan malu-malu alah yang macam nih,

"I've just finished my exam lah babe. Nak rileks-rileks je datang sini"

Tapi aku silap.Lagi aku konon-konon nak bagi jawapan selamat, lagi teruklah aku kena bambu. Seperti ini...

"Dulu ko settle kan 2 dances in 3 days!"
"Go up there,open your mouth. No need  to prepare maaa"

"Dancing is your religion kot babe!You'll never get tired of it kot." [cuba teka sape yang selalu bercakap dengan banyak sekali perkataan kot nih?]

Pada yang bertanya,kalian pasti dah tahu jawapannya. Terima kasih kerana mengambil berat dan juga buatkan aku rasa diamati dan dihargai.

Dan untuk yang kurang mengenali aku, aku tak menulis ini untuk menabur bongkak,apatah lagi menjadi takbur. Jauh sekali untuk memperlekehkan mana-mana pihak. Aku menulis sebab hati aku dah sangat bengkak [mata jangan cakaplah] menahan tekanan ni.

Belum cukup kuat detik hati aku untuk berhenti. Dua cabang seni ini masih memberi aku kepuasan yang tak dapat dijelaskan dalam bentuk kata-kata. Tak kiralah sama ada di kenduri-kenduri kahwin, depan Dato' Datin,teman-teman ataupun saat aku khalwat di kamar peraduan.

Kadang-kadang aku rindukan audiens yang lain daripada seorang yang kulihat di cermin setiap petang. Kadang-kadang aku rindukan kegelabahan sebelum beraksi,walaupun aku memang gelabah pakej 24 jam tak kira malam tak kira siang.HUHU!Kadang-kadang aku rindu nak feature dalam majalah lagi.[HAHA!pergilah belek-belek REMAJA 2 3 tahun sudah]Kadang-kadang aku rindukan pentas.

Selalunya,aku rindu dunia itu, dunia yang bisa membenarkan aku menjadi aku,dan hanya aku.

p/s:tapi,ada jugak soalan-soalan terkumpul sebanyak 7-8 yang buat aku riang ria,yakni "Apasal dah kurus ni?"
Kalaulah kalian tahu,Disember memang bulan rejim diet kamikaze Faridahanum. TEEETTT!

Tuesday, December 01, 2009

< 150 > RM is not Ringgit Malaysia

Sometimes, just few words can make us breakdown into tears.
Sometimes, just few words simply delighted our lives.
And today, few words put one wide smile on my face,tremendous joy in my heart.

I was dictating few important points regarding Malaysian Court of Law, the types of court present in our country, power of each court and the Crime Acts related to capital punishment in Malaysia when she said, "Gila la ko ni. Apsal tak amik law je?"

HAHA!Thanks Shu,tak tahu nak explain macam mana. Tapi, rasa bahagia bila kau cakap macam tu. Ada juga orang yang nampak kelayakan aku untuk berada dalm bidang tu. Tapi,cinta tak semestinya bersama kan? Huh?Apa kaitan? Aish,maksud aku,  terlampau cintakan bidang undang-undang, tak semestinya kena hidup bersama mahkamah je kan? Yang korang pikir aku bercinta dengan Shu nih sape suruh pulak. Nauzubillah, Allah murka tau,terbalik Bumi ni nanti.


This is me and Shu at Golcunda Fort when we both went for backpack trip to Hyderabad last July.
Aku suka jalan dengan Shu,tak pening kepala dan tak pijak kepala. [Tapi demam teruklah masa tu!] 

Dah habis Forensic Medicine. Yippie!satu-satunya subjek yang aku sanggup berjaga malam sampai buka-buka internet lagi cari info. Pelajar asing macam kitorang ni kena ada maklumat tambahan pasal negara sendiri juga, sebab dia suka je nak tau pasal badan kehakiman Malaysia. Kalau ada orang kata aku buang masa, pedulilah, aku bukan belajar untuk exam semata-mata. Hidup kena ada target weyh!

Anyway, I found this in my Forensic Medicine textbook.

The casualty was crowded when the patient was brought in,
The students gathered around him, their faces all a grin.
The patient was unconscious and they rushed all round the place,
To examine and percuss him - to diagnose his case.
I'll quote you just a few and leave the patient's present state.
One shouted to his partner - "Oh,come and listen Charles,
He's got whispering pectoriloquy and lots of cracking rales.
His stomach is dilated, his clavicle are straight.
His PMI is beating at a rate of twenty eight.
He's got a haemic murmur at the apex and the base.
I think I see palsy on the right side of his face.
His pupils are unequal which suggest a case of tabes,
But he's foaming at his mouth which makes me think of rabies."
Another spoke of syphilis, on principle no doubt,
And said a dash of iodide would drive the symptoms out.
Some spoke of laparotomy and tumour of the brain,
While others bet on thypoid fever, haemorrhage and strain.
The seniors condescended to express their view thus-wise, 
"The man got meningitis, you can see it in his eyes."
But one thing puzzled all of them, it was pitiful to see,
His arms and legs and body were as rigid as could be.
They eliminated poisoning and tetanus by degrees,
And spastic paraplegia by the straightness of his knees.
At last in desperation, with sad and downcast face,
They asked the Senior Physician to diagnose the case.
At first he too was puzzled, by the rigid form in bed,
But soon his face lit up with smile and loftily he said,
"This case is very difficult in very many ways,
The man's got rigor mortis,he's been dead for about three days!"


Adapted from The Leech,1931; 3(2): 35. Edited from the original.

Rigor mortis,abbreviated as RM [by me and some other lazy medical students] (*-*) is a physico-chemical phenomenon of muscle stiffening occurs after death based on its rule of 12 [march of rigor] which states that it affects the whole body 12 hours after death and being retained for 12 hours and gradually passes off in the next 12 hours.

Ringkasnya, rigor mortis nih keadaan mayat yang kita tengok kejung+keras+kaku tu.

MATI ADALAH URUSAN TERBESAR SEBUAH KEHIDUPAN